Monday, January 17, 2011

Blogger Chat Room.. Mengeratkan Silaturrahim Sesama Blogger.. Jom Join!!


Selama ni kita cuma berinteraksi dengan blogger-blogger lain melalui Shoutmix, Cbox dan lain-lain widget yang seangkatan dengannya, kepada yang gemar berblogwalking, widget-widget ini adalah penting untuk mereka meninggalkan jejak di setiap blog yang mereka lawati. Kadang-kadang kita tak pasti sama ada owner  blog tersebut online atau pun tidak pada ketika itu. Kadang-kadang kita ingin bertanyakan sesuatu soalan dengan harapan owner blog tersebut dapat menjawab soalan tersebut dengan pantas.

Jadi, masalah-masalah tersebut dapat di atasi dengan menggunakan meebo chatroom ini iaitu yang diberi nama Blogger Chat Room. Mula-mulanya eqa jumpa widget ini di blog Jejaka Terhangat, dan eqa telah menggunakan chatroom ini untuk berborak dengan beliau dan beberapa orang rakan yang lain. Eqa ingat lagi ketika tu kami berborak tentang anime, cerita korea dan jepun dan macam-macam lagi. Sedangkan sebelum ni eqa tak pernah kenal pun dengan Bro Jerjaka Terhangat ni :p hehehehe...

Kemudian,
hari ni ketika eqa dah rasa bosan-bosan nak buat blogwalking, eqa pun mengambil keputusan untuk masuk ke blog Bro JT(Jejaka Terhangat) untuk meninjau siapa yang ada di chatroom tersebut. Kalau ada, boleh la buat teman berborak. Tiba-tiba harini eqa macam pelik, apsal ramai sangat yang online kat situ hari ni, sebelum ni selalunya cuma ada 7, 8 orang sahaja, tetapi hari ni bilangannya sampai 40 lebih. Then, eqa pun berborak la dengan insan yang bernama Fariqscorpio ni, baru lah eqa tau, dorang pun letakkan widget code meebo chat room yang sama di blog mereka. 

Tiba-tiba timbul satu perasaan yang best!! Tentang Blogger Chat Room ini. Eqa dapat berborak terus dengan blogger-blogger yang lain. Boleh bertanyakan macam-macam soalan yang eqa ingin ketahui, boleh berguarau senda, bergelak ketawa.. Hakhak.. dan yang paling best, eqa dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang selama ini eqa cuma meninggalkan jejak semata-mata di blog mereka. Antara blog yang dah di embedded kan widget ni ialah Jejaka TerhangatPrincess Sunshine, Kak Diana, Cerita Sekupang, Sembil9n, Tieka Nadira, dan ramai lagi. So, kalau anda semua pun berminat, boleh lah embedded kan widget code ini di blog anda dan anda terus boleh berborak dengan kami melalui Blogger Chat Room yang anda letak tadi.

Tak perlu gusar untuk sign up dan sebagainya, kerana anda hanya perlu mengedit nickname anda sahaja, dan boleh terus berborak bersama kami. Warna Blogger Chat Room ini tidak boleh ditukar dan secara rasminya berwarna kelabu, hanya saiz sahaja yang boleh ditukar mengikut kehendak masing-masing. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut cara memasang widget ini, anda boleh baca kat Blog Nurul. Untuk pengetahuan semua, chatroom ini dimonitor oleh Bro Jejaka Terhangat.

Kesimpulan yang eqa boleh buat tentang widget meebo ini yang diberi nama Blogger Chat Room ini ialah:

  • Boleh mengurangkan spam
  • berchat sesama blogger dari blog masing2
  • Boleh tahu blogger yang tengah online kat blog masing.
  • Link url blog masih boleh dipromote kat situ..
  • Boleh private mesej/p2p antara dua blogger..
Credit to: Fariqscorpio

Note: 
Bro Jejaka Terhangat, eqa nak join jugak segmen 

Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat. 

Nanti eqa buat entry yer.. :)

Share this article :

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM