Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts
Saturday, April 17, 2010
Al-Fatihah Kepada Seorang Lagi Anak Seni Tanah Air.. ACHIK SPIN..
Masa jalan-jalan kat Geng Blogger, eqa terpandang la post pasal kematian Achik SPIN akibat kemalangan kat blog Oh! Artis.. Eqa macam terkejut giler.. Sebab eqa pernah kot minat dia dulu.. Suka tengpok Achik & Nana.. (bukan nanajoe yer ;p) Aku ingat lagi.. Lagu Bola-bola api :)... Beliau meninggal akibat tersepit dalam kereta..selepas terbabas dan terlanggar signboard highway...kereta tersebut terbakar.. Tetapi kawannya sempat merangkak keluar dari kereta.. Papehal pun marilah sama-sama sedekah kan al-fatihah kepada arwah beliau.. Semoga dicucuri rahmat hendakNya......
Wednesday, March 10, 2010
HANTU DAN JENGLOT UNTUK DILELONG
Macam biasa la aku baca paper online lagi. Tiba-tiba aku terbaca pasal hantu dilelong dengan harga RM6585. Hantu pun boleh dijual ke??? hehehe.. Kalau orang zaman dulu-dulu cam tak pelik sangat la, macam ramai jer yang ada saka kan. Tu pun tak payah nak beli-beli. Macam-macam betul zaman sekarang ni. Kejadian ni berlaku kat New Zealand, pemilik dia Avie Woodbury melelong secara talian dengan harga NZ$2850(RM6585).
Hantu tu mengganggu dengan memasak air panas(rajinnya hantu ni), menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barang sebelum muncul di tempat lain. Takutnya kalau benda ni terjadi kat aku, kompem aku pindah rumah dah. Hantu tu ditangkap oleh seorang pengusir hantu dari sebuah gereja dan memasukkan ke dalam botol kaca kecil yang mengandungi air suci. Kalau nak baca penuh artikel ni baca kat sini (klik Hantu dilelong RM6585).
Tuesday, March 9, 2010
ANDA PERNAH BELI AKSESORI SEKS???
Aksesori seks dijual terbuka
KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.
Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.
*Sumber KOSMO ONLINE
Aku terbaca artikel ni dekat kosmo online.. Tengok kat dalam gambar tu, siap pakai baju sekolah lagi pergi beli. Apa nak jadi tah dengan budak-budak zaman sekarang ni. Aku masa zaman sekolah dulu macam tak ada tahu-menahu lagi pasal aksesori seks ni. Aku tak ingat bila pertama kali aku dengar perkataan aksesori seks ni, tapi masa tu aku cam pelik "seks pun perlu ada aksesori ke??" Pastu aku terbayang gelang, cincin, subang.. "Aksesori yang macam tu ke??" Hakhak..Suci giler permikiran aku masa tu.. Bila dah besar ni la cam baru tau-tau sikit kan.. Kat mana aku tau??? Tak yah la tau..hakhak.. Kalau nak tau gi search kat google ;p
Patut pun la sekarang ni isu pembuangan bayi merata-merata. Kecik-kecik lagi dah ada aksesori seks, mula-mula cuba dengan aksesori dulu, pastu teringin lak nak cuba yang real. Last-last dapat baby, buang merata.. Kejam!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


