Tuesday, July 30, 2013

Rasa Nak Kembali Aktif Berblog.. Hihihihi...

Assalamualaikum....

Lama btol eqa tak buka blog.. Update pun tak.. Last entry ceritanya separuh jalan.. Haaiisshhh.... Maaf yer kepada sesiapa yang menunggu sambungan.. Hehehehe.. Tak tau la nak kata sebab sebuk ke apa.. Mungkin penat melayan anak kot :D kihkihkih... Sekarang anak pun dah besar sket.. Dah 8bulan dah pun.. Cepat jer masa berlalu..

Tiba-tiba rasa nak kembali aktif.. Dapat post entry dalam seminggu 3kali pun cukup lah.. Tapi kalau boleh tiap-tiap hari pun lagi ok.. Kot kot boleh jadi glamour mcm abg Ben Ashaari.. Tiap-tiap hari cerita pasal anak... kihkih... Berangan jer lebih aku ni.. 

Header pun nak tukar baru lah.. dah lama sangat.. Dari sebelum kahwin lagi.. Sekarang dah bertiga dah pun.. Kena lah letak gambar bertigakan..

Lewat dah.. Ngantuk..Boleh type entry masa anak tidur jer.. :)

Tuesday, February 26, 2013

Pengalaman Bersalin Secara Operate Atau Caesar... Part 2

Dengan rambut berserabai nya.. dan baju pink hospital yang memang besar giler.. dan sakit pinggang yang amat.. Eqa pun berjalan gi labor room.. And then nurse tu minta barang-barang baby yang perlu di bawa masuk ke dalam labor room tu.. nasib baik memang dah prepare letak dalam satu beg siap-siap.. sebab nurse kat klinik kesihatan dah pesan awal-awal.. Cuma nak gi ambil kat katil jer.. Time ambil barang tu sempat lah sms En.Wan yang dah nak kena masuk labor room dah.. Time tu dah pukul 7 pagi.. En.Wan dah memang ada kat hospital.. Tapi tak boleh nak jumpa la sebab nurse tu dah suruh cepat.. 

Kat hospital Kangar ni suami tak dibenarkan masuk ke dalam labor room time isteri bersalin.. Tak pasti kenapa.. Mungkin keadaan terlalu padat.. Sebab dalam labor room tu pun ada banyak katil yang hanya dipisahkan oleh langsir jer.. Bangunan baru tak siap lagi agaknya.. Bila dah kat labor room, nurse suruh tukar baju, digantikan dengan baju putih yang hanya diletakkan atas badan.. DupDap Dup Dap jantung time tu.. Lepas tu datang la doktor perempuan yang scan eqa tadi.. Dia pun tunjuk la alat untuk pecahkan ketuban tu.. 

*from Google

Tuesday, February 19, 2013

Pengalaman Bersalin Secara Operate Atau Caesar... Part 1

Assalamualaikum semua...

Kalau nak diikutkan tarikh jangka eqa melahirkan baby adalah pada 12/11/2012 yang lalu.. Namun pada tarikh tersebut masih belum tiada tanda-tanda untuk eqa bersalin.. tak rasa sakit.. tak ada turun darah atau air ketuban pecah pun.. Jadi doktor telah memberikan tempoh seminggu lagi.. Sekiranya eqa masih belum bersalin, eqa terpaksa admit ward selepas tu.. Kalau nak tau dalam tempoh seminggu lewat tu, eqa sempat lagi pergi makan beberapa buah kenduri, termasuklah yang kat Kedah..hehehe.. Pergi jalan-jalan shopping kat C-Mart Arau tu.. Malam sebelum kena admit ward pun sempat lagi pusing-pusing 1 pasar malam dengan perut yang dah sangat boyot tu..

BLOGGER CHAT ROOM