Thursday, March 18, 2010

KUASA SEBUAH SENYUMAN

Anda suka tersenyum??? Kalau jawapannya adalah "YA", anda memang bagus kerana senyuman bukan sahaja mampu menggoda berlainan jantina(poyo jerk), malah memberi faedah kepada kesihatan anda. Jom kilat lihat faedah-faedah senyuman ni......

*Aina Syazwina..anak sedara aku yang baru berusia sebulan lebih.

1) Senyuman Mengubah Perasaan.
Cuba anda bayangkan tatkala anda sedih, tiba-tiba muncul buah hati anda dengan senyumannya yang menawan dan manja. Apa yang anda rasa??? Aku tak tau la korang, kalau aku mesti hati dah berbunga-bunga, habis hilang segala sedih ke geram ke apa ke kalau tengok dia tersenyum, walaupun sebelum tu dia yang buat aku sedih. Terus aku turut tersengih macam kerang busuk. 

2) Senyuman Menghilangkan Tekanan.
Kepada anda-anda yang emo bagai tu, bawak-bawak la senyum yer. Tensen macam mana sekalipun, cubalah untuk senyum. Kompem tensen tu hilang. Tak percaya???? Cuba senyum sekarang... Kalau tak hilang jugak tensen anda tu, aku sarankan hantuk kepala anda ke dinding. Selamat mencuba...

3) Senyuman Meningkatkan Imunisasi.
Laughter is the best medicine rite?? Selalunya orang yang ceria sentiasa ni kurang mendapat penyakit, berbanding dengan orang yang selalu bermuram durja, betul tak? 

4) Senyuman Menurunkan Tekanan Darah.
Kepada anda yang mengalami tekanan darah tinggi, banyak-banyakkan lah menderma senyuman. Tak rugi pun, tak kuar 1sen pun. Tapi jangalah senyum sorang-sorang pulak, nanti tak pasal-pasal bukan dihantar ke hospital untuk rawatan penyakit darah tinggi, tapi dihantar ke hospital bahagia.


5) Senyuman Rahsia kepada Awet Muda.
Alamak!! Dah tak jadi rahsia la kalau macam ni, sebab aku dah cakap. Hakhak. Rasanya semua orang nak jadi awet muda kan. Termasuklah aku. Walaupun aku dah beranak sepuluh nanti, aku nak jer orang ingat aku ni masih 20-an.(melampau giler).

6) Senyuman Menjadikan Anda Lebih Menarik.
Orang yang tak lawa atau tak hensem pun pasti akan kelihatan menarik tau kalau tersenyum. Walaupun tak ada rupa paras, tapi kalau sentiasa tersenyum, orang akan suka berkawan dengan kita tau, berbanding dengan orang yang mempunyai rupa paras tetapi tak pernah senyum. Cuba bayangkan Siti Nurhaliza Tak pernah senyum langsung. Apa korang rasa????

7) Senyuman Menjadikan Anda Kelihatan Sukses.
Haa...Haa..Haa~..Haa..Haa..Haa~(gelak orang kaya yang sukses sambil tersenyum).

8) Senyuman Menyebabkan Orang Akan Berfikir Secara Positif Tentang Diri Anda.
Bayangkan ada someone yang hensem dan jelita yang anda tak kenal tengah tersenyum depan anda sekrang.
Dalam otak anda :
"Wah! Lawanya..natural beuty dia nieh."
(sedangkan minah tu baru lepas buat pembedahan plastik, tapi kita tak tahu)
"Wah! Baiknya dia nieh senyum kat aku"
(sedangkan baru jap tadi dia belasah orang)
"Wah! Dia suka kat aku kot sebab tu dia senyum kat aku"
(padahal orang tu tengah geli hati sebab tengok rupa paras kita yang macam kacukkan jebon+gajah) 

Note :
Sebuah scene di zaman sekolah :

"Kalau awak nak tanda tangan saya, cuba awak cakap, dalam semua akak-akak dalam dorm ni, awak nak bagi title apa kat saya?"

"Emm..Kakak paling suka senyum"
(bangga gila aku masa ni, sebab kawan aku ada yg dapat title akak paling garang n ntah hape2 lagi tah)


Share this article :

13 comments:

  1. hehe...kambing pun pakai braces laa ni....

    cute baby tu senyum...

    salam singgah ^^

    ReplyDelete
  2. thankz coz singgah..dtg la lg nnt.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah di pgi jumaat.. :)

    ReplyDelete
  4. note yg sbuah scene d zmn sek..

    huhuhu..time zmn at sek dlu pown adr gak cmtuh..
    mcm2 glaran adr..hehehe..

    ReplyDelete
  5. time kasih..nnt dtg la lagi :)

    ReplyDelete
  6. tau xpe..mcm2 gler..hhehe..msa jd jr kta bg glaran kt snior..bla da snior, jr lak wat kt kita..hehe

    ReplyDelete
  7. senyummm..

    jarang senyumla eqa.. heehehe

    ingat plak dulu mase jln ngan adik..
    dkat bus stop.. muke mmg msam cam jeruk r..
    sampai ade laki tu nyayi..
    senyumla senyumla ha hai cik mek molek.. ahaha.. malu terus..
    adik duk gelak je.. hampeh tol

    ReplyDelete
  8. hakhak..mmg xske snyum ke ape ni??

    ReplyDelete
  9. suke senyum dgn insan2 yg rapat je.. hehehe

    ReplyDelete
  10. weeeeeeee (senyum dengan lebarnya)

    ReplyDelete
  11. betul3..kalau senyum time marah cept je sejuk even b4 tu sbnr ny pakse je snyum..

    ReplyDelete
  12. Eqa,
    bestlah artikel ni...
    senyuman merupakan satu nikmat yang tak ternilai harganye..
    Walaupun dihimpunkan 10 bijik keta ferrari pun,tak dapek nak tandingi harganye..kerna ia priceless..he..he..
    singgah ler blog baru lepat ni yer..lepat dah follow eqa ...

    ReplyDelete
  13. alamak.lm nye dah x dtg blog ni.. adeyh~ sory2.. senyum2 selalu :) jln2 bls knjungan..hit me back kayh.

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM