Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 Azam Ku Untuk Semakin Serius Dalam Dunia Blog. Beberapa Kelemahan Blog Ini Yang Anda Tidak Boleh Contohi.

Sudah setahun lebih eqa berkecimpung di dalam dunia blog ni, tetapi blog eqa masih lagi ditakuk lama, orang lain yang seangkatan dengan eqa sudah maju kehadapan, sudah menjadi seorang blogger otai. Tetapi blog ini seperti nyawa-nyawa ikan jika eqa tidak online. Orang lain sibuk berazam ketika tibanya tarikh 1.1.11. Tetapi eqa terlewat 11 hari, sebenarnya tidak semestinya apabila tiba tahun baru baru kita mula berazam untuk melakukan sesuatu. Keazaman itu sebenarnya perlu ada setiap masa oleh diri setiap insan. 

Apabiba ada azam baru ini, eqa telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada pada diri dan juga blog yang eqa kendalikan selama ini. Eqa telah membuat senarai semua kelemahan yang menjadi penyebab eqa masih lagi berada di takuk lama. Setelah membuat senarai, eqa telah mengenal pasti bahawa eqa seorang blogger yang tidak berdisiplin. Jom kita tengok apa yang eqa maksudkan dengan tidak berdisiplin itu: 





1- Update Entry Yang Tidak Konsisten.

Sudah banyak tips eqa baca tentang bertapa perlunya seorang blogger untuk kerap update entry. Eqa boleh dikatakan seorang yang suka update entry tetapi tidak konsisten. Ketika eqa mula aktif dalam dunia blog ini, eqa masih bergelar pelajar. Jadi eqa seperti biskut chipsmore, "kejap ada, kejap tak ada". Kadang-kadang sampai berbulan-bulan eqa menyepi, blog bersawang, ini menyebabkan eqa tidak mempunyai pembaca setia. Selain itu, Quality VS Quatity juga boleh menjadi dilema. Apabila 4,5 bulan menyepi, eqa akan kembali dengan 1 hari update pun sampai 4,5 entry. Jadi, adakah 4,5 entry dalam sehari tu berkualiti???? Memang sampah... Pembaca akan lari.

2- Penggunaan Bahasa Pasar dan Agak Kasar.

Maaf sekiranya anda semua keliru dengan penggunaan ganti nama yang eqa gunakan selama ini. Kadang-kadang "eqa", kadang-kadang "aku" serta short form yang mungkin kurang difahami oleh semua orang. Penggunaan "aku" memang kadang-kadang boleh lebih mendekatkan diri kita dengan diri pembaca, tetapi kadang-kadang kurang sesuai apabila dibaca oleh golongan yang lebih tua. Jadi, eqa mengambil keputusan untuk menggunakan "eqa" sebagai ganti nama diri. Mungkin "aku" akan digunakan mengikut situasi-situasi tertentu. "saya" mungkin tidak, kerana amatlah janggal untuk digunakan oleh eqa. Hehehe. 

Maaf sekali lagi jika ayat-ayat eqa agak kasar. Mungkin eqa dilahirkan menjadi seorang anak jati Perlis, loghat utara memang sebegitu. Kadang-kadang eqa terbawa-bawa dalam penggunaan ayat eqa.

3- Pendirian Tidak tetap.

Untuk pengetahuan semua, eqa mempunyai banyak blog. Mungkin perkara ini telah mengelirukan semua pembaca. Eqa mempunyai blog yang berdomainkan .com iaitu http://waneqa.com/eqa/ yang sudah lama bersawang dan tidak update. Memang sukar untuk mengendalikan banyak blog walaupun munkin genre yang berbeza-beza bagi setiap blog. Eqa juga masih tidak mahir dengan penggunaan Wordpress berbanding Blogspot ni, jadi kadang-kadang eqa jadikan blog 1 lagi sebagai blog utama, kadang-kadang blog yang ini. Mesti anda semua kelirukan?? Jadi, eqa membuat keputusan untuk kekal dengan blogspot ni atas sebab-sebab teknikal yang berlaku terhadap http://waneqa.com/eqa/
    
4- Tema Yang Caca Merba.

Blog eqa memang bersifat umum, membincangkan segala aspek kehidupan, peribadi, dunia hiburan dan sebagainya. Selepas ini pun, blog eqa masih lagi bersifat umum cuma eqa akan kurangkan entry-entry yang mungkin tidak penting atau tidak memberi apa-apa kesan kepada pembaca yang datang. 

  
5- Tamak Dengan Iklan.

Sekarang pun kalau anda semua dapat lihat, blog ini penuh dengan iklan-iklan. Mungkin ketamakkan untuk mendapatkan pulangan yang lebih dari blog??? Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran lah jawabnya.. Sekarang ini eqa meletakkan iklan dari Nuffnang dan Innity. Kadang-kadang rasa seperti hanya ingin setia bersama Nuffnang sahaja, tetapi perasaan sayang kepada Innity masih ada. Iklan-iklan ini menyebabkan susunan layout blog eqa nampak tidak kemas. Walaubagaimanapun, background putih memang tetap di hati :)

6- Kurang Ikhlas Dan Kurang Friendly.

Eqa mengaku eqa kurang friendly dengan blogger-blogger lain. Mungkin kekangan masa membuatkan eqa hanya meninggalkan jejak di setiap chat box yang eqa lawati engan "jalan2 :)". Pasti anda semua perasan kan??? Eqa akan cuba sedaya upaya