Thursday, December 23, 2010

KHAS UNTUK WANITA : 85 Tips Memikat Lelaki...

Kepada wanita-wanita di luar sana yang masih solo ataupun masih bergelar andartu(anak dara tua), atau yang asyik ditinggalkan teman lelaki, bolehla mengetahui dan mengamalkan tips berikut:



1- Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat terhadap pasangannya.
2- Untuk menjadi gadis idaman, seseorang itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa.
3- Malah, lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.
4- Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang gadis. Jadi, jangan ingat lelaki pilihan mu itu nanti mengetahui 100% perasaan mu.
5- Lelaki sebenarnya bileh menerima penolakan dengan baik sekiranya kamu tidak mahu keluar dating hari ini bersamanya.
6- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
7- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang lebih cenderung terhadap wanita.
8- Kebanyakan lelaki resah apabila ingin mengajak teman wanita yang baru dikenali. Jadi, kamu janganlah cepat berasa hati sekiranya si dia nampak begitu menggelabah ketika pertama kali bertemu dengan mu.
9- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita.
10- "Emm...tengoklah dulu"..itu membawa maksud si dia berkata tidak atau kurang setuju.
11- Jika lelaki berkata 'direct to the point' dalam sesuatu hal, sebenarnya dia ingin berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
12- Kenyakan lelaki yang nampak 'desperate', sebenarnya dia pernah bersekolah di sekolah yang semuanya lelaki!
13- Lelaki akan merasa cemburu sekiranya teman wanita asyik menyebutnya nama lelaki lain.
14- Kadangkala lelaki akan terkeliru sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
15- Walau sehebatnya lelaki yang bersikap romeo! Namun dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...
16- Maafkan sahaja sekiranya si dia ternampak atau terpandang dada wanita lain. Kebanyakan lelaki sebenarnya tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17- Lelaki tidak akan menunjukkan betapa hatinya kecewa dan sedih sekiranya hubungan yang dijalinkan terputus di tengah jalan atau kamu menyakiti hatinya.
18- Jika kamu meminati seseorang, kamu sepatutnya bagi 'hint' terlebih dahulu! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat pada mu. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita.
20- Lelaki bukanlah sempurna 100%, jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
21- Murahkan dengan senyuman dan jangan menyombong ketika berinteraksi dengan mereka.
22- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan kamu. Jadi, belajarlah memasak dari sekarang dan ringankan tulang apabila ke dapur.
23- Jujur dan sentiasa merendah diri jika berdepan dengan si sia pilihan hati.
24- Buat perkara yang dia suka dan tinggalkan perkara yang mengundang kemarahannya.
25- Jangan terlalu mengongkong si dia. Sehingga dia merasakan kamu ini menyibuk atau menyusahkan hidupnya.
26- Jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan ketika berinteraksi dengan meraka.
27- Adab berpakaian juga harus dijaga mengikut lelaki yang menjadi pilihan mu. Jangan terlalu seksi dan cukup menjadi 'kamu' seadanya.
28- Selalulah memberikan kad ucapan kepadanya untuk 'plan' pertama memikat dirinya atau menyemarakkan lagi hubungan yang sudah sedia terjalin.
29- Berterus-terang dan jangan hipokrit!
30- Jika berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungilah matanya dan ini merupakan taktik untuk menyampaikan padanya bahawa kamu menyukainya.
31- Bila berdepan dengan mereka, buang jauh-jauh sikap jual mahal kamu itu.
32- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdikari.
33- Jangan bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
34- Jangan sesekali kamu bandingkan 'dia' dengan lelaki lain.
35- jadilah temannya ketika dia susah dan senang. tak salahkan jika kamu berkorban sedikit.
36- Jadilah seorang pendengar yang setia ketika bersamanya.
37- Emmm.... bunyi tapak kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. tak percaya cubalah!
38- Jangan mekap terlalu tebal. Takut si dia tak kenal pula siapa pilihan hatinya.
39- Ingatilah hari lahirnya...
40- Hormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
41- Agresif dan jangan terlalu lembut sehingga boleh dipijak orang!
42- Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya.
43- Ingat! Sikap kelakian dalam pergaulan akan mengundang rasa kurang senang terhadap dirinya.
44- Jangan menunjukkan kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
45- Buangkan sikap dan perasaan yang kamu ini jelita ketika bersamanya.
46- Sebenarnya lelaki suka gadis yang bersikap sederhana dan tak boros dalam perbelanjaan.
47- Keibuan adalah antara sifat yang kamu perlu titik beratkan!
48- Bercakaplah dengan lemah-lembut bila bersama mereka.
49- Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif!
50- Nak pikat si dia? Kenali dulu siapa sebelum memulakan langkah.
51- Lelaki sukakan wanita yang menjaga kulit dan pembersih.
52- Aset paling penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata!
53- Jangan bersikap terlalu kuno.
54- Selalulah bertanya khabar untuk memikat hatinya! Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. Siapa tahu kan...
55- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
56- Berani! Tunjukkan kamu bukanlah gadis yang mudah dipermainkan oleh orang.
57- Buangkan jauh-jauh sikap merengek dan mengada-ngada. Menyampah tau!
58- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. Ini akan membuatkan si dia agak terperanjat dengan sikap kamu.
59- Jaga tata tertib kamu di meja makan.
60- jangan terlalu 'over' ketika kamu bersamanya nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
61- Si dia suka gadis yang kelakar!
62- Jangan kedekut untuk sesekali belanja mereka.
63- Senyuman manja sudah cukup untuk mencairkan dirinya.
64- Pandai dalam bergaya untuk memikat dirinya. Manalah tahu kamu bertemu degan lelaki yang bergaya pula nanti.
65- Jangan mudah naik angin. 
66- Pinjamkan kereta mu sekiranya kereta si dia rosak!
67- "Tak apa, tadi YOU dah belanja I makan, jadi sekarang giliran I belanja tengok wayang pula".
68- Jalinkan hubungan yang rapat dengan keluarganya.
69- Tunjukkan kamu ini jenis berwawasan dan bercita-cita tinggi.
70- yakin bahawa apa yang kamu lakukan itu akan berjaya!
71- Jaga maruah diri.
72- Jangan berleter sekiranya kamu terpaksa membantunya.
73- Suara lembut tanpa dibuat-buat.
74- Masuk kandang lembu mengeboh! Masuk kandang kambing mengembek! Tak kekok dibawa ke mana pun.
75- Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat.
76- Berilah sokongan moral ketika si dia memerlukan bantuan mu.
77- Jangan memperkecilkan kelemahannya.
78- Sentiasa bersyukur!
79- Jika ia melucukan, cukuplah sekadar senyuman manis dan jangan sampai ketawa berdekah-dekah!
80- Jika terbersin, jangan melepaskan sekuat-kuat hati! Kontrol sikit dik!
81- Jika hidung atau telinga terasa gatal, jangan pula kamuasyik mengoreknya ketika berdepan dengannya.
82- Pastikan mata kamu tidak ada tahi mata jika ingin merenung atau bertemu dengannya.
83- Rambut! Jangan biarkan ia berbau atau berkutu.
84- Jika berlaku pertelingkahan, apa kata kali ini kamu memujuknya pula.
85- Jangan terlalu meminta sekiranya kamu baru menjalinkan hubungan dengannya. 

*Remaja Bil: 409

Nota dariku: Yang sebenarnya, jadilah diri kita sendiri, tak perlu hipokrit dengan lelaki yang kita sayangi. Terima beliau seadanya, InsyaAllah beliau turut akan menerima diri kita seadanya jugak. Tak perlu menunjukkan yang kita ni "too perfect"...Bila dah kawin, pecah tembelang la.. Sebab tu banyak kes penceraian berlaku sekarang ni.. Apa-apa pun jodoh di tangan Tuhan, kita hanya mampu untuk merancang, Tuhan yang menentukan. Kepada insan-insan yang masih belum ketemu jodoh, usahlah risau, mukin Allah belum ketemukan kita dengan insan yang betul-betul sesuai dengan kita, cuma kita perlu bukakan hati untuk menerima sebuah cinta yang datang. Kepada yang putus cinta, kumbang bukan seekor, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, cuma kita janganlah berputus asa untuk meneruskan kehidupan yang hanya pinjaman ini.......
Share this article :

30 comments:

  1. saya akan praktikkan nombor 18..hiahaha

    ReplyDelete
  2. nk tunggu laki jela y pikat kita..
    hihi

    ReplyDelete
  3. huyyo... bahaye ni... saya pon lelaki

    ReplyDelete
  4. point 16 besh! hahahahahahaha~ :P

    ReplyDelete
  5. heheheh....nice..
    tapi kalau dah laki tu jenis yang xikhlas ngan kita, buatlah cam mana pun, tetap dia curang..betol x?

    ReplyDelete
  6. no 34 itu betol! kai tak suke dibanding2kan.. tmbh2 adew stgh org kata lelaki sume sama.. ish..

    ReplyDelete
  7. MAKA RAJIN2LAH KORANG PIKATT ASH YER? NGAHAHA

    ReplyDelete
  8. Banyaknya tip... bagus..bagus.. I folo jugak!

    ReplyDelete
  9. dah kawin ni sng kalo nak pikat lelaki/suami hahahahah diam2 sudah

    ReplyDelete
  10. ....jgn luper jadi diri sendiri...

    ReplyDelete
  11. hehehe..byk kn..sampai 85...

    ReplyDelete
  12. yup..btol tu..don't be hipokrit.. :)

    ReplyDelete
  13. hakhak.. abis la hans.. sampai tak tau nk pilih mna 1 plak nnt.. :)

    ReplyDelete
  14. hakhak..amik ksempatan plak kat sni :P

    ReplyDelete
  15. tol tu..perempuan pn xske dibanding2kn jgk.. :)

    ReplyDelete
  16. a'a..laki yg xreti nk mnghargai.. :)

    ReplyDelete
  17. hakhak..xde..eqa pompuan..nnt org ckp eqa lesbian lak :P

    ReplyDelete
  18. hakhakhak.."ter"pandang erk? :P

    ReplyDelete
  19. abis la..nnt ramai yg ngorat awk pas baca tips ni :P

    ReplyDelete
  20. hehehehhe.. klu cmtu nk wat tips memikat wanita la plak..kompem ramai dtg ngorat awk :p

    ReplyDelete
  21. hakhakhak.. bg hint lbih2 sket..

    ReplyDelete
  22. xpe la..nnt kompem ramai wanita dtg ngorat awk :p

    ReplyDelete
  23. Meh try..single lg ni..pastikn anda antara perempuan melayu 10 terakhir :)

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM