Tuesday, February 19, 2013

Pengalaman Bersalin Secara Operate Atau Caesar... Part 1

Assalamualaikum semua...

Kalau nak diikutkan tarikh jangka eqa melahirkan baby adalah pada 12/11/2012 yang lalu.. Namun pada tarikh tersebut masih belum tiada tanda-tanda untuk eqa bersalin.. tak rasa sakit.. tak ada turun darah atau air ketuban pecah pun.. Jadi doktor telah memberikan tempoh seminggu lagi.. Sekiranya eqa masih belum bersalin, eqa terpaksa admit ward selepas tu.. Kalau nak tau dalam tempoh seminggu lewat tu, eqa sempat lagi pergi makan beberapa buah kenduri, termasuklah yang kat Kedah..hehehe.. Pergi jalan-jalan shopping kat C-Mart Arau tu.. Malam sebelum kena admit ward pun sempat lagi pusing-pusing 1 pasar malam dengan perut yang dah sangat boyot tu..

Dalam tempoh seminggu tu memang hati dah bersedia untuk terima apa jua keadaan pun, sekiranya kena induce atau operate eqa terima ketentuan tu.. Pada pagi 18/11/12, eqa pun pergi la ke Hospital Tuanku Fauziah kat Kangar tu.. Lama juga la menunggu giliran untuk diperiksa oleh doktor.. Ada yang dah overdue macam eqa jugak, ada yang da turun tanda dan mula sakit-sakit.. Tapi eqa masih steady dengan tak rasa apa-apa.. Doktor check laluan eqa baru terbuka 1cm.. Disebabkan ramai nak bersalin hujung-hujung tahun ni.. nak masuk ward pun kena tunggu giliran!! Sebab ward penuh.. Eqa dan beberapa orang yang lain ditempatkan di bilik sementara sehingga lah petang baru dapat katil.. Tak nak komplen banyak-banyak lah.. sebab hospital kerajaan kan.. Kalau nak cepat pergi swasta lah..

Eqa dan suami perlu menandatangani borang persetujuan untuk induce atau diberi ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.. Jadi eqa terpaksa puasa bermula dari pukul 4 pagi kerana proses induce akan bermula pada pukul 7 pagi.. Malam tersebut eqa tak berapa nak boleh tidur.. Dengan rasa sakit kepala.. Panas.. Memang tak fikir pun apa akan berlaku keesokkannya.. tawakkal jer lah.. Petang tu family tanya ada rasa nak makan apa-apa tak sebelum esok..Nanti dah kena berpantang dah tak boleh makan macam-macam.. So eqa pun mengorder mee goreng mamak.. Hakhak.. Sempat lagi tu..

Malam tu En.Wan bawak nasi kandar.. Tapi eqa tak makan pun sebab kenyang lagi.. last sekali eqa makan dan minum pada pukul 2 pagi.. biskut cicah dengan air milo.. Rasanya memang tak tidur langsung la malam tu.. Pukul 5 pagi masing-masing dah dikejutkan oleh nurse.. Tak sempat pun nak mandi.. Nurse suruh pergi check jantung anak katanya.. Eqa ingatkan proses tu cepat lah supaya nanti boleh mandi.. Segar lah sket.. Rupa-rupanya kena check dengan mesin yang diberi nama CTG tu.. Orang lain yang perlu induce macam eqa dah bertukar ganti dah orangnya..ambil masa dalam 20 minit macam tu jer.. Tapi eqa terpaksa baring telentang selama 2 jam!!! Tanpa boleh bergerak langsung.. Sebabnya graf denyutan jantung baby tak berapa cantik bacaannya.. Dalam masa 2jam tu nurse cuba beberapa kali tapi hasil masih sama.. Doktor pun ada datang cek bukaan.. Sakit pinggang dan lenguh hanya Allah yang tau...

Pada pukul 7 pagi.. Doktor nak scan perut.. Nak tengok kedudukan baby tu macam mana.. Kepala dah di bawah cuma tak stabil..kadang-kadang enggage kadang-kadang tak.. So dia buat keputusan untuk pecah kan air ketuban untuk mempercepatkan proses kelahiran, bukan letak ubat macam yang disarankan semalam. Doktor tu cepat-cepat suruh eqa pergi labor room untuk dia pecahkan air ketuban tu.. Ya Allah Ya tuhan ku... Time tu baru eqa rasa nervous...  Bersambung................... :p

P/s: Anak dah 3 bulan baru nak post pasal ni.. Cerita tak habis lagi ni.. nanti sambung kat part 2 lak..heheheehe


Share this article :

2 comments:

  1. Great! Thank you sudi share experience. :)
    Cepat2 update bhg 2 dan seterusnya! :)

    ReplyDelete
  2. nervous kan masa masuk lr tu..huhu.. teringat plak kenangan masa bersalin..

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM