Tuesday, February 26, 2013
Pengalaman Bersalin Secara Operate Atau Caesar... Part 2
Dengan rambut berserabai nya.. dan baju pink hospital yang memang besar giler.. dan sakit pinggang yang amat.. Eqa pun berjalan gi labor room.. And then nurse tu minta barang-barang baby yang perlu di bawa masuk ke dalam labor room tu.. nasib baik memang dah prepare letak dalam satu beg siap-siap.. sebab nurse kat klinik kesihatan dah pesan awal-awal.. Cuma nak gi ambil kat katil jer.. Time ambil barang tu sempat lah sms En.Wan yang dah nak kena masuk labor room dah.. Time tu dah pukul 7 pagi.. En.Wan dah memang ada kat hospital.. Tapi tak boleh nak jumpa la sebab nurse tu dah suruh cepat..
Kat hospital Kangar ni suami tak dibenarkan masuk ke dalam labor room time isteri bersalin.. Tak pasti kenapa.. Mungkin keadaan terlalu padat.. Sebab dalam labor room tu pun ada banyak katil yang hanya dipisahkan oleh langsir jer.. Bangunan baru tak siap lagi agaknya.. Bila dah kat labor room, nurse suruh tukar baju, digantikan dengan baju putih yang hanya diletakkan atas badan.. DupDap Dup Dap jantung time tu.. Lepas tu datang la doktor perempuan yang scan eqa tadi.. Dia pun tunjuk la alat untuk pecahkan ketuban tu..
*from Google
Rupa alat tu macam gambar kat atas ni la.. batang plastik ada cangkuk kat hujungnya.. Doktor cakap berkemungkinan cangkuk tu boleh cederakan kepala bayi.. tapi luka tu boleh sembuh.. Sebelum tu nurse yang kebanyakkannya adalah pelatih dah siap masukkan tiub kencing dah.. dan letakkan mesin CTG tu kat perut.. Tapi still macam sebelum ni gak, bacaan jantung baby tu tak dapat betul-betul.. Tak pasti la baby dalam perut ni banyak sangat bergerak kot.. Jadi terpaksa diorang masukkan wayar ikut bawah untuk kesan denyutan nadi baby tu..
Bila doktor dah pecahkan ketuban, memang terasa air yang banyak mengalir keluar dan bermula lah episod terasa sakitnya yang semakin lama semakin sakit.. Doktor cakap air ketuban masih clear warnanya jadi baby belum berak lagi la dalam air ketuban tu walaupun dah lebih seminggu dari tarikh jangka.. Dan tinggal lah eqa di atas katil dalam labor room tu menahan kesakitan.. sambil membaca juga doa supaya dipermudahkan.. memang banyak tertampal di dinding labor room tu.. Nasib baik ada nurse pelatih, diorang memang ditugaskan setiap sorang mesti ambil sorang patient.. So sambil menahan sakit pinggang tu boleh la berborak dengan nurse tu..
Makin lama makin sakit sampai terpaksa mengenggam besi katil kuat-kuat.. Tapi tak de la sampai keluar suara mengadu kesakitan kan.. Cuma tarik nafas kuat-kuat dan hembus.. Tiba-tiba datang sorang doktor lelaki datang tanya.. boleh tahan sakit tak.. kalau tak boleh dia nak bagi ubat tahan sakit.. and then eqa pun diberikan ubat tahan sakit.. kurang la sket dan rasa mengantuk.. Selama beberapa jam dalam bilik tu, katil sebelah eqa dah bertukar ganti dah orang nya.. Disebabkan hanya dipisahkan dengan langsir.. hanya Allah yang tau bertapa berdebarnya eqa sebab duk dengar katil sebelah yang memang macam-macam keadaan ketika saat nak melahirkan tu.. Ada yang sampai bergoncang-goncang katil..
Eqa mengantuk kesan dari ubat tahan sakit tu.. tapi tak boleh nak lelap.. Doktor tadi datang lagi tanya eqa ada guna minyak selusuh tak.. sebab contraction berlaku dengan kerap.. tetapi laluan masih lagi tak terbuka.. baru 3cm macamtu.. kalu dah terbuka 7cm macam tu baru akan disuruh push.. Kalau kita push awal, berkemungkinan besar kepala baby akan jadi lonjong.. Eqa pun jawab la tak guna minyak selusuh tu.. memang tak guna pun walaupun ada la jugak ambil dari bidan kampung.. tapi minyak tu digunakan time rasa sakit..tapi disebabkan eqa tak sakit pun time datang hospital jadi minyak tu eqa tinggal je kat rumah..
Tiba-tiba denyutan nadi baby jadi slow.. Apa lagi.. Semua doktor kat dalam labor room tu datang penuh keliling katil.. Semua cemas.. Dan secara tiba-tiba denyutan baby kembali normal.. Fuhh... masing-masing lega.. Termasuklah tuan punya badan ni.. Selepas semua doktor tu berbincang, keputusannya eqa perlu operate untuk keselamatan kandungan eqa.. Takut perkara macam tadi berlaku lagi.. kemungkinan besar anak akan lemas dalam kandungan.. Eqa pun bersetuju.. Doktor pun call En.Wan dan pada masa yang sama eqa dengan sepantas kilat nya ditolak ke dalam bilik pembedahan.. Perasaan semakin berdebar.. Ketika on the way ke bilik pembedahan, ternampak jugak wajah suami yang sedang cakap telefon dimakluman oleh doktor yang eqa dibawa ke operation room.. Bersambung.................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adoi ngeri lak bc kisah eqa ni
ReplyDeletek.el tiga2 anak dok yg pecahkan ayaq ketuban tp xnah g tau pun boleh cederakan bby huhuhu
tp time nak msok tiub air kencing tu coiiiiiiii geli nak mmpuih..ok ok next story
tak pernah alami cara ini....info yang baik
ReplyDeletewww.noormalashahar.com
Pergh suspen2!! Sila hupdate lagi cecepat.. ngeh2~
ReplyDeletehihi saya juga bersalin operate, tapi bila dengar cerita bersalin normal macam ngeri je, next time rasa nak bersalin ceaser jugak..
ReplyDelete