Saturday, February 27, 2010

SERONOK JADI BUDAK KAMPUNG

     Tadi masa aku nak turun pergi pasar malam, aku tengok ada budak-budak tengah main congkak kat tepi lif, ada yang main kejar-kejar kat tepi koridor, ada juga yang tengah kayuh basikal. Tiba-tiba aku terkenang pengalaman aku masa kanak-kanak dulu, terus aku macam tersenyum sorang-sorang, sebab zaman kanak-kanak aku memang aku seorang budak perempuan yang nakal. Kalau korang tengok header aku, gambar aku yang sebelah kiri tu pun boleh nampak kot aku ni memang macam nakal dan kasar sikit. ;p ade cam muka budak nakal tak? Tapi aku nakal tak bermakna aku ni jahat. kalau aku jahat dah lama kot aku kat lam lokap sekarang ni. Tapi perangai nakal tu tak de la bawa sampai ke besar ni, bila dah besar life depan laptop jer kot ni ;p

...Ini Bukan Aku...

Friday, February 26, 2010

KENALI PISAU CUKUR


     Pisau cukur yang dimaksudkan di sini bukanlah pisau cukur untuk mencukur bulu-bulu di badan anda tetapi istilah yang diberikan kepada mereka yang mengikis duit pasangan tidak kiralah golongan lelaki mahupun wanita. Apabila kita menyebut perkataan pisau cukur ini mesti anda akan terbayangkan wanita bukan??? kerana selalunya ia sudah sinonim dengan wanita. Namun begitu, pada masa kini istilah ini sebenarnya bukan sahaja ditujukan kepada golongan wanita, namun golongan lelaki juga kini telah mengambil tempat. (Eh, apsal skema sangat ayat-ayat aku hari ni nieh???).

Thursday, February 25, 2010

AWAS!! BLIND DATE...

    *usha kat bawah meja =p

     Siapa kat sini yang ada pengalaman blind date??? Aku ada..Hehehe.. Selalunya kenal di alam siber la kan, kemudian merancang untuk berjumpa. Seingat aku, masa zaman sekolah dulu, penah la juga aku kenal dengan someone ni masa chatting kat MIRC. Masa tu MIRC la top, Facebook ke, Friendster ke, YM ke, mana glamour lagi. Lelaki tu sama umur jer ngan aku, dan sekolah satu daerah dengan aku, Daerah Kubang Pasu. Masa aku kenal dia sukan daerah dah nak dekat, sekolah aku jadi tuan rumah. Jadi kami merancang la untuk berjumpa masa sukan tu. Memang masing-masing tak tahu rupa masing-masing macam mana, dan zaman tu handphone punya la mahal, so masing-masing tiada handphone. Jadi dia cakap dia akan datang pakai baju merah dan cap merah pukul sekian-sekian(aku tak ingat dah pukul berapa coz nak dekat 10tahun dah). Aku pulak akan bawa cap puma kaler biru dan pakai baju sukan rumah aku, Cendekia@biru. Tempat yang dijanjikan adalah bawah pokok gajus tepi padang dekat dengan rumah pengetua.

Wednesday, February 24, 2010

ANDA INGIN MENJADI POPULAR? GLAMOUR? FAMOUS????

     Masa aku blogwalking tadi terjumpa la blog junior aku masa sekolah dulu, AINA. Aku pun baca la entri dia yang terbaru. Pasal perempuan nama Magibon yang glamour kat youtube. magibon ni memang comel sangat. Ada mata besar, tapi sayangnya gigi dia tak berapa nak lawa, tak tersusun. Video yang dia upload kebanyakkannya dia hanya buat muka comel depan camera tu, tanpa bercakap pun. Kalau ada pun cuma sikit jer dia keluarkan suara. Ada juga yang dia menyanyi tapi memang nampak la dia macam cover gigi dia. Tapi ramai tol yang view video minah ni. Kalau nak baca lebih lanjut pasat Magibon ni boleh la baca kat blog AINA.


Kalau nak tengok video-video dia

Tuesday, February 23, 2010

BERJALAN KAKI SENAMAN YANG MUDAH

    Baru aku sedar rupanya aku dah lama sangat tak bersenam. Jalan kaki pun jarang dah sekarang ni disebabkan dah ada scooter. Kadang-kadang nak pergi beli makanan dekat jer pun still nak naik motor. Pemalas sangat kan aku ni??? Nasib baik la aku duk rumah flat, kadang-kadang kena la naik turun tangga kalau lif rosak, tapi tingkat 4 jer pun, apa la sangat kan. Hari ni aku nak berkongsi la info mengenai senaman yang mudah jer tapi kadang-kadang kita tetap malas nak buat iaitu berjalan kaki.


    Kalau berjalan tanpa mengeluarkan peluh memang tak guna jugak kan, jadi kalau ada yang tertanya-tanya berapa pantas kita perlu berjalan untuk membakar lemak-lemak tepu di badan yang dah berlipat-lipat ni, meh sini aku nak bagitau.....

    Sebenarnya kadar kepantasan berjalan kaki bergantung kepada kemampuan dan kehendak diri, tak kan nenek yang berumur 60 tahun nak berjalan seperti pemuda berusia 20 tahun kot kan. Yang penting, pastikan kita bernafas dengan betul dan mampu berbual tanpa rasa mengah semasa berjalan. Marilyn L.Bach di dalam buku ShapeWalking: Six Easy Step to a Healthier Life memberitahu kadar kepantasan yang sesuai untuk senaman berjalan kaki ialas seperti anda sedang dalam perjalanan ke sebuah temu janji dan terlewat 10 minit dari waktu yang telah ditetapkan. 

Monday, February 22, 2010

MARI LIHAT AWEK CUN MELECUN

    Sebenarnya ni gambar-gambar kenangan masa zaman aku sekolah dulu. Bila tengok balik gambar-gambar ni memang aku gelak giler-giler la. Dengan tudung lipat bulat, pendek, muka baik jer. Anak panah merah kat lam gambar tu aku la. So layan je la gambar-gambar kat bawah ni.....

Ni masa form1, minggu orientasi, gi melawat rumah Tun Mahathir 

Tudung masing-masing bulat jer

Ni kat muzium Kedah kalau tak silap

Ni masa form1, kelas 1Dinamik. Kalau nak tau banyak ni je bilangan perempuan dalam 1 kelas tu

Ni form 2, baru balik dari lawan handball. Macam baru balik dari sawah je

ANDA MENGALAMI MASALAH GEMUK????

Anda benci dengan ejekan orang lain tentang berat badan anda? Adakah anda berasa hidup anda akan lebih seronok atau anda mempunyai lebih ramai kawan jika anda seorang yang kurus? Jika anda pernah bertanyakan soalan sebegini kepada diri anda, saya sarankan supaya anda membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Cuba anda menjawab soalan ini pula:

-Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?Adakah anda sentiasa makan?
-Adakah anda gemar makan mengikut nafsu?
-Adakah anda ketagihan makanan?
-Adakah anda menggemari makanan berminyak dan berlemak?
-Adakah anda menggilai makanan dan minuman manis?
-Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang goreng?


Jika jawapannya YA untuk setiap jawapan, tidak hairanlah jikalau orang mengatakan badan anda seperti gajah.

Wednesday, February 10, 2010

ANDA SUKA BERCIUM????


...Sape nak kiss aku meh sini meh...


Hari ni aku nak bagi tau satu info mengenai ciuman. Sila beri perhatian yer kepada pasangan suami isteri dan pasangan yang belum sah tetapi suka kissing kissing ni. Menurut Dr. Lewis Smith, Profesor kedoktoran Northwestern University di Chicago, ciuman merupakan cara yang paling baik untuk

Tuesday, February 9, 2010

JOM KETAWA SEPUAS HATI


Satu kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburgh School of medicine telah membuktikan bahawa wanita yang murung dan mudah sedih akan lebih sukar hamil sebanyak dua kali ganda berbanding wanita yang ceria. Ini kerana tekanan akan menyukarkan bahagian reproduksi wanita menghasilkan telur yang berkualiti.


...Pakcik gelak la banyak-banyak, nanti boleh hasilkan sperma yang berkualiti...

