Showing posts with label NUFFNAG. Show all posts
Showing posts with label NUFFNAG. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 Azam Ku Untuk Semakin Serius Dalam Dunia Blog. Beberapa Kelemahan Blog Ini Yang Anda Tidak Boleh Contohi.

Sudah setahun lebih eqa berkecimpung di dalam dunia blog ni, tetapi blog eqa masih lagi ditakuk lama, orang lain yang seangkatan dengan eqa sudah maju kehadapan, sudah menjadi seorang blogger otai. Tetapi blog ini seperti nyawa-nyawa ikan jika eqa tidak online. Orang lain sibuk berazam ketika tibanya tarikh 1.1.11. Tetapi eqa terlewat 11 hari, sebenarnya tidak semestinya apabila tiba tahun baru baru kita mula berazam untuk melakukan sesuatu. Keazaman itu sebenarnya perlu ada setiap masa oleh diri setiap insan. 

Apabiba ada azam baru ini, eqa telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada pada diri dan juga blog yang eqa kendalikan selama ini. Eqa telah membuat senarai semua kelemahan yang menjadi penyebab eqa masih lagi berada di takuk lama. Setelah membuat senarai, eqa telah mengenal pasti bahawa eqa seorang blogger yang tidak berdisiplin. Jom kita tengok apa yang eqa maksudkan dengan tidak berdisiplin itu: 



BLOGGER CHAT ROOM