Showing posts with label JANTUNG. Show all posts
Showing posts with label JANTUNG. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

7 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG TEH







1) Tulang yang kuat
Teh mengandungi florida serta bahan kimia iaitu flavonoid iaitu sumber terbaik untuk kesihatan tulang

2) Ibu yang menyusukan
Kandungan kafein dalam teh boleh menjadikan usus bayi kejang dan menyebabkan mereka menangis tanpa henti. Malahan, kandungan kafein dalam teh turut dikatakan boleh mengurangkan pengeluaran air susu ibu.

3) Tubuh segar
Walaupun tidak baik untik bayi, namun kandungan kafein dalam teh mampu mengembalikan kesegaran pada tubuh

4) Hati yang sihat dan berkembang baik
Pengambilan teh setiap hari dapat mengekalkan perkembangan serta kesihatan hati

5) Insomnia
Kafein dalam teh menggalakkan sistem saraf bekerja semakin pantas dan meningkatkan kadar metabolisme sehingga menjadi penyebab seseoran itu sukar tidur.


6) Halang kolesterol
Terdapat sejenis zat dalam teh yang dikenali sebagai 'cattechin', ia mengurangkan pengumpulan kolesterol melalui pembunagan yang lancar.

7) Cegah kanser
Sejenis zat iaitu flavonoid dalam teh bertindak untuk menyekat radikal bebas yang menghalang ketidakseimbangan tubuh.


*rapi 07/09

Monday, February 8, 2010

PENYAKIT JANTUNG

Abah aku juga merupakan seorang penghidap penyakit jantung dan baru selesai menjalani pembedahan bypass 2 minggu yang lalu. Perasaan seorang anak yang melihat bapanya terlantar di atas katil hospital sudah tentu lah sedih dan mengharapkan supaya bapanya pulih seperti sedia kala. Hari ini aku nak bagi info mengenai penyakit jantung ni supaya menjadi panduan kepada golongan muda agar menjaga kesihatan sebelum terlambat.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia yang menyebabkan 16 peratus(5,322) daripada 33,262 kematian yang dilaporkan di semua hospital kerajaan pada 2001 berpunca daripada serangan penyakit ini. Malah kadar kematian akibat penyakit jantung juga meningkat berkali ganda daripada 7.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 1982 kepada 22.5 kematian pada 1996(Fuhh..menakutkan btol).


...Ini Bukan Jantung Aku...

BLOGGER CHAT ROOM