Showing posts with label PEMAKANAN. Show all posts
Showing posts with label PEMAKANAN. Show all posts
Tuesday, March 9, 2010
7 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG TEH
1) Tulang yang kuat
Teh mengandungi florida serta bahan kimia iaitu flavonoid iaitu sumber terbaik untuk kesihatan tulang
2) Ibu yang menyusukan
Kandungan kafein dalam teh boleh menjadikan usus bayi kejang dan menyebabkan mereka menangis tanpa henti. Malahan, kandungan kafein dalam teh turut dikatakan boleh mengurangkan pengeluaran air susu ibu.
3) Tubuh segar
Walaupun tidak baik untik bayi, namun kandungan kafein dalam teh mampu mengembalikan kesegaran pada tubuh
4) Hati yang sihat dan berkembang baik
Pengambilan teh setiap hari dapat mengekalkan perkembangan serta kesihatan hati
5) Insomnia
Kafein dalam teh menggalakkan sistem saraf bekerja semakin pantas dan meningkatkan kadar metabolisme sehingga menjadi penyebab seseoran itu sukar tidur.
6) Halang kolesterol
Terdapat sejenis zat dalam teh yang dikenali sebagai 'cattechin', ia mengurangkan pengumpulan kolesterol melalui pembunagan yang lancar.
7) Cegah kanser
Sejenis zat iaitu flavonoid dalam teh bertindak untuk menyekat radikal bebas yang menghalang ketidakseimbangan tubuh.
*rapi 07/09
Monday, February 22, 2010
ANDA MENGALAMI MASALAH GEMUK????
Anda benci dengan ejekan orang lain tentang berat badan anda? Adakah anda berasa hidup anda akan lebih seronok atau anda mempunyai lebih ramai kawan jika anda seorang yang kurus? Jika anda pernah bertanyakan soalan sebegini kepada diri anda, saya sarankan supaya anda membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Cuba anda menjawab soalan ini pula:-Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?Adakah anda sentiasa makan?
-Adakah anda gemar makan mengikut nafsu?
-Adakah anda ketagihan makanan?
-Adakah anda menggemari makanan berminyak dan berlemak?
-Adakah anda menggilai makanan dan minuman manis?
-Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang goreng?
Jika jawapannya YA untuk setiap jawapan, tidak hairanlah jikalau orang mengatakan badan anda seperti gajah.
Monday, February 8, 2010
PENYAKIT JANTUNG
Abah aku juga merupakan seorang penghidap penyakit jantung dan baru selesai menjalani pembedahan bypass 2 minggu yang lalu. Perasaan seorang anak yang melihat bapanya terlantar di atas katil hospital sudah tentu lah sedih dan mengharapkan supaya bapanya pulih seperti sedia kala. Hari ini aku nak bagi info mengenai penyakit jantung ni supaya menjadi panduan kepada golongan muda agar menjaga kesihatan sebelum terlambat.
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia yang menyebabkan 16 peratus(5,322) daripada 33,262 kematian yang dilaporkan di semua hospital kerajaan pada 2001 berpunca daripada serangan penyakit ini. Malah kadar kematian akibat penyakit jantung juga meningkat berkali ganda daripada 7.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 1982 kepada 22.5 kematian pada 1996(Fuhh..menakutkan btol).

...Ini Bukan Jantung Aku...
Sunday, February 7, 2010
MENJAGA KULIT WAJAH AGAR KEKAL CANTIK DAN SIHAT
JENIS-JENIS SUSU
Aku ni sangat suka minum susu. Bangun pagi aku minum susu. Sebelum tidur aku mesti minum susu. Kalau korang nak tahu, susu kaya dengan triptofan(salah satu daripada asid amino yang penting). Semasa berada di dalam badan, zat ini akan mengeluarkan melatonin (terutama pada waktu malam). Ia mempunyai kesan yang menenangkan minda dan badan. Oleh itu, dengan mengambil segelas susu sebelum tidur, membolehkan aku tidur dengan nyenyaknya sepanjang malam sehingga malas untuk bangun pagi pergi berjogging. Hakhak...

...Ini Bukan Aku...
Susu ni ada banyak jenis sebenarnya. Meh aku nak cerita....
Subscribe to:
Posts (Atom)

