Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Saturday, October 15, 2011
AYU SEJUK BEUTY CREAM..berkesan tak???
Assalamualaikum semua...
Hari Jumaat lepas pergi la berjalan-jalan kat C-Mart Arau.. Pastu ada la seorang akak ni duk promote promote Krim Kecantikkan Ayu Sejuk ni. Kemudian, eqa dan mak termakan la kata-kata manis akak tersebut.. Hakhak.. Maka, terbelilah kami krim ini..
Tuesday, July 12, 2011
SAYA DAPAT SAMPLE PERCUMA DARI Nutra Choice.. :)
Assalamualaikum semua...
Siapa tak suka dapat barang free?? Mesti semua suka kan.. Hehehe.. Korang selalu usha tak iklan-iklan kat sidebar wall atau profile facebook korang? Ke korang tak pernah ambil tahu pun pasal iklan-iklan kat situ?
Eqa suka tengok iklan-iklan kat situ, terutamanya yang boleh dapat free sample.. Hakhak.. Contohnya macam kena buat kuiz ke, survey ke, tetapi kalau yang kena join contest eqa malas.. :p
Sebelum ni eqa dah pernah dapat free sample LipIce Strawberry dan Campbell's Instant Soup. Kali ni eqa dapat.....
Saturday, July 2, 2011
TIPS BERFESYEN UNTUK PEREMPUAN CHUBBY.
Assalamualaikum semua...
*I found this pic at zoeyrahman.com
"Close to being fat. Has rolls comin out thier sides. Has meat that can be piched off the body."
"girl: not fat or skinny, most likely to be toned but with just some extra curves, can most times be cute.boy: round face, would be considered fat if he were a girl." *From Urban Dictionary
1- Jika anda mempunyai tubuh berisi, elakkan memakai kasut tumit tinggi yang halus kerana ia tidak baik untuk postur tubuh anda. Bukan sahaja anda 'terseksa' ketika mengatur langkah, jelas sekali ia membuatkan penampilan anda kelihatan tidak seimbang.
Tuesday, June 28, 2011
RAHSIA SETIAP SENYUMAN :)
Assalamualaikum semua...
1- Menurut pendapat saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman yang berbentuk jogging dalaman. Di mana, ia dapat merangsang sekuruh badan dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon lain.
2- Memulakan hari baru dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda. Apabila tersenyum badan turut 'tersenyum'. Melalui kajian, senyuman juga dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3- Kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24jam sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana, apabila anda ketawa, tekanan darah dan kadar denyutan jantung meningkat.
Friday, April 22, 2011
Lambatkan kedutan wajah
MASIH ramai yang keliru dan menganggap penuaan berlaku sebaik sahaja usia mencecah 40 tahun sedangkan hakikatnya pada usia 20-an lagi tanda-tanda penuaan mula wujud. Jika tidak percaya, lihatlah wajah anda di depan cermin. Sekiranya terdapat garis-garis halus yang menyerupai kedutan di ekor mata, itu bermakna proses penuaan sedang berlaku terhadap diri anda.
Menurut Pengarah Eksekutif Kajian dan Pembangunan Clinique, Dr. Tom Mammone, gaya hidup dan persekitaran yang terdedah pada cuaca yang tidak menentu dan pencemaran yang teruk menjadi penyumbang kepada kerosakan kulit.
"Bagaimanapun, sebelum munculnya garis halus dan kedutan, anda akan mengalami kulit kusam, bintik hitam dan kulit kering.
"Jika wanita tidak mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang betul, tidak mustahil proses penuaan akan berlaku lebih awal daripada usia," katanya yang tidak menyarankan wanita melakukan rawatan laser pada wajah kerana ia boleh merosakkan lapisan dalaman kulit.
Pengurus Kanan Pendidikan Clinique, Christine Leong pula memberitahu, kebanyakan wanita bagaikan sudah mengerti bahawa rejim penjagaan wajah secara sistematik dan penggunaan produk yang betul mampu mengatasi masalah garis halus dan kedutan. Malangnya, kecenderungan itu hanya pada produk tetapi mengabaikan perkara asas yang lain.
"Benar, pilihan produk yang betul membantu menyelesaikan masalah kulit wajah yang dihadapi. Tetapi tiada gunanya jika kita hanya bergantung pada produk sahaja tanpa menitikberatkan rejim penjagaan yang utama.
"Kulit kusam sukar untuk ditangani sekiranya wanita masih tegar merokok ataupun kurang tidur. Malah, tabiat ini turut mendorong kehadiran kedutan dan garis-garis halus sebelum usia," ujar Christine ketika ditemui Stailo baru-baru ini.
Dalam temu bual berkenaan, Christine membincangkan beberapa faktor yang harus diberi perhatian supaya wanita dapat mencegah dan melambatkan proses penuaan. Antaranya:
Tabiat merokok
Tidak dinafikan wanita moden kini menganggap tabiat merokok sebagai satu trend dan gaya hidup urban, sedangkan sudah banyak bukti saintifik menunjukkan tabiat itu mengganggu kualiti hidup sepanjang hayat. Malah, tidak mustahil seseorang itu bakal mengalami masalah paru-paru, jantung dan strok.
Bagi perokok wanita, selain masalah kesihatan yang dinyatakan anda jangan terkejut sekiranya kulit wajah anda tampak lebih tua dan kendur berbanding rakan sebaya yang menjalani kehidupan sihat.
"Merokok mempercepatkan proses penuaan. Asap rokok merupakan salah satu sumber radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan menambah tanda-tanda penuaan," jelas Christine.
Pemakanan tidak seimbang
Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga mempercepatkan proses penuaan. Wanita disarankan mengambil makanan yang rendah kalori dan bebas minyak.
Banyakkan mengambil sayur-sayuran yang mengandungi vitamin dan serat serta makanan berprotein tinggi. Secara amnya, vitamin dan protein membantu menghaluskan kulit wajah sekali gus bertindak mengurangkan bintik-bintik hitam dan garis-garis halus.
Kekurangan air
Kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kering sekiranya kita kurang mengambil air kosong. Christine menyifatkan meminum air kosong sebanyak lapan gelas sehari mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah.
Sinaran UV
Sinaran ultra ungu (UV) merupakan vitamin D yang baik untuk tubuh bagi menyerap kalsium. Namun, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Kesannya, kulit menjadi kering dan kasar, pori-pori terbuka manakala kedutan menonjol. Tidak ketinggalan, kulit hilang kenyal, ton warna kulit tidak sekata dan kehadiran bintik hitam. Sebab itu penting memakai krim antisinaran UV sebelum keluar rumah.
Kurang tidur
"Biar sibuk manapun waktu tidur harus dititikberatkan. Pastikan anda tidur selama lapan jam sehari. Sebaik-baiknya tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Ia bertujuan agar kulit sihat dan bermaya setiap pagi," ulas Christine.
Menurut Pengarah Eksekutif Kajian dan Pembangunan Clinique, Dr. Tom Mammone, gaya hidup dan persekitaran yang terdedah pada cuaca yang tidak menentu dan pencemaran yang teruk menjadi penyumbang kepada kerosakan kulit.
"Bagaimanapun, sebelum munculnya garis halus dan kedutan, anda akan mengalami kulit kusam, bintik hitam dan kulit kering.
"Jika wanita tidak mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang betul, tidak mustahil proses penuaan akan berlaku lebih awal daripada usia," katanya yang tidak menyarankan wanita melakukan rawatan laser pada wajah kerana ia boleh merosakkan lapisan dalaman kulit.
Pengurus Kanan Pendidikan Clinique, Christine Leong pula memberitahu, kebanyakan wanita bagaikan sudah mengerti bahawa rejim penjagaan wajah secara sistematik dan penggunaan produk yang betul mampu mengatasi masalah garis halus dan kedutan. Malangnya, kecenderungan itu hanya pada produk tetapi mengabaikan perkara asas yang lain.
"Benar, pilihan produk yang betul membantu menyelesaikan masalah kulit wajah yang dihadapi. Tetapi tiada gunanya jika kita hanya bergantung pada produk sahaja tanpa menitikberatkan rejim penjagaan yang utama.
"Kulit kusam sukar untuk ditangani sekiranya wanita masih tegar merokok ataupun kurang tidur. Malah, tabiat ini turut mendorong kehadiran kedutan dan garis-garis halus sebelum usia," ujar Christine ketika ditemui Stailo baru-baru ini.
Dalam temu bual berkenaan, Christine membincangkan beberapa faktor yang harus diberi perhatian supaya wanita dapat mencegah dan melambatkan proses penuaan. Antaranya:
Tabiat merokok
Tidak dinafikan wanita moden kini menganggap tabiat merokok sebagai satu trend dan gaya hidup urban, sedangkan sudah banyak bukti saintifik menunjukkan tabiat itu mengganggu kualiti hidup sepanjang hayat. Malah, tidak mustahil seseorang itu bakal mengalami masalah paru-paru, jantung dan strok.
Bagi perokok wanita, selain masalah kesihatan yang dinyatakan anda jangan terkejut sekiranya kulit wajah anda tampak lebih tua dan kendur berbanding rakan sebaya yang menjalani kehidupan sihat.
"Merokok mempercepatkan proses penuaan. Asap rokok merupakan salah satu sumber radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan menambah tanda-tanda penuaan," jelas Christine.
Pemakanan tidak seimbang
Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga mempercepatkan proses penuaan. Wanita disarankan mengambil makanan yang rendah kalori dan bebas minyak.
Banyakkan mengambil sayur-sayuran yang mengandungi vitamin dan serat serta makanan berprotein tinggi. Secara amnya, vitamin dan protein membantu menghaluskan kulit wajah sekali gus bertindak mengurangkan bintik-bintik hitam dan garis-garis halus.
Kekurangan air
Kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kering sekiranya kita kurang mengambil air kosong. Christine menyifatkan meminum air kosong sebanyak lapan gelas sehari mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah.
Sinaran UV
Sinaran ultra ungu (UV) merupakan vitamin D yang baik untuk tubuh bagi menyerap kalsium. Namun, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Kesannya, kulit menjadi kering dan kasar, pori-pori terbuka manakala kedutan menonjol. Tidak ketinggalan, kulit hilang kenyal, ton warna kulit tidak sekata dan kehadiran bintik hitam. Sebab itu penting memakai krim antisinaran UV sebelum keluar rumah.
Kurang tidur
"Biar sibuk manapun waktu tidur harus dititikberatkan. Pastikan anda tidur selama lapan jam sehari. Sebaik-baiknya tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Ia bertujuan agar kulit sihat dan bermaya setiap pagi," ulas Christine.
-KOSMO
Monday, March 28, 2011
KEJELITAAN ABADI ELIZABETH TAYLOR
ELIZABETH TAYLOR. Nama yang cukup popular dan berpengaruh dalam industri lakonan Hollywood. Memiliki sepasang mata berwarna ungu, raut wajah jelita dan bertahi lalat di pipi kanan antara pelengkap kehadiran Elizabeth di persada perfileman Hollywood yang masyhur.
Dia antara pelakon yang memulakan karier dalam bidang lakonan pada usia sembilan tahun. Filem There's One Born Every Minute ialah filem pertamanya bersama syarikat pengeluar filem Universal Pictures.
Kejelitaannya sering diperkatakan apatah lagi pada usia remaja Elizabeth atau nama glamornya Liz terkenal dengan bentuk badan langsing dan ideal. Berikan apa jua busana semuanya tampak anggun membaluti tubuhnya itu.
Namun, kini nama Elizabeth Taylor hanya kenangan manis yang terus melekat dalam jiwa penggemar filem Hollywood. Tiada lagi kelibat wanita berambut ikal, kembang dan bergincu terang itu pada majlis anugerah atau program kebajikan.
Pada 23 Mac lalu, Liz yang pernah menggunakan kerusi roda telah pergi buat selamanya. Siapa sangka masalah jantung yang dihidapi selama bertahun-tahun telah meragut nyawa anak kelahiran Hampstead, England itu di Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) biarpun selama ini dia lebih dihantui dengan kanser.
Tahap kesihatan Liz sering menjadi perhatian ramai. Selain masalah jantung, sekitar tahun 1997, Elizabeth pernah menjalani pembedahan tumor otak selain, pernah didakwa menghidap Alzheimer.
Mengikuti kelas balet
Menyoroti liku-liku kehidupan Elizabeth, dia yang dilahirkan pada 27 Februari 1932 merupakan anak kepada pasangan suami isteri Francis Lenn Taylor dan Sara Viola Warmbrodt. Bapanya memiliki perniagaan barangan seni yang pernah beroperasi di London, manakala ibu Liz pula seorang pelakon yang popular dengan nama pentas Sara Sotherm.
Pernah menetap di London sehingga usia tujuh tahun, ibu bapa Liz cukup menitikberatkan soal masa depan dan sosial anak-anak. Enggan membiarkan Liz terlalu asyik bermain, pada usia tiga tahun dia dihantar ke kelas balet.
"Zaman kanak-kanak antara momen manis dalam hidup saya. Seperti kanak-kanak lain saya turut melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan," jelas Elizabeth yang juga pernah memberitahu selepas dilahirkan matanya mengambil tempoh lapan hari untuk dibuka.
Kehidupan Liz sekeluarga di London tidak kekal lama. Sewaktu Perang Dunia Kedua meletus ibu bapa Liz mengambil keputusan menetap Los Angeles.
Ternyata menetap di tempat baru sedikitpun tidak menjejaskan kehidupan Liz sekeluarga. Semuanya berjalan lancar dan mudah kerana faktor status elit mereka yang berlatarbelakangkan dunia glamor dan seni.
Menyentuh tentang status elit, pemerhati fesyen menyifatkan ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Liz menyukai dunia kecantikan. Sejak memulakan karier pada usia kanak-kanak, melangkah alam remaja sehinggalah dewasa, Liz yang memiliki sepasang mata bak buah badam dan berkening tebal itu sentiasa tampil menawan dan jelita.
Tolak baju T dan jean
Tidak kira sama ada ketika bersantai, menghadiri majlis formal mahupun anugerah hiburan berprestij, Liz cukup berhati-hati dan mementingkan aspek pemakaian dan tata rias diri.
Hampir kesemua koleksi pakaian pilihannya menepati cita rasa dan mengikut trend semasa. Nenda kepada 10 cucu dan empat cicit itu menolak baju T dan seluar jean. Barangkali item fesyen berkenaan terlalu santai dan ringkas buatnya. Pereka fesyen Elizabeth, Emanuel pernah memberitahu Liz cukup meminati busana yang menampilkan elemen lipatan dan tindihan.
"Dia merupakan individu yang memiliki kecantikan dan aura tersendiri. Perwatakannya kelakar, bijak dan glamor. Biarpun melalui transisi imej mengikut peningkatan usia tetapi, gaya penampilannya tidak pernah mengecewakan.
"Buktinya dapat dilihat menerusi perbezaan imej Liz sewaktu remaja dalam filem National Velvet yang berambut kerinting. Sementara dalam filem Cleopatra, Liz yang pada ketika itu sudah melangkah ke alam dewasa diberi tanggungjawab melakonkan watak wanita seksi dan menggoda. Bagi saya, imej remaja atau dewasa, aura glamor Liz tetap terserlah," jelas pereka fesyen Michael Kors.
Kors turut menyatakan sehingga ke hari ini bintang pesona Liz masih belum mampu dirampas oleh mana-mana bintang baru. Elizabeth yang meninggal dunia pada usia 79 tahun itu dianggap satu dalam sejuta.
Sementara itu, Pengarah Kecantikan Allure, Amy Keller Laird menjelaskan, Liz memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingnya biarpun pernah berumah tangga sebanyak lapan kali.
"Dia seksi dan sentiasa mengekalkan personaliti feminin yang anggun," tuturnya dalam satu temu bual.
Pengarah Fesyen majalah InStyle, Hal Rubenstein pula memberitahu, dalam kebanyakan fesyen yang pernah digayakan Liz, penampilannya pada tahun 1951 antara yang terbaik dan memukau pandangan orang ramai.
Memiliki pinggang bersaiz 48 sentimeter pada waktu itu, Liz tampil bergaya dengan dres tanpa tali di bahu berasaskan fabrik tulle. Enggan membiarkan busana rekaan Edith Head itu kelihatan kosong, Liz menghiasi bahagian leher dengan aksesori bunga. Menariknya, busana berkenaan antara pakaian popular yang digayakan wanita sewaktu menghadiri majlis tari-menari bertemakan gaya 50-an.
"Bukan itu saja, aplikasi solekan seperti pembayang mata dan celak hitam sewaktu membawa watak Cleopatra turut menjadi ikutan golongan wanita," ulas Rubenstein memuji kebijaksanaan Liz menyuntik elemen elegan pada busana kaftan yang pernah dipakainya pada era 70-an.
Pencinta aksesori
Selain berfesyen dan solekan, Liz yang menduduki ranking ketujuh dalam senarai Pelakon Legenda Wanita oleh Institut Filem Amerika turut obses pada koleksi barangan kemas.
"Saya cukup meminati aksesori yang dihiasi batu-batu permata. Ia memberi kepuasan dan seri yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata," akui Liz yang memiliki tiga orang anak kandung dan seorang anak angkat.
Kecenderungan Liz pada barangan kemas tersemai sejak remaja dan minatnya itu didokumentasi dalam buku terbitannya iaitu My Love Affair with Jewelry pada tahun 2002. Ini termasuklah menghasilkan aksesori rekaan sendiri bagi koleksi The Elizabeth.
Dia juga merupakan pelanggan tetap barang kemas rekaan Shlomo Moussaieff. Pihak media pernah melaporkan Liz antara individu memiliki koleksi barang kemas yang menjadi rebutan ramai wanita. Antaranya berlian Krupp 33.19 karat dan berlian berbentuk buah pir 69.42 karat jenama Taylor-Burton Diamond.
Tidak ketinggalan dia memiliki 50 karat mutiara La Peregrina Pearl, yang dihadiahkan oleh bekas suaminya yang kelima, Richard Burton, pada sambutan Hari Kekasih tahun 1969.
"Elizabeth ikon fesyen yang tampil mengikut imaginasi dan kreativitinya yang unik. Dia memiliki visi fesyen yang sukar untuk diramal tetapi hasilnya cukup memukau," kata Pengarah Pusat Informasi Berlian, Jamie Cadwell. - KOSMO
Sunday, March 27, 2011
RAHSIA TAHI LALAT.
| Tanda | Firasat Tahi Lalat |
| Bibir atas kanan | Banyak rezeki, pandai |
| Bibir atas kiri | Ramai kawan, baik hati |
| Bibir bawah kanan | Disegani orang, ramai yang suka |
| Bibir bawah kiri | Pandai bicara, tak mudah kalah |
| Leher kanan | Cerdas, jujur, berani menderita |
| Leher kiri | Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan |
| Leher di tengah | Tercapai cita-cita |
| Biji mata kanan | Suka serong dan pembohong |
| Biji mata kiri | Pembohong tetapi baik hati |
| Hujung mata kanan | Baik hati, sopan santun, cerdas |
| Hujung mata kiri | Baik budi, murah rezeki |
| Punggung kanan | Agak mengalami kesulitan |
| Punggung kiri | Malas dan suka duduk |
| Betis kanan | Suka berhibur, boros |
| Betis kiri | Rajin, tidak suka menganggur |
| Lutut kanan | Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha |
| Lutut kiri | Kurang kuat berusaha |
| Kepala sebelah kanan | Terkabul cita-cita |
| Kepala sebelah kiri | Sering menemui kesusahan |
| Kepala sebelah belakang | Jujur, sabar dan tekun |
| Kening kanan | Cerdas dan cekap |
| Kening kiri | Cerdas dan sopan santun |
| Tengah kening | Keras hati dan berani segala hal |
| Hujung mulut kanan | Kecil rezeki, tak mudah kalah |
| Hujung mulut kiri | Suka berpoya-poya |
| Ketiak kanan | Dapat menyimpan rahsia |
| Ketiak kiri | Jujur, banyak yang cinta |
| Pergelangan kaki kanan | Suka keluar rumah |
| Pergelangan kaki kiri | Kehendak kuat |
| Batang hidung | Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya |
| Pada hidung | Banyak rezeki |
| Dagu bawah kanan | Jujur dan baik hati |
| Dagu bawah kiri | Bijaksana, dan berbudi luhur |
| Kemaluan kanan atau kiri | Baik, suka senggama |
| Di kepala kemaluan (lelaki) | Bakal beristeri dua |
| Tumit kanan | Jujur dan banyak kawan |
| Tumit kiri | Baik budi |
| Alis kanan | Suka menolong dan baik hati |
| Alis kiri | Ramai yang suka |
| Pangkal peha kanan | Kemahuan kuat |
| Pangkal peha kiri | Suka kerja apa pun |
| Telapak kaki kanan | Tak mudah mengeluh |
| Jari kaki kanan | Suka menolong |
| Jari kaki kiri | Berbudi, suka berbuat baik |
| Bahu kanan | Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan |
| Bahu kiri | Suka kerja keras, banyak tanggungjawab |
| Buah dada kanan | Baik hati, pendiam, simpan rahsia |
| Buah dada kiri | Ramai kawan, setia pada pasangan |
| Lengan kanan | Setia dan taat pada atasan |
| Lengan kiri | Menepati janji dan rajin |
| Pipi kanan | Ramai teman |
| Tengah-tengah pipi kanan | Ramai yang suka |
| Tengah-tengah pipi kri | Ramai teman |
| Ubun-ubun | Kurang jujur |
| Pusat | Cerdas, tangkas, tekun |
| Pusat bahagian kanan | Sejahtera dalam hidup |
| Pusat bahagian kiri | Beroleh kemuliaan |
| Pinggang kanan | Sayang pada pasangan hidup |
| Pinggang kiri | Disayang pasangan hidup |
| Dada kanan | Dapat mengatasi masalah |
| Dada kiri | Berani, jujur dan sabar |
| Telapak kaki kanan | Tidak mudah mengeluh |
| Telapak kaki kiri | Baik budi pekertinya |
| Siku tangan kanan | Kuat ingin memiliki kejayaan |
| Siku tangan kiri | Baik hati, suka menolong |
| Jari tangan kanan | Serba beroleh keuntungan |
| Jari tangan kiri | Serba baik bekerja |
| Jari telapak tangan kanan | Banyak rezeki tetapi boros |
| Jari telapak tangan kiri | Banyak rezeki dan cermat |
| Pergelangan tangan kanan | Boros, suka bersukaria |
| Pergelangan tangan kiri | Dapat berpangkat |
| Perut bawah kanan | Banyak rezeki, suka memberi maaf |
| Perut bawah kiri | Baik hati, tenang hidupnya |
| Sudut mata kanan dalam | Disayang suami atau isteri |
| Sudut mata kiri dalam | Tidak mudah dilupakan pasangan |
| Sudut mata kanan luar | Baik budi, ramai yang cinta |
| Pelipis kiri | Murah rezeki, dapat jadi kaya |
| Pelipis kanan | Serba berhasil dalam usaha |
| Kelopak mata kanan atas | Baik hati, ramah, berjaya |
| Kelopak mata kiri atas | Baik budi, ramai yang suka |
| Kelopak mata kanan bawah | Agak malas |
| Kelopak mata kiri bawah | Agak bodoh, kurang bijaksana |
Saturday, March 26, 2011
BERAS PERANG, BIJIRIN PELANGSING
KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.
BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.
Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.
“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.
“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.
“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.
Sumber: KOSMO
Subscribe to:
Posts (Atom)






