Tuesday, February 23, 2010
BERJALAN KAKI SENAMAN YANG MUDAH
Baru aku sedar rupanya aku dah lama sangat tak bersenam. Jalan kaki pun jarang dah sekarang ni disebabkan dah ada scooter. Kadang-kadang nak pergi beli makanan dekat jer pun still nak naik motor. Pemalas sangat kan aku ni??? Nasib baik la aku duk rumah flat, kadang-kadang kena la naik turun tangga kalau lif rosak, tapi tingkat 4 jer pun, apa la sangat kan. Hari ni aku nak berkongsi la info mengenai senaman yang mudah jer tapi kadang-kadang kita tetap malas nak buat iaitu berjalan kaki.
Kalau berjalan tanpa mengeluarkan peluh memang tak guna jugak kan, jadi kalau ada yang tertanya-tanya berapa pantas kita perlu berjalan untuk membakar lemak-lemak tepu di badan yang dah berlipat-lipat ni, meh sini aku nak bagitau.....
Sebenarnya kadar kepantasan berjalan kaki bergantung kepada kemampuan dan kehendak diri, tak kan nenek yang berumur 60 tahun nak berjalan seperti pemuda berusia 20 tahun kot kan. Yang penting, pastikan kita bernafas dengan betul dan mampu berbual tanpa rasa mengah semasa berjalan. Marilyn L.Bach di dalam buku ShapeWalking: Six Easy Step to a Healthier Life memberitahu kadar kepantasan yang sesuai untuk senaman berjalan kaki ialas seperti anda sedang dalam perjalanan ke sebuah temu janji dan terlewat 10 minit dari waktu yang telah ditetapkan.
Sebelum nak memulakan senaman ni mestilah bermula dengan langkah yang mudah, tak payah nak paksa-paksa diri lebih dari kemampuan kita, konon nak cepat-cepat kurus la kalau paksa-paksa diri tu. Yang penting tetapkan matlamat berapa jauh kita nak berjalan pada hari tersebut, caabar diri sendiri. jangan mudah rasa bosan, jadi jangan lah berjalan berseorangan, jalan dengan kawan-kawan mesti tak bosan, tak pun berjalanlah sambil mendengar muzik, konpem tak rasa penat.
Kemudian, kita digalakkan berhenti dan berehat seketika untuk melepaskan penat, tapi jangan la melampau sampai tidur plak kan. Nak pakai sandal or skasut yang bertumit rendah pun boleh jugak, tapi kasut sukan la yang paling sesuai kan(tapi kalau aku nak pakai kasut boot pua chu kang boleh tak????). Kalau boleh tu tingkat kan kelajuan jalan kita tu, makin lama kita akan membiasakan diri dengan berat dan ketinggian sendiri.
Berjalan kaki ni banyak kebaikannya sebab boleh memperbaiki sistem aliran darah, mengekalkan berat badan dan melambatkan proses penuaan. Jadi jom la kita sama-sama buat senaman yang mudah ni, aku nak jadi awek muda, aku nak kurus, aku nak sihat. Tiga hari dalam seminggu pun da cukup, 15minit pagi dan 15minit petang.
P/s : Aku memang malas nak buat senaman jalan kaki, tapi aku rajin berjalan-jalan window shopping kat Mid Valley, dari tingkat atas sekali sampi lower ground floor, dari North, Center sampai la ke South court... Boleh kan macam tu??? hakhak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rasenye boleh kot..sebab kira senaman gak tu walopon kat mid..hekhekhek..btw siyes, xyah lari pon, jalan ngan konsisten pon da ok..better dari lari pastu p minom teh ais kat mamak kan..berckp melalui pengalaman sebulan je ni..
ReplyDeleteok lg klu pkena teh ais tu..klu pkna roti canai cmne?hakhak..xde guna jer..KL slalu ujan ptg..tu yg kdg2 jd malas tu..klu pg2 plak mmg xyah ckp la..ssh nk bgn..hehe
ReplyDeletewahhh..
ReplyDeleteinfo yg menarik..
best3..
:D
selain berjalan kaki, turun naik tangga pun satu exercise. Cuba naik tangga sampai tingkat 18, sure seminggu boleh kurus...:)
ReplyDeletehahaha...adoyai, berjalan kaki. aku berjalan kaki tetiap hari secara purata adalah satu jam. harap2 cukop lah... XD
ReplyDeleteoh lepas ni akak nak jalan cepat2 seolah2 dah lewat gie keja lah (hakikatnye mmg selalu je lewat huhuhu) great tips dear, thanks for sharing!
ReplyDeletelebih dr cukup..u da kurus..nnt tinggal tulang plak..hakhak
ReplyDeleteflat eqa ade 14tingkat..hehehe..tp berjalan lg sronok kot coz dpt tgk pmandangan..dr nek tangga..tgk dinding jerk
ReplyDeleteklu da baca, kna la amalkan..hhehe
ReplyDeletexpe..pasni klu da leh jln cpt2 mesti awlnye smpai tmpat keje..
ReplyDeletemmg btul, 15 tahun dulu di kala remaja saya memang chubby, habis diploma terus bekerja, dalam sebulan yang pertama saya bekerja, sy bberulang alik dgn berjalan kaki sahaja. Antara tempat kerja & rumah lebih kurang 3-4 km. Turun lebih 5 kg dlm masa sebulan tu. X payah nak berikat-ikat perut diet. Cuma malam x makan. Sy biasa makan sebelum pukul 8 mlm. Dan sampai kini selepas anak 3, makciks maintain slim lg...hihi
ReplyDeleterasenye berjalan kaki ne memang rutin harian kan?haha..klau x kene berenang2 la kot?heh. actually betul pe eqa ckp 2.. berjalan ne selain mperbaiki sistem aliran darah, bleh gak menaikkan bontot kasi ummp..ahaha.. peha pun dpt kecikk n mengurangkn mslh bontot besau.ahahaha
ReplyDeletewahhh...yeah~ ni yg terasa xnak malas2 dah nk berjalan kaki ni...hehehe
ReplyDeletetau xpe..eqa rsa bontot eqa makin besar sbb byk duduk je lately..huhu..
ReplyDeletechale chalo.. dulu lecturer pnah btau.. jln kaki sehari 30 minit jer.. mmg bagus utk kesihatan..
ReplyDeletepastu ikut x ckp lcturer tu??hehehe..
ReplyDeletetapi kalo cuaca sgt sejuk jalan laju mana pun x peluh2 gak. mcm mana? huhu
ReplyDeletemana scoot kamoo???tgk scoot sapa santek lagi..kamo ker aku..hahaa
ReplyDeletekalau nak berpeluh time sejuk..kena lari la..hehehe
ReplyDeleteko usha sini
ReplyDeletehttp://syafiqahmohmad.blogspot.com/2010/01/aku-mempunyai-dua-orang-pakwe.html
scoot aku biasa2 je wei..ko lak?meh aku nk tgk..
nak mencuba laa mulai esok...
ReplyDeletesronok laa plak~
nk follow blog nie...skurang2nye ade tips2 jg body~
aku punya pun besa la wei.sm mcm ko punya gak.kaler itam EGO S
ReplyDeletecam bes jek blog nih..
ReplyDelete