Wednesday, June 8, 2011

CUTI SEKOLAH YANG MEMENATKAN!!! PEMERGIAN KE KL PASTI MENGGAMIT MEMORI...

Assalamualaikum semua...

Rasa cam lama lak tak update entri.. nak ngadap lappy lama-lama pun tak sempat sangat.. Asyik ke sana dan ke sini.. Lagi ramai orang kat rumah, lagi banyak kerja kena buat.. Ketika menulis entri ni pun, dah terbayang dah.. Kejap lagi kena sidai baju yang menggunung.. Kena teman mak pergi beli apa-apa yang patut, pergi bank, pergi bayar bill itu ini..

Eqa paling tak suka pergi bank, sebab tiap kali eqa pergi mesti ramai orang. Tapi terpaksa sebab nak kena jugak bayar kereta.. Pastu lak mesti tempat parking tak ada, sebab tu kena pergi dengan mak, dia tunggu dalam kereta, eqa terkedek-kedek jalan ke bank or pejabat pos.. Ntah nape tah Kangar sekarang macam pack gilerrrr rasa.. Banyak btol kereta dan manusia sekarang.. hehehe..

Saturday, June 4, 2011

AGAK-AGAK BERAPA LAMA SAYA BOLEH HABISKAN NI???

Assalamualaikum semua...

Eqa menulis entri ini dengan keadaan yang kepala agak weng sana weng sini.. Maaf andai terdapat perkataan yang tunggang tertonggeng sana sini. Eqa akan cuba menulis entri ini dengan secepat mungkin kerana ada urusan yang eqa perlu lakukan selepas ini.

Nampak tak apa dalam gambar ni?? Yerp.. Comics and novels.. yang eqa belum baca.. Sebenarnya ini adalah novel biras saya.(adik ipar abang saya). Eqa pinjam, dia memang kaki komik, ni sket jer sebenarnya, ada banyaaakkkkkk lagi...

Thursday, June 2, 2011

MOOD NOW: Tengah Kemaruk Nak Kahwin!!

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni musim cuti sekolah, jadi ramailah yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan perkahwinan kan. Maka bertalu-talu lah kad jemputan kenduri kahwin dan berkhatan tiba di rumah sebelum cuti. Hehehe... Sampai dalam satu hari 4,5 buah kenduri pada tarikh yang sama.. Ades! 

Kalau kenduri rumah sedara-mara or kenalan rapat jer lah kot yang mak abah akan bawa kami bersama. Yang lain, selalunya abah pergi sorang jer, dengan motorsikal senang nak parking katanya. Korang layan jer la gambar bilik dan pelamin kenduri yang eqa dah pergi. Cantik ooooo...

BLOGGER CHAT ROOM