Saturday, February 27, 2010
SERONOK JADI BUDAK KAMPUNG
Tadi masa aku nak turun pergi pasar malam, aku tengok ada budak-budak tengah main congkak kat tepi lif, ada yang main kejar-kejar kat tepi koridor, ada juga yang tengah kayuh basikal. Tiba-tiba aku terkenang pengalaman aku masa kanak-kanak dulu, terus aku macam tersenyum sorang-sorang, sebab zaman kanak-kanak aku memang aku seorang budak perempuan yang nakal. Kalau korang tengok header aku, gambar aku yang sebelah kiri tu pun boleh nampak kot aku ni memang macam nakal dan kasar sikit. ;p ade cam muka budak nakal tak? Tapi aku nakal tak bermakna aku ni jahat. kalau aku jahat dah lama kot aku kat lam lokap sekarang ni. Tapi perangai nakal tu tak de la bawa sampai ke besar ni, bila dah besar life depan laptop jer kot ni ;p
...Ini Bukan Aku...
Friday, February 26, 2010
KENALI PISAU CUKUR
Pisau cukur yang dimaksudkan di sini bukanlah pisau cukur untuk mencukur bulu-bulu di badan anda tetapi istilah yang diberikan kepada mereka yang mengikis duit pasangan tidak kiralah golongan lelaki mahupun wanita. Apabila kita menyebut perkataan pisau cukur ini mesti anda akan terbayangkan wanita bukan??? kerana selalunya ia sudah sinonim dengan wanita. Namun begitu, pada masa kini istilah ini sebenarnya bukan sahaja ditujukan kepada golongan wanita, namun golongan lelaki juga kini telah mengambil tempat. (Eh, apsal skema sangat ayat-ayat aku hari ni nieh???).
Thursday, February 25, 2010
AWAS!! BLIND DATE...
*usha kat bawah meja =p
Siapa kat sini yang ada pengalaman blind date??? Aku ada..Hehehe.. Selalunya kenal di alam siber la kan, kemudian merancang untuk berjumpa. Seingat aku, masa zaman sekolah dulu, penah la juga aku kenal dengan someone ni masa chatting kat MIRC. Masa tu MIRC la top, Facebook ke, Friendster ke, YM ke, mana glamour lagi. Lelaki tu sama umur jer ngan aku, dan sekolah satu daerah dengan aku, Daerah Kubang Pasu. Masa aku kenal dia sukan daerah dah nak dekat, sekolah aku jadi tuan rumah. Jadi kami merancang la untuk berjumpa masa sukan tu. Memang masing-masing tak tahu rupa masing-masing macam mana, dan zaman tu handphone punya la mahal, so masing-masing tiada handphone. Jadi dia cakap dia akan datang pakai baju merah dan cap merah pukul sekian-sekian(aku tak ingat dah pukul berapa coz nak dekat 10tahun dah). Aku pulak akan bawa cap puma kaler biru dan pakai baju sukan rumah aku, Cendekia@biru. Tempat yang dijanjikan adalah bawah pokok gajus tepi padang dekat dengan rumah pengetua.
Subscribe to:
Posts (Atom)