Monday, February 8, 2010

PENYAKIT JANTUNG

Abah aku juga merupakan seorang penghidap penyakit jantung dan baru selesai menjalani pembedahan bypass 2 minggu yang lalu. Perasaan seorang anak yang melihat bapanya terlantar di atas katil hospital sudah tentu lah sedih dan mengharapkan supaya bapanya pulih seperti sedia kala. Hari ini aku nak bagi info mengenai penyakit jantung ni supaya menjadi panduan kepada golongan muda agar menjaga kesihatan sebelum terlambat.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia yang menyebabkan 16 peratus(5,322) daripada 33,262 kematian yang dilaporkan di semua hospital kerajaan pada 2001 berpunca daripada serangan penyakit ini. Malah kadar kematian akibat penyakit jantung juga meningkat berkali ganda daripada 7.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 1982 kepada 22.5 kematian pada 1996(Fuhh..menakutkan btol).


...Ini Bukan Jantung Aku...

Sunday, February 7, 2010

MENJAGA KULIT WAJAH AGAR KEKAL CANTIK DAN SIHAT


Teringin untuk tampil awet muda???? Kali ni aku ingin berikan beberapa tips yang aku baca untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog aku ni....



1) Jangan merokok dan banyakkan minum air putih. Rasanya semua dah tau memang

JENIS-JENIS SUSU

Aku ni sangat suka minum susu. Bangun pagi aku minum susu. Sebelum tidur aku mesti minum susu. Kalau korang nak tahu, susu kaya dengan triptofan(salah satu daripada asid amino yang penting). Semasa berada di dalam badan, zat ini akan mengeluarkan melatonin (terutama pada waktu malam). Ia mempunyai kesan yang menenangkan minda dan badan. Oleh itu, dengan mengambil segelas susu sebelum tidur, membolehkan aku tidur dengan nyenyaknya sepanjang malam sehingga malas untuk bangun pagi pergi berjogging. Hakhak...


...Ini Bukan Aku...

Susu ni ada banyak jenis sebenarnya. Meh aku nak cerita....

Saturday, February 6, 2010

SUNTAN atau SUNBURN

Kepada insan yang mempunyai kulit cerah mesti sudah mengenalikan apa itu 'sunburn'... Atau dalam Bahasa Melayu disebut terbakar panas... Sunburn ni memang berlaku kepada diri aku sendiri... Tambah-tambah apabila aku berulang-alik ke kelas dengan scooter aku tu... Muka jadi gelap.. bahagian telinga ke belakang dan leher putih.. memang berbelang la.. Tangan pun sama juga.. Bahagian kaki pulak memang lekat corak selipar...hakhak...



Jadi di sini, nak bercerita la serba sedikit mengenai sunburn ni untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog ni..

PEMBAZIRAN TELAH BERLAKU

...Aku gi jalan-jalan kat kedai RM2 tadi...
...Kat Bkt. Angkasa...
...Ternampak la menatang nie...

...Comelkan..RM2 jer harga dia...
...Aku pun beli la...
...Walaupun aku tau mesti aku tak guna pun...
...Hakhak...

Friday, February 5, 2010

DE'ALYA GIVEAWAY

...Aku join giveaway lagi...
...Hehehe...

...Tarikh tutup giveaway ni 28FEB nanti...
...Tepat jam 11 pagi...

...Hadiah dia macam lam pic kat atas tu...
...Fabric chiffon 1.5 meter...
...Sama ada kaler orange or purple maybe dapat...

...Harap-harap dapat la giveaway nie...
...Coz lawa kaler dia...
...=)...

...Sape-sape nak tau lebih lanjut klik SINI...

HENNA NAIL DECORATION CREAM Part 2

...Setelah beberapa jam...
...Inilah hasilnya...

...TARRRAAAA!!!!!!!...

...Tak merah sangat...
...Tapi ok la tu kan...
...Lagipun aku biar kejap je...
...Kadang-kadang tu aku double kan lagi...
...Bagi terang sket...

HENNA NAIL DECORATION CREAM

...Mesti bila korang baca tajuk entry ni cam pelik...
...Menatang apa la henna nie...
...Henna ni kalau lam bahasa melayu tu inai la...
...Ala...inai yang orang taruk kat jari kalau nak kawin tu...

...Aku cam bosan-bosan takde keje arini pun taruk la kt kuku aku...

...Aku taruk bukan sebab aku nak kawin yer...
...Sebab aku rasa inai ni cam jaga kuku aku...
...Aku selalu mengalami masalah kulit kat tepi-tepi kuku tu cam tertarik...
...Aku pulak jenis gatal tangan sket...
...Jari-jemari yang tak reti nak duk diam...
...Terkoyak sket mesti aku tarik terus bagi keluar...
...Pastu apa lagi, pedih tak ingat...

...Bila taruk inai ni cam kulit kat tepi-tepi kuku tu tak terkeluar-keluar...
...Aku harap korang paham la...
...Sebab aku tak reti nak explain camne pasal kulit tu...
...Hakhak...

...Aku selalu guna inai kuku nie...
...Rani kone nama dia...
...Made in Pakistan...
...Kat Mydin banyak jual...
...Tapi ni aku beli kat Perlis...
...Harga RM5...
...Yang RM2 pun ada jugak, tapi yang tu cam cepat ilang...
...Cam tak kekal merah dia...

Thursday, February 4, 2010

SUKA-SUKI GIVEAWAY


...Walaupun esok aku ada test Biostatistik...
...Tapi hari ni sempat lagi aku wat blogwalking...
...Hakhak...
...Berjalan punya berjalan...
...Aku pun jumpa la giveaway ni...
...Sape-sape nak tau lebih lanjut bleh gi blog MANGOSTEENSKIN ni...

...Baik korang cepat sebab 8Feb ni dia dah nak bagitau sape dapat...

Wednesday, February 3, 2010

CARA MENGHILANGKAN BOSAN

...Okeh...
...For this entry i'll gonna show you how to evade yourself from saying :

..."AKU BOSAN LA WEH"...

...Aku terpikir nak tulis entry ni sebab my housemates cam penah tanya, ape la yang aku buat 24hours ngadap laptop..Dorang cam lam 2,3jam je online da tak tau nak buat ape dah dengan internet ni...

...Meh sini aku nak cerita...
...Mula-mula sekali bila aku buka laptop di waktu pagi...

...Aku buka facebook...Aku usha la status orang kat home..Aku komen-komen la sket..Aku tengok kat event, kalau ada birthday orang yang aku kenal, aku wish la...

...Pastu tanpa menutup browser FB tu, aku buka lak MafiaWars kat new tab...
...Aku wat la jobs guna energy sampai habis..Semua-semua la..Sape yang main gak MafiaWars ni tau la...Dulu aku cam main gak Fishville ngan FarmVille..Skang da malas giler..Mafia Wars je aku main...

...Yang ni aku tak yah betau kot...
...Hakhak...
...Aku selalu lepak kat blog Jawa a.k.a USERMODE nieh...
...Coz dengar XFresh FM...
...Tak pun aku dengar lagu yang dia wat sendiri...
...Sedap gak...
...Siang selalu nye aku sorang-sorang je kat umah sebab housemate keje...
...So ape lagi...Buka sound kuat giler...Hakhak..Seronok...
...Die nieh pengomen n pembaca entri aku yang setia kot...Selalu tulis panjang-panjang...
...Ajin betul die...Thankz yer.. :)
...Sebagai hadiah i promote u kat sini yer...
...hakhak...

...Kalau da tak larat or bosan wat blog walking...
...Aku tengok la movie...
...Kat atas tu cite yang aku copy dari housemate aku...
...Tu cite omputih jer..Tak termasuk lagi drama korea ke or cite yang aku download sendiri...
...Nasib baik la hard disc lappy aku ni besar...Tak yah aku nak beli external hard disc dah...

...Kalau da bosan tengok movie...Aku tengok la plak anime...
...Aku download dari dattebayo...
...Bleach jer kot aku duk download..Tu pun aku baru je mengikuti..Baru episod 50...Sedangkan da release sampai episod 256 dah...

...Ape lagi kalau da download tu mesti la aku tengok...

...Kalau nak tau aku download movie dari mana...
...Kat website cina ni http://www.tom365.cc/ ...
...Ade banyak citer kat sini...Gambar dia lawa-lawa plak tu...

...Tapi kat wbsite cina tu kena download guna qvod player ni...
...Cam ada jugak orang cakap yang qvod ni boleh harm pc kita...
...Ada yang cakap ada virus trojan la...
...Tapi setakat ni aku cam okey je guna...
...Pakwe aku dulu pun dia guna player ni...dia la yang ajar aku...
...Kat list tu ada cite yang da complete download..Ada yang tengah dan ada yang aku queue...
...Nak download serentak memang lembab la internet aku ni...Hehehe...
...Semua yang aku download tu tak tengok pun lagi...
...Tunggu balik umah raya cina nanti nak wat maraton tengok movie...

...Selain dari perkara-perkara di atas...
...Aku kadang-kadang ada la jugak Friendster..Tagged ke...
...Tapi tak seaktif Facebook la...
...Aku check email...Aku YM...
...Tak pun aku masuk MIRC...Tak chat ngan orang pun...
...Tapi selalu masuk #popkuiz...main kuiz kat situ...Best gak...
...Sape-sape yang pernah nampak nick AnGeL_eQuRlz...
...Aku lah insan itu...
...Hakhak...

...Aku baca paper online...Aku buka website Oh! Tidak...
...Aku check traffic aku kat nuffnang...banyak la aku wat bila online ni...
...Tu la rahsia aku boleh duduk depan lappy 24jam...
...Hakhak...

...Kalau aku bosan jugak...
...Bak kata orang utara or Perlis...

..."AKU TIDOQ JA LA..NAK BUAT PA LAGI"...

Tuesday, February 2, 2010

EVENING PRIMROSE OIL

...Entri kali ni di khas kan untuk kaum perempuan yer...
...Kalau ada kaum lelaki nak baca boleh jugak...
...Boleh la syorkan supplement yang aku makan ni kat awek ke, or isteri korang yer...

...Bagi kaum perempuan, aku rasa dah ramai kot yang tau pasal Evening Primrose Oil ni...
...Kalau yang masih belum tau, aku syorkan korang baca entri aku ni sampai habis erk...

...Bunga Evening Primrose ni berwarna kuning dan hanya akan kembang pada waktu senja...
...Sebab tu la nama die ade Evening...
...Minyak dia di ekstrak dari biji bunga ni dan dimasukkan ke dalam kapsul...
...Minyak nya kaya dengan asid lemak n acid gamma-linolenik acid (GLA)...


...Antara kegunaan EPO ni ialah...:

1)Allergik
...Contohnya macam ruam, gatal-gatal kat kulit...

2)Eczema
...Simptom eczema ni cam kulit merah-merah, kering, bersisik, gatal-gatal...

3)PMS
...Dapat mengurangkan gejala PMS ni la, mood swings...n tak lupa jugak breast tenderness...

4)Kegunaan lain :
...Korang boleh baca kat SINI...

...Aku boleh start makan supplement ni sebab aku hanya temankan kawan aku jer nak gi beli...
...Aku mana la nak ada duit lebih nak beli semua-semua ni...
...Then bila orang tu terangkan kat kitorang kegunaan EPO ni...
...Aku pun jadi tertarik...
...Lagipun masa tu Blackmores wat promotion...
...Masalah yang dihadapi kawan aku tu sama ngan aku...
...Ada jerawat banyak kat badan n muka...
...Menstrual cycle tak tetap...
...PMS...
...Kulit kering...


...Alhamdulillah la...
...Lepas aku makan 2 minggu EPO ni da bagi kesan kat aku...
...Jerawat kat muka n badan dah takde dah...
...Kulit pun makin lawa la...
...Menstrual cycle aku dah tetap...
...Tapi kesan EPO ni bergantung kat individu jugak...
...Ada yang cepat...Ada yang lambat...
...Dah setahun kot aku makan supplement nie...

...Dulu aku makan Blackmores punya...
...Tapi tau-tau je la...
...Blackmores mahal betul...
...Aku pun berubah la ke produk Naturalle...
...Murah la sikit...
...Tapi cam ada beza gak la...
...Blackmores nye takde bau...Naturalle ni busuk sikit aku bau...
...Tapi aku telan je la...

...Yang Naturalle ni aku beli value pack tu Rm49.90...
...2 botol...Setiap botol ada 60 softgel capsules yang berat nya 1000mg...
...Tiap-tiap hari aku makan 2bijik...

...Tapi da sebulan sebenarnya aku behenti makan EPO ni...
...Sebab nak save duit la kononnya...
...Lepas tu bak kata pakwe aku...

"Ma...banyak btol jururawat buat praktikal kat muka ma"

...Hakhak...
...Muka n badan aku naik jerawat balik...
...Pastu aku dengan sesuka hatinya buka maybank2u pakwe aku tu transfer duit ke akaun aku...
...=P...
...Dan merempit ke Watsons Mid Valley semalam untuk beli EPO ni...

...Kalau korang nak cuba boleh la gi cari EPO ni kat Watsons ke..Guardian ke...

P/S: Kalau korang nak ada breast besar bleh gak cuba makan EPO ni..sebab aku rasa aku mengalami perubahan tersebut selepas makan EPO ni...hakhak...

Monday, February 1, 2010

MAKHLUK TUHAN YANG COMEL...

...Di mana ada kucing, di situ ada rezeki...
...=)...

...Aku cakap macam tu sebab bila pergi kedai makan, mesti ada kucing...
...Bila pergi pasar, mesti ada kucing...

...Kucing ni nama Along...sebab die panjang...
...Aku n bf jumpa dia masa tengah jogging kat tasik..kaki die patah..pakwe aku amik bela...

...Aku ni pencinta kucing sebenarnye...
...Sebab tu aku perasan je kucing ada kat mana-mana tempat aku pegi...
...Bagi aku kucing comel giler!!!...

...Tak kira la sama ada kucing tu kotor ke...
...Buruk ke rupa die...
...Bila aku pandang kucing kat tepi jalan...
...Mesti akan ada rasa simpati dalam hati aku...
..."Makan tak lagi kucing nie?...
..."Ibu die pegi mana?"...

...Semalam lagi la, kat parking motor aku...
...Ada kucing kena lenyek kepala...
...Huhuhu...
...Sedih giler aku tengok nasib kucing tu...


...Nie kucing aku...Nama die Mone...
...Kalau nak tengok pic die banyak lagi KLIK SINI...

...Nasib baik la pakwe aku pun memang pecinta kucing macam aku jugak...
...So nanti bley la kami bela banyak-banyak kucing...
...hehehehe...

...Aku pernah terpikir tau...
...Macam nak buka pusat untuk kucing terbiar ni...
...Bela dorang elok-elok...
...Bagi makan bagus-bagus...
...Bagi makan vitamin...
...Kucing yang buruk rupa pun boleh jadi lawa kalau kita bela elok-elok...
...Pastu aku nak jual...
...Hakhak...
...(Ade ke orang nak beli kucing baka tepi jalan?)...
...=P...

...Nie kucing mak sedara aku...
...Nama die Comel...
...Kucing jantan sebenarnye...
...Mak sedara aku taruk nama Comel sebab ingat die betina...
...Sebab tuan kedai dah potong telur kucing ni...


...Aku cukup tak setuju orang yang kasi@mandul kan kucing ni...
...Kesian kucing tu...
...Dia pun ada hak gak nak membiak macam orang...
...=P...
...Hakhak...

...Kalau korang nak tau...
...Kalau kat kampung kucing je la kawan aku...
...Kawan-kawan sekolah semua jauh-jauh...
...Kucing ni kalau kita selalu bercakap ngan dia...
...Dia akan paham tau...
...Manja sungguh kucing aku kat umah tu...

...Tapi masa darjah 2 dulu...
...Doktor penah cakap yang aku ada lelah sebab banyak sangat main kucing...
...Hakhak...
...Tapi aku main jer jugak...
...Aku tak tau la lelah aku tu still ada ke tak...
...Tapi bleh jer aku bersukan...
...Segala jenis bola aku main...
...Tapi kadang-kadang tu semput gak la...
...Biasa la tu...

...Sape suka kucing lagi kat sini?????Angkat bontot cepat!!...
...Hakhak...

BLOGGER CHAT ROOM