Wednesday, March 3, 2010
CARA PALING TEPAT UNTUK MENJAWAB TELEFON
Aku tengah belek-belek majalah, terbaca la lawak ni..Siapa-siapa yang tengah tensen tu leh la bergelak ketawa kejap..
Soalan : Hello, siapa di sana?
Jawapan : Manalah saya tahu. Saya di sini.
Soalan : Boleh saya bercakap dengan ayah awak?
Jawapan : Nak cakap, cakap sajalah. Perlu ke minta kebenaran saya??
Soalan : Boleh sambungkan saya ke nombor 784?
Jawapan : Maaflah. Nombor tak boleh di sambungkan. Ia hanya boleh dicampur, ditolak, didarab, dan dibahagi.
Soalan : Boleh tumpang tanya?
Jawapan: Tak boleh. Sini bukan kaunter pertanyaan.
Soalan : Awak buat apa tu?
Jawapan : Bercakap dengan awaklah!
Soalan : Assalamualaikum.
Jawapan : Waalaikumsalam (sejurus selepas menjawab salam, segeralah telefon diletakkan semula)
*dipetik dari majalah rapi
Monday, March 1, 2010
MENGAPA PEREMPUAN MEMILIKI BANYAK PASANG KASUT???
Ni la tempat letak kasut-kasut kat rumah aku, kami tiada rak sebab ex housemate dah angkut sekali masa dia pindah dari rumah ni hari tu. Aku malu nak tunjuk sebenarnya, tapi disebabkan keselerakkan kasut-kasut ni lah memberikan idea kepada aku nak menulis pada hari ni. Bagi korang banyak tak kasut kitorang??? 5orang je pun penghuni rumah ni, 2 orang dah bekerja, 3 lagi masih belajar. Tapi kasut-kasut ni tak termasuk lagi dengan kasut-kasut yang disimpan dalam kotak kat bilik ;p
Persoalan kat sini, kenapa perempuan banyak sangat kasut?? Pakai ke semua kasut-kasut tu?? Bila aku pikir-pikir kan pasal persoalan ni.. Bagi aku perempuan memiliki banyak pasang kasut berbanding lelaki sebab :
...AKU BUKAN ARTIS...
...Aku di tagged lagi oleh Mya...
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag
- Aku suka minum susu dan makanan yang berasakan soya dan susu. (segala jenis susu, air soya, tempe, tauhu, taufu fa, dadih). Mak aku cakap kami adik-beradik putih macam chinese walaupun dia hitam sebab masa pregnant dia suka minum soya :))
- Bakat yang terpendam yang aku ada ialah menjahit, memasak, melukis ;p <-menipu
Subscribe to:
Posts (Atom)


