Monday, February 22, 2010
ANDA MENGALAMI MASALAH GEMUK????
Anda benci dengan ejekan orang lain tentang berat badan anda? Adakah anda berasa hidup anda akan lebih seronok atau anda mempunyai lebih ramai kawan jika anda seorang yang kurus? Jika anda pernah bertanyakan soalan sebegini kepada diri anda, saya sarankan supaya anda membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Cuba anda menjawab soalan ini pula:
-Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?Adakah anda sentiasa makan?
-Adakah anda gemar makan mengikut nafsu?
-Adakah anda ketagihan makanan?
-Adakah anda menggemari makanan berminyak dan berlemak?
-Adakah anda menggilai makanan dan minuman manis?
-Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang goreng?
Jika jawapannya YA untuk setiap jawapan, tidak hairanlah jikalau orang mengatakan badan anda seperti gajah.
Jadi, saya ingin memberikan sedikit info mengenai apakah punca berlakunya masalah gemuk ini. Punca yang pertama ialah daripada cara pemakanan anda. Anda mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Ini akan menyebabkan berlakunya penompokan 'adipocytes' secara berlebihan. Cuba lihat badan anda sekarang, adakah terdapat lipatan-lipatan lemak dibahagian perut?? Owh! Rupa-rupanya diri sendiri yang sedang menulis pun ada. :p Sebab saya sangat suka makan fast food, KFC, Mc D (Diri sendiri yang tak sedar diri).
Anda kurang bersenam tak?Kalau ingin tahu, semasa bersenam, kalori akan terbakar seterusnya mempengaruhi sistem metabolisme badan kita. Walaupun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi 1/3 pengeluaran tenaga seseorang dengan berat badan normal tetapi bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan seperti saya, aktiviti bersenam memainkan peranan penting.(Saya bukan malas bersenam, tapi KL tiap-tiap petang mesti ujan jer :p).
Faktor yang ketiga ni sila ambil perhatian yer terutama kepada blogger-blogger yang macam saya ni. Faktor persekitaran seperti sibuk bekerja, banyak menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer menyumbang kepada berat badan berlebihan. (Saya boleh dikatakan 24hours per day di depan laptop, tidur pun depan laptop, makan, mandi je tak kot)
Tapi ada jugak penyakit yang boleh menyebabkan seseorang tu gemuk. Contohnya macam penyakit-enyakit metabolisme endoktrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Kalau kaum lelaki pulak, kekurangan hormon testosteron pun boleh buat jadi gemuk tau.
Amalan memakan sesetengah ubatan seperti steroid dan ubatan tradisional Cina pun boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Streoid yang berlebihan boleh menyebabkan peyakit diabetis dan hipertensi.
Faktor yang ke-6 ni memang susah sikitlah nak elak apabila anda mengalami masalah genetik keana kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi yang berikutnya. Tak hairanlah kalau kita selalu tengok keseluruhan family seseorang tu berbadan besar, dari datuk, nenek sampailah ke anak cucu.(Family saya juga, tapi ada jugak yang kurus) Ada jugak yang menyatakan bahawa kegemukan bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Mereka menjadikan makanan sebagai pengganti kepuasan lain yang tidak dapat dicapai dalam kehidupan. (Kalau saya ada masalah memang tak makan langsung ada la)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ahahah!! aku nak gelak tgk monyet gemuk gelebeh tuh, huhu! :)
ReplyDeletehaha.. nak kurus..... =)
ReplyDeletenaa..i am getting fatter nowadays..duk umah makn je..hee..tp belum tahap duk kat kusi terkeluar punggung la..ngah3
ReplyDeleteErk, actuly untuk semua soklan kat atas skali tu, jawapan saya ya. hehe. Dat y saya gemuk eh. Dulu2 zaman skolah tak gemuk even makan byk macam manapun sebab active sukan, kawad, camping n sebagainya. Bila dah tak buat aktiviti mcm tu yg makin membesar nie. ;)
ReplyDeletegmbr kelaka btol
ReplyDeleteheshh
i lak mengalami masalah yg x gemuk2
kalo gemuk pun, lower part
lain x? cemane tu? ade tips? huhuhu
slalunye duk nmpak kucing je kn yg gemok..jrg tengok monyet..
ReplyDeleteklu dah kurus xyah la nk kurus lg..nnt nmpak lg buruk pada org gemuk..
ReplyDeletetau xpe..eqa pn..blk cuti je mesti naik berkilo2..hakhak
ReplyDeletesama la..dulu mmg aktif giler bersukan..smua jenis sukan main..tp skg jd addict lak ngan blog ni..ape lg..berlapis2 kt perut..hakhak..da xfit cm dlu lg dh..
ReplyDeletemmg genetik kurus kot nie?hehe..makanlah appeton weighgain..hehehehe..
ReplyDeleteSaya nak kurus. :)
ReplyDeleteVery informative post. Let me share 1 interesting video berkaitan dengan topik gemuk ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di Amerika. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu Thanks.
ReplyDelete