Thursday, January 27, 2011

Penilaian Kesesuaian Pemohon Skim pembiayaan Perniagaan PUNB.

2,3 hari lepas, eqa ada dapat surat dari PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Surat tu berkaitan Sessi Penilaian Kesesuaian pemohon Skim Pembiayaan Perniagaan PUNB. Tiba-tiba rasa cuak pulak bila baca perkataan "Sessi Penilaian". Hehehehehe...

Wednesday, January 26, 2011

Kenapa La Kucing Tak Reti Guna Telefon Bimbit Dan Tak Reti Baca Blog?????


Oh Koko.. 
Di manakah kau Koko????!!! 
Kau tak lapar ke???? 
Penat dah hari ni 1 hari cari kau 1 kampung oiii Koko.. 
Tak mau balik ka?? 
Or dah jumpa pakwe baru??
Kot ikut pakwe baru tu balik rumah dia kot!!

"Eqa... Give Me your contact no." Yabedabeduuuuuuu.......

Sambungan dari....




Kemudian bas tersebut berhenti lagi di R&R...(jap nak pikir)...Cendol??? Chendul?? Condol??? Apa tah nama tempatnya.. tak ingat dah. Kali ni kami hanya turun berdua, tak ingat dah apa big guy tu buat, tidur kot. As usual.. Kita minum dulu!!! Hehehe.. Sama jugak minum air mango.. Wan belanja jugak, namun ada perasaan kurang senang di hati eqa sebabnya asyik dia jer yang belanja.. Huhuhu.. Masa pertemuan yang pertama dulu pun, Wan belanja jugak.

Then after tu, macam biasa.. Eqa pergi toilet lagi... Ngeh..ngeh..ngeh.. Biasa la pompuan :p Tambah-tambah bila terjumpa dengan mamat yang dapat mencairkan hatinya.. Pergi mengadap cermin la babe!! Hakhak.. Tak touch up touch up pun, sebabnya eqa bukan jenis pakai make up pun. Handbag pun tak bawa, purse, handset semua sumbat poket. So, cam natural beuty la masa berkenalan dengan si Wan ni..(tengah up diri :p). 

Bila eqa keluar dari toilet, eqa tengok dia pun baru keluar dari toilet jugak, so tak ada la eqa mencari-cari macam kat pertemuan pertama dulu, lagipun bila malam jer eqa rabun kronik, sebab silau mata eqa amatlah tinggi, kalau siang ok jer lagi. Then,

Tuesday, January 25, 2011

EP 7 - Aku Seorang Blogger

Sambungan dari.... 

EP 6 - Aku Seorang Blogger


Pada masa yang sama, kedengaran bunyi siren kereta polis......................

Haqim bersama 9 orang rakannya yang lain sudah kecut perut, masing-masing menggigil ketakutan seperti ternampak hantu pocong melintasi di hadapan mereka. Tanpa sepatah kata, mereka semua lari lintang-pukang seperti terdapat longgokan emas menanti 100 meter di hadapan, kecuali Haqim yang agak ketinggalan di belakang kerana terpaksa berlari terhincut-hincut seperti menahan kesakitan yang teramat sangat. Pada masa yang sama, Fariq iaitu abang kepada Ilya Suhana yang masih terbaring di pangkuan adiknya sempat menjerit kepada Haqim,

Monday, January 24, 2011

Dia Dah Jumpa Jodoh????

Sambungan dari...
1-  Pertemuan Kita Kali Pertama        
Gambar Hiasan - Ni gambar kat atas bas jugak tetapi setahun selepas kisah di bawah ni :)

Kalau tidak silap, kami tak minum pun kat situ, cuma pergi toilet dan borak-borak tepi bas dengan "big guy" yang dari Sabah tu. Eqa ingat lagi apa yang kami borakkan, pasal Sabah, melancong, pasal clubbing, Wan tu ajak eqa gi clubbing tau :p Hakhak.. Eqa tak tau la masa tu memang betul ke dia ni kaki clubbing betul ke apa or sekadar nak bergurau. Eqa ingat lagi big guy tu ada tanya,

"Eh! Korang ni dah lama kenal ke?"

Wan jawab,

Sunday, January 23, 2011

Pertemuan Kita Kali Ke-2

Sambungan dari.....

1- Pertemuan Kita Kali Pertama                       
2- Adakah Aku Sudah Jatuh Cinta???


Tarikh : 28th October 2008
Masa : 10 pagi - petang
Tempat : Hentian Bas Kuala Terengganu - Hentian Bas Putra, Kuala Lumpur.

Hari yang ditunggu-tunggu untuk eqa balik KL pun tiba, pagi tu kawan eqa yang hantar eqa ke stesen bas, eqa nyaris lambat sebab susah nak cari parking, dan handset eqa tertinggal dalam kereta dia, terpaksa patah balik ke kereta untuk ambil handset tu. Apabila eqa sampai, bas sudah setia menunggu di lorong 6, eqa pun naik la ke tingkat atas dan duduk di sebelah tingkap. Tempat eqa masa tu memang betul-betul bersebelahan dengan tangga. Lega eqa rasa sebab kali ni dapat duduk di sebelah tingkap. Hehehe.. Dalam hati eqa ketika tu macam tertanya-tanya, siapa pula yang akan duduk di sebelah eqa nanti, adakah seorang pakcik?? makcik?? adik? kakak? atau lelaki yang tidak dikenali lain yang mampu membuat eqa cair lagi??? Tunggu punya tunggu, tiada siapa pun yang duduk di sebelah eqa, so sementara menunggu bas jalan, eqa pun pandang lah keluar tingkap usha kawan yang hantar eqa tu.


Tiket bas tu pun eqa masih simpan lagi.. :)

Saturday, January 22, 2011

Adakah Aku Sudah Jatuh Cinta???

Sambungan dari kisah Pertemuan Kita Kali Pertama.

Tarikh: 24th October 2008 - 27th October 2008
Masa: Sepanjang Hari
Tempat: Sekitar Terengganu dan Kuantan.


Seingat eqa la, sepanjang eqa berada di Terengganu tu, the whole time eqa macam teringat-ingat terbayang-bayang lelaki yang hanya eqa kenali sebagai "wan" tu. Eqa keluar dengan kawan-kawan eqa pun eqa still dengan teringat dengan lelaki tersebut, dalam hati masa tu eqa pikir....

Friday, January 21, 2011

Pertemuan Kita Kali Pertama

Tarikh: 23 October 2008. 
Masa: 10.30pm sehingga Subuh.
Tempat: Dalam Bas, Hentian Bas Putra, Kuala Lumpur.



Malam pertama kami bertemu, bertiketkan tempat duduk bernombor 11A... Eqa pun menonongkn diri menuju ke tempat duduk paling belakang sebab i already know that no.11 is yang paling belakang tanpa menoleh ke kiri dan kanan langsung.. Dengan dada yang berdebar-debar memikirkan siapa yang bakal duduk di sebelah nanti.. Kerana memikirkan suasana yang bakal gelap akibat lampu bas yang akan dipadamkan semasa perjalanan nanti dan sebagai seorang perempuan yang pergi berseorangan perlu memikirkan semua itu.. Nak beli single seat dah habis, yang tinggal hanya double seat dan tinggal cuma satu tempat duduk depan sekali dan belakang sekali.. Tak tau la apa yang eqa fikir masa beli tiket tu.. Eqa  minta yang belakang sekali.. Bertapa beraninya eqa malam tu..hakhak..

Wednesday, January 19, 2011

RESEPI: Apam Senyum Yang Tak Nak Senyum Pun..




Petang semalam tengah bosan-bosan eqa pun teringat la nak buat apam ni.. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan:

Monday, January 17, 2011

Blogger Chat Room.. Mengeratkan Silaturrahim Sesama Blogger.. Jom Join!!


Selama ni kita cuma berinteraksi dengan blogger-blogger lain melalui Shoutmix, Cbox dan lain-lain widget yang seangkatan dengannya, kepada yang gemar berblogwalking, widget-widget ini adalah penting untuk mereka meninggalkan jejak di setiap blog yang mereka lawati. Kadang-kadang kita tak pasti sama ada owner  blog tersebut online atau pun tidak pada ketika itu. Kadang-kadang kita ingin bertanyakan sesuatu soalan dengan harapan owner blog tersebut dapat menjawab soalan tersebut dengan pantas.

Jadi, masalah-masalah tersebut dapat di atasi dengan menggunakan meebo chatroom ini iaitu yang diberi nama Blogger Chat Room. Mula-mulanya eqa jumpa widget ini di blog Jejaka Terhangat, dan eqa telah menggunakan chatroom ini untuk berborak dengan beliau dan beberapa orang rakan yang lain. Eqa ingat lagi ketika tu kami berborak tentang anime, cerita korea dan jepun dan macam-macam lagi. Sedangkan sebelum ni eqa tak pernah kenal pun dengan Bro Jerjaka Terhangat ni :p hehehehe...

Kemudian,

Sunday, January 16, 2011

IntenseDebate VS Disqus VS Default


VS



Apa pandangan anda semua tentang IntenseDebate, Disqus dan Default komen??? 

Sebenarnya sebelum ni eqa telah menggunakan Disqus sebagai platform sistem komen di setiap entry eqa. Tetapi kebelakangan ini ramai pembaca yang merungut mengatakan bahawa

Saturday, January 15, 2011

TOLONG INGATKAN AKU - ANA RAFFALI


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Khas Untuk Wanita. Cegah Kanser Rahim Sebelum Terlambat.

Friday, January 14, 2011

Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.



Berikut adalah nama-nama artis  yang tercalon sebagai top 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 mengikut kategori yang dipertandingkan:

Thursday, January 13, 2011

Mari Tambahkan Traffic Dan Kenalan Dengan Forum SYOKNYER BLOGGING..

Syoknyer Blogging

Semalam eqa ada terbaca entri Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman Forum di blog bro Zulkbo. Jadi, eqa pun explore lah forum yang disarankan oleh beliau. Salah satunya ialah Forum Syoknyer Blogging. Walaupun baru semalam eqa mendaftar di laman forum ini, hati eqa sudah terpikat. Sangat best!! Mungkin kerana ahli-ahli forum ini memang terdiri daripada kalangan blogger yang memang peramah. 

Wednesday, January 12, 2011

Perhimpunan Blogger-Blogger Perlis 2011.

ads


Sedihnya.. 
Sebab berkemungkinan besar eqa tak dapat pergi gathering ni.. Sebab pada 5 Feb nanti iaitu bersamaan dengan tarikh gathering tu, rumah eqa akan berlansungnya Majlis Kenduri Perkahwinan abang eqa. Huhuhuhu.. 

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 Azam Ku Untuk Semakin Serius Dalam Dunia Blog. Beberapa Kelemahan Blog Ini Yang Anda Tidak Boleh Contohi.

Sudah setahun lebih eqa berkecimpung di dalam dunia blog ni, tetapi blog eqa masih lagi ditakuk lama, orang lain yang seangkatan dengan eqa sudah maju kehadapan, sudah menjadi seorang blogger otai. Tetapi blog ini seperti nyawa-nyawa ikan jika eqa tidak online. Orang lain sibuk berazam ketika tibanya tarikh 1.1.11. Tetapi eqa terlewat 11 hari, sebenarnya tidak semestinya apabila tiba tahun baru baru kita mula berazam untuk melakukan sesuatu. Keazaman itu sebenarnya perlu ada setiap masa oleh diri setiap insan. 

Apabiba ada azam baru ini, eqa telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada pada diri dan juga blog yang eqa kendalikan selama ini. Eqa telah membuat senarai semua kelemahan yang menjadi penyebab eqa masih lagi berada di takuk lama. Setelah membuat senarai, eqa telah mengenal pasti bahawa eqa seorang blogger yang tidak berdisiplin. Jom kita tengok apa yang eqa maksudkan dengan tidak berdisiplin itu: 



Monday, January 10, 2011

After 30 years....Finally..............................

Lately.. Aku memang sangat-sangat bz dan banyak menggunakan tenaga.. Serius.. Penat yang teramat sangat!!!!  Semuanya kerana aku pindah rumah.. Nasib baik pindah selangkah jer pun :p Hakhak.. Walaupun gembira tinggal di rumah baru yang amat lah selesa berbanding sebelum ni, tapi sedih jugak la.. Apabila rumah  selama aku berumur 24 tahun dibesarkan tu dirobohkan semalam.. iaitu 9 Januari 2011.. Tamatlah riwayat rumah yang telah berusia 32 tahun tersebut..


Adakah Keputusan Anugerah Juara Lagu Mengecewakan Anda?????

Serius... cam terkejut gak bila tahu keputusan Anugerah Juara Lagu malam ni ni..  
So.. Ni Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25..

Persembahan Terbaik
Hanyut- Faizal Tahir

Vokal Terbaik
Noktah Cinta - Hafiz

Tempat Ke-3
Noktah Cinta - Hafiz

Tempat Ke-2
Drama King - Black & Meet Uncle Hussein

Juara
Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali


Monday, January 3, 2011

Makanan Mempengaruhi Hormon



MADU
Sebagai sumber 'boron' madu membantu metabolisme tubuh dan memanfaatkan estrogen, asas kepada hormon seks wanita. Hormon ini bertanggungjawab mengangkat dorongan seks dan orgasme wanita dan lelaki.

Sunday, January 2, 2011

5 Bulan Sudah Berlalu...



Tarikh gambar di atas adalah tarikh birthday aku.. 
Kami keluar makan malam bersama.. En.Wan ada kursus kat KL 2weekz.. Seingat aku dia balik Terengganu 2,3 hari sebelum majlis konvokesyen aku pada 4 Ogos 2010...

Hari ni dah 2 januari 2011..
So..till now.....aku dan dia sudah 5 bulan tak berjumpa !!!!!
Fuhhh.. Percintaan Jarak Jauk.. (PJJ) memang menguji kesabaran dan kesetiaan.. :)
Tapi syukur Alhamdulillah.. dalam tempoh tu kami masih lagi setia.. Setelah 2 tahun bergelar pasangan kekasih.. dan 1 tahun lebih ber "PJJ"...

Bila kami nak berkahwin???!!!
Kalau ikutkan mak aku dia nak jer kahwinkan aku cepat-cepat.. Hakhak..
Save budget katanya.. Nak kendurikan sekali dengan perkahwinan banglang aku pada 5 Febuari 2011 nanti..
Tapi tak apa la..
Aku bagi peluang kat abang aku dulu..
Yang adik ni tahun berikutnya lah pulak.. :P
Boleh tak???


NOTE: 
Banyak jer aku cerita pasal mamat ni kat lam blog nieh.. Kalau nak baca korang godek-godek jer la..  Aku bukan artis.. So aku rasa tak ada sape pun yang nak tau kisah percintaan aku.. Sekadar luahan hati jer ni.. Kepada sesiapa yang baca dan komen, terima kasih yer.. :)



Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal??!!!



Serius aku cam terkejut gila... Aku terbaca kat wall FB tadi.. Muda lagi die nieh.. Dah memang ajal dia kan.. Beliau merupakan bekas suami kepada Siti Nordiana, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar 2.30 petang tadi di Hospital Pusrawi , Kuala Lumpur akibat sakit jantung... Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau.. Takziah juga diucapkan kepada keluarga Faizal Yusof...

Baru semalam jer aku tengok cerita Tiramisu, seronok tengok arwah berlakon, kelakar...HuHu.. First time aku tengok arwah berlakon masa tu dalam cerita Manjalara, watak polis.. Masa tu dah mula suka tengok arwah berlakon.. Menjadi.. tapi nak buat macam mana.. Allah lebih sayangkan beliau kan..

BLOGGER CHAT ROOM