Showing posts with label GEMUK. Show all posts
Showing posts with label GEMUK. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

BERJALAN KAKI SENAMAN YANG MUDAH

    Baru aku sedar rupanya aku dah lama sangat tak bersenam. Jalan kaki pun jarang dah sekarang ni disebabkan dah ada scooter. Kadang-kadang nak pergi beli makanan dekat jer pun still nak naik motor. Pemalas sangat kan aku ni??? Nasib baik la aku duk rumah flat, kadang-kadang kena la naik turun tangga kalau lif rosak, tapi tingkat 4 jer pun, apa la sangat kan. Hari ni aku nak berkongsi la info mengenai senaman yang mudah jer tapi kadang-kadang kita tetap malas nak buat iaitu berjalan kaki.


    Kalau berjalan tanpa mengeluarkan peluh memang tak guna jugak kan, jadi kalau ada yang tertanya-tanya berapa pantas kita perlu berjalan untuk membakar lemak-lemak tepu di badan yang dah berlipat-lipat ni, meh sini aku nak bagitau.....

    Sebenarnya kadar kepantasan berjalan kaki bergantung kepada kemampuan dan kehendak diri, tak kan nenek yang berumur 60 tahun nak berjalan seperti pemuda berusia 20 tahun kot kan. Yang penting, pastikan kita bernafas dengan betul dan mampu berbual tanpa rasa mengah semasa berjalan. Marilyn L.Bach di dalam buku ShapeWalking: Six Easy Step to a Healthier Life memberitahu kadar kepantasan yang sesuai untuk senaman berjalan kaki ialas seperti anda sedang dalam perjalanan ke sebuah temu janji dan terlewat 10 minit dari waktu yang telah ditetapkan. 

Monday, February 22, 2010

ANDA MENGALAMI MASALAH GEMUK????

Anda benci dengan ejekan orang lain tentang berat badan anda? Adakah anda berasa hidup anda akan lebih seronok atau anda mempunyai lebih ramai kawan jika anda seorang yang kurus? Jika anda pernah bertanyakan soalan sebegini kepada diri anda, saya sarankan supaya anda membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Cuba anda menjawab soalan ini pula:

-Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?Adakah anda sentiasa makan?
-Adakah anda gemar makan mengikut nafsu?
-Adakah anda ketagihan makanan?
-Adakah anda menggemari makanan berminyak dan berlemak?
-Adakah anda menggilai makanan dan minuman manis?
-Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang goreng?


Jika jawapannya YA untuk setiap jawapan, tidak hairanlah jikalau orang mengatakan badan anda seperti gajah.

Wednesday, November 18, 2009

MY EXTRA "FAMILY's MEMBER"....

Nie entry aku yang dulu-dulu sebenarnya, tapi sje postkan balik sebab nak tayang kucing aku.. hakhak..Okeh..Family aku sekarang terdiri daripada :

(MAK+ABAH) + (KAKYONG+ABG ZUL+YA+AINUN+WINA) +(BANGAH+K.NITA+DAMIA) + (BANGLANG+K.HUSNA(wife wanna be) +(AKU+PAPA(husband wanna be) + (ADIK + ?????)

*?????---->awek die banyak sangat xtau mana 1

Tapi sebenarnye ade 1 lagi makhluk yang aku anggap sebagai family aku jugak iaitu kucing aku..nama die MONE..sebutan huruf "E" dalam MONE ni mcm sebutan huruf "E" dalam pekataan P"E"N yer kawan-kawan...


Hai kawan-kawan..nama saya MONE..sebut btol2..M.O.N.E..pandainye...



Saya suka makan...sebab tu perut saya besar..lihat lah perut saya..besarkan?


BLOGGER CHAT ROOM