Showing posts with label KETAWA. Show all posts
Showing posts with label KETAWA. Show all posts
Tuesday, April 20, 2010
~KISAH KU~ Eqa Dapat Grammy Award.. Jangan Jeles =P
Copy award ni macam dapat Grammy Award.

Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
Cik Lynn yang bagi award ni kat Eqa..
Thankz yer :)
FIVE name that people call you
Friday, April 2, 2010
KEGAGALAN YANG MELUCUKAN... JOM LAYANZZ...
...Jom layan gambar-gambar yang kelakar kat bawah ni...
...En. Wan yang forward kan gambar-gambar ni kat e-mail aku...
...Memang tak larat nak gelak aku...
Thursday, March 18, 2010
KUASA SEBUAH SENYUMAN
Anda suka tersenyum??? Kalau jawapannya adalah "YA", anda memang bagus kerana senyuman bukan sahaja mampu menggoda berlainan jantina(poyo jerk), malah memberi faedah kepada kesihatan anda. Jom kilat lihat faedah-faedah senyuman ni......
*Aina Syazwina..anak sedara aku yang baru berusia sebulan lebih.
1) Senyuman Mengubah Perasaan.
Cuba anda bayangkan tatkala anda sedih, tiba-tiba muncul buah hati anda dengan senyumannya yang menawan dan manja. Apa yang anda rasa??? Aku tak tau la korang, kalau aku mesti hati dah berbunga-bunga, habis hilang segala sedih ke geram ke apa ke kalau tengok dia tersenyum, walaupun sebelum tu dia yang buat aku sedih. Terus aku turut tersengih macam kerang busuk.
2) Senyuman Menghilangkan Tekanan.
Kepada anda-anda yang emo bagai tu, bawak-bawak la senyum yer. Tensen macam mana sekalipun, cubalah untuk senyum. Kompem tensen tu hilang. Tak percaya???? Cuba senyum sekarang... Kalau tak hilang jugak tensen anda tu, aku sarankan hantuk kepala anda ke dinding. Selamat mencuba...
Wednesday, March 10, 2010
HANTU DAN JENGLOT UNTUK DILELONG
Macam biasa la aku baca paper online lagi. Tiba-tiba aku terbaca pasal hantu dilelong dengan harga RM6585. Hantu pun boleh dijual ke??? hehehe.. Kalau orang zaman dulu-dulu cam tak pelik sangat la, macam ramai jer yang ada saka kan. Tu pun tak payah nak beli-beli. Macam-macam betul zaman sekarang ni. Kejadian ni berlaku kat New Zealand, pemilik dia Avie Woodbury melelong secara talian dengan harga NZ$2850(RM6585).
Hantu tu mengganggu dengan memasak air panas(rajinnya hantu ni), menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barang sebelum muncul di tempat lain. Takutnya kalau benda ni terjadi kat aku, kompem aku pindah rumah dah. Hantu tu ditangkap oleh seorang pengusir hantu dari sebuah gereja dan memasukkan ke dalam botol kaca kecil yang mengandungi air suci. Kalau nak baca penuh artikel ni baca kat sini (klik Hantu dilelong RM6585).
Sunday, March 7, 2010
JOM KARAOKE SAMBIL BERGELAK KETAWA
Sape suka karaoke kat sini??
Angkat tangan cepat!!!
Cuba layan video lagu korea ni..
Aku rasa korang akan banyak gelak dari menyanyi..
Hakhak..
Wednesday, March 3, 2010
CARA PALING TEPAT UNTUK MENJAWAB TELEFON
Aku tengah belek-belek majalah, terbaca la lawak ni..Siapa-siapa yang tengah tensen tu leh la bergelak ketawa kejap..
Soalan : Hello, siapa di sana?
Jawapan : Manalah saya tahu. Saya di sini.
Soalan : Boleh saya bercakap dengan ayah awak?
Jawapan : Nak cakap, cakap sajalah. Perlu ke minta kebenaran saya??
Soalan : Boleh sambungkan saya ke nombor 784?
Jawapan : Maaflah. Nombor tak boleh di sambungkan. Ia hanya boleh dicampur, ditolak, didarab, dan dibahagi.
Soalan : Boleh tumpang tanya?
Jawapan: Tak boleh. Sini bukan kaunter pertanyaan.
Soalan : Awak buat apa tu?
Jawapan : Bercakap dengan awaklah!
Soalan : Assalamualaikum.
Jawapan : Waalaikumsalam (sejurus selepas menjawab salam, segeralah telefon diletakkan semula)
*dipetik dari majalah rapi
Saturday, February 27, 2010
SERONOK JADI BUDAK KAMPUNG
Tadi masa aku nak turun pergi pasar malam, aku tengok ada budak-budak tengah main congkak kat tepi lif, ada yang main kejar-kejar kat tepi koridor, ada juga yang tengah kayuh basikal. Tiba-tiba aku terkenang pengalaman aku masa kanak-kanak dulu, terus aku macam tersenyum sorang-sorang, sebab zaman kanak-kanak aku memang aku seorang budak perempuan yang nakal. Kalau korang tengok header aku, gambar aku yang sebelah kiri tu pun boleh nampak kot aku ni memang macam nakal dan kasar sikit. ;p ade cam muka budak nakal tak? Tapi aku nakal tak bermakna aku ni jahat. kalau aku jahat dah lama kot aku kat lam lokap sekarang ni. Tapi perangai nakal tu tak de la bawa sampai ke besar ni, bila dah besar life depan laptop jer kot ni ;p
...Ini Bukan Aku...
Wednesday, February 24, 2010
ANDA INGIN MENJADI POPULAR? GLAMOUR? FAMOUS????
Masa aku blogwalking tadi terjumpa la blog junior aku masa sekolah dulu, AINA. Aku pun baca la entri dia yang terbaru. Pasal perempuan nama Magibon yang glamour kat youtube. magibon ni memang comel sangat. Ada mata besar, tapi sayangnya gigi dia tak berapa nak lawa, tak tersusun. Video yang dia upload kebanyakkannya dia hanya buat muka comel depan camera tu, tanpa bercakap pun. Kalau ada pun cuma sikit jer dia keluarkan suara. Ada juga yang dia menyanyi tapi memang nampak la dia macam cover gigi dia. Tapi ramai tol yang view video minah ni. Kalau nak baca lebih lanjut pasat Magibon ni boleh la baca kat blog AINA.
Kalau nak tengok video-video dia
Monday, February 22, 2010
MARI LIHAT AWEK CUN MELECUN
Sebenarnya ni gambar-gambar kenangan masa zaman aku sekolah dulu. Bila tengok balik gambar-gambar ni memang aku gelak giler-giler la. Dengan tudung lipat bulat, pendek, muka baik jer. Anak panah merah kat lam gambar tu aku la. So layan je la gambar-gambar kat bawah ni.....
Ni masa form1, minggu orientasi, gi melawat rumah Tun Mahathir
Tudung masing-masing bulat jer
Ni kat muzium Kedah kalau tak silap
Ni masa form1, kelas 1Dinamik. Kalau nak tau banyak ni je bilangan perempuan dalam 1 kelas tu
Ni form 2, baru balik dari lawan handball. Macam baru balik dari sawah je
Tuesday, February 9, 2010
JOM KETAWA SEPUAS HATI
Satu kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburgh School of medicine telah membuktikan bahawa wanita yang murung dan mudah sedih akan lebih sukar hamil sebanyak dua kali ganda berbanding wanita yang ceria. Ini kerana tekanan akan menyukarkan bahagian reproduksi wanita menghasilkan telur yang berkualiti.

...Pakcik gelak la banyak-banyak, nanti boleh hasilkan sperma yang berkualiti...
Wednesday, November 18, 2009
MY EXTRA "FAMILY's MEMBER"....
Nie entry aku yang dulu-dulu sebenarnya, tapi sje postkan balik sebab nak tayang kucing aku.. hakhak..Okeh..Family aku sekarang terdiri daripada :
(MAK+ABAH) + (KAKYONG+ABG ZUL+YA+AINUN+WINA) +(BANGAH+K.NITA+DAMIA) + (BANGLANG+K.HUSNA(wife wanna be) +(AKU+PAPA(husband wanna be) + (ADIK + ?????)
*?????---->awek die banyak sangat xtau mana 1
Tapi sebenarnye ade 1 lagi makhluk yang aku anggap sebagai family aku jugak iaitu kucing aku..nama die MONE..sebutan huruf "E" dalam MONE ni mcm sebutan huruf "E" dalam pekataan P"E"N yer kawan-kawan...

Hai kawan-kawan..nama saya MONE..sebut btol2..M.O.N.E..pandainye...

Saya suka makan...sebab tu perut saya besar..lihat lah perut saya..besarkan?
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)









