Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts
Tuesday, April 20, 2010
~KISAHKU~ Mengeratkan Silaturrahim Adalah Sesuatu Yang Indah :)
Kepada pengunjung-pengunjung ke blog eqa, tak kiralah sama ada yang membaca entri-entri kat sini, atau sekadar meninggalkan jejak kat chat box tu.. eqa nak bagitau.. yang hari ni dalam sejarah selama eqa menjadi penulis blog.. eqa telah meninggalkan jejak di banyak entri pengunjung blog eqa ni.. So korang jangan la pulak terkejut bila orang yang tak pernah komen entri di blog anda telah mengomen entri anda pada hari ini.. Hehehehe...
"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Tak tau la kenapa tiba-tiba timbul kesedaran dalam diri eqa yang betapa sombongnya eqa selama ni dengan korang semua.. =) Ini adalah pengakuan ikhlas dari hati eqa tau..
Thursday, March 18, 2010
KUASA SEBUAH SENYUMAN
Anda suka tersenyum??? Kalau jawapannya adalah "YA", anda memang bagus kerana senyuman bukan sahaja mampu menggoda berlainan jantina(poyo jerk), malah memberi faedah kepada kesihatan anda. Jom kilat lihat faedah-faedah senyuman ni......
*Aina Syazwina..anak sedara aku yang baru berusia sebulan lebih.
1) Senyuman Mengubah Perasaan.
Cuba anda bayangkan tatkala anda sedih, tiba-tiba muncul buah hati anda dengan senyumannya yang menawan dan manja. Apa yang anda rasa??? Aku tak tau la korang, kalau aku mesti hati dah berbunga-bunga, habis hilang segala sedih ke geram ke apa ke kalau tengok dia tersenyum, walaupun sebelum tu dia yang buat aku sedih. Terus aku turut tersengih macam kerang busuk.
2) Senyuman Menghilangkan Tekanan.
Kepada anda-anda yang emo bagai tu, bawak-bawak la senyum yer. Tensen macam mana sekalipun, cubalah untuk senyum. Kompem tensen tu hilang. Tak percaya???? Cuba senyum sekarang... Kalau tak hilang jugak tensen anda tu, aku sarankan hantuk kepala anda ke dinding. Selamat mencuba...
Tuesday, February 23, 2010
BERJALAN KAKI SENAMAN YANG MUDAH
Baru aku sedar rupanya aku dah lama sangat tak bersenam. Jalan kaki pun jarang dah sekarang ni disebabkan dah ada scooter. Kadang-kadang nak pergi beli makanan dekat jer pun still nak naik motor. Pemalas sangat kan aku ni??? Nasib baik la aku duk rumah flat, kadang-kadang kena la naik turun tangga kalau lif rosak, tapi tingkat 4 jer pun, apa la sangat kan. Hari ni aku nak berkongsi la info mengenai senaman yang mudah jer tapi kadang-kadang kita tetap malas nak buat iaitu berjalan kaki.
Kalau berjalan tanpa mengeluarkan peluh memang tak guna jugak kan, jadi kalau ada yang tertanya-tanya berapa pantas kita perlu berjalan untuk membakar lemak-lemak tepu di badan yang dah berlipat-lipat ni, meh sini aku nak bagitau.....
Sebenarnya kadar kepantasan berjalan kaki bergantung kepada kemampuan dan kehendak diri, tak kan nenek yang berumur 60 tahun nak berjalan seperti pemuda berusia 20 tahun kot kan. Yang penting, pastikan kita bernafas dengan betul dan mampu berbual tanpa rasa mengah semasa berjalan. Marilyn L.Bach di dalam buku ShapeWalking: Six Easy Step to a Healthier Life memberitahu kadar kepantasan yang sesuai untuk senaman berjalan kaki ialas seperti anda sedang dalam perjalanan ke sebuah temu janji dan terlewat 10 minit dari waktu yang telah ditetapkan.
Wednesday, February 10, 2010
ANDA SUKA BERCIUM????

...Sape nak kiss aku meh sini meh...
Hari ni aku nak bagi tau satu info mengenai ciuman. Sila beri perhatian yer kepada pasangan suami isteri dan pasangan yang belum sah tetapi suka kissing kissing ni. Menurut Dr. Lewis Smith, Profesor kedoktoran Northwestern University di Chicago, ciuman merupakan cara yang paling baik untuk
Tuesday, February 9, 2010
JOM KETAWA SEPUAS HATI
Satu kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburgh School of medicine telah membuktikan bahawa wanita yang murung dan mudah sedih akan lebih sukar hamil sebanyak dua kali ganda berbanding wanita yang ceria. Ini kerana tekanan akan menyukarkan bahagian reproduksi wanita menghasilkan telur yang berkualiti.

...Pakcik gelak la banyak-banyak, nanti boleh hasilkan sperma yang berkualiti...
Monday, February 8, 2010
PENYAKIT JANTUNG
Abah aku juga merupakan seorang penghidap penyakit jantung dan baru selesai menjalani pembedahan bypass 2 minggu yang lalu. Perasaan seorang anak yang melihat bapanya terlantar di atas katil hospital sudah tentu lah sedih dan mengharapkan supaya bapanya pulih seperti sedia kala. Hari ini aku nak bagi info mengenai penyakit jantung ni supaya menjadi panduan kepada golongan muda agar menjaga kesihatan sebelum terlambat.
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia yang menyebabkan 16 peratus(5,322) daripada 33,262 kematian yang dilaporkan di semua hospital kerajaan pada 2001 berpunca daripada serangan penyakit ini. Malah kadar kematian akibat penyakit jantung juga meningkat berkali ganda daripada 7.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 1982 kepada 22.5 kematian pada 1996(Fuhh..menakutkan btol).

...Ini Bukan Jantung Aku...
Sunday, January 31, 2010
PERINGATAN UNTUK KAUM PEREMPUAN...!!!
...Kejadian ni berlaku 2,3 ari lepas...
...Salah seorang kawan aku telah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial TAGGED...
...Kemudia mereka telah mengatur temujanji untuk berjumpa di luar...
...Pada kali pertama berjumpa dengan lelaki tersebut...
...Lelaki tu nampak seperti lelaki normal...
...Tidak menunjukkan apa-apa belang...

*from En. G
...Perjumpaan kali pertama telah membawa kepada perjumpaan kali kedua...
...Perjumpaan kali kedua ni telah memberi nasib malang kepada kawan aku ni...
...Dia telah diugut dengan pisau untuk menyerahkan semua wang yang ada pada dia...
...Tapi masa tu dalam purse dia ada rm10 jerk...
...Then...
...Lelaki tersebut membawa kawan aku ni gi ATM machine...
...Dan kawan aku terpaksa mengeluarkan semua wang dalam akaun dia sebanyak RM2000...
...Lelaki tersebut turut mengambil handset die...
...Selepas menyerahkan semua wang tu...
...Lelaki tersebut membuat panggilan kepada kawan-kawan die...
...Maybe nak suh datang rogol ramai-ramai kot...
...Ketika lelaki tersebut leka bercakap tepon ngan kawan dia...
...Kawan aku cepat-cepat melarikan diri...
...Syukurla kawan aku ni sempat melarikan diri...
...Hilang duit tak pe...
...Jangan hilang maruah diri n nyawa sudah...
...So pengajarannye kat sini...
...Jangan mudah mempercayai orang-orang yang kat laman sosial...
...Tak kira la tagged ke..Facebook ke..Or Friendster...
P/S : Kejadian ni berlaku area-area Pandan Indah kalau tak silap...
Subscribe to:
Posts (Atom)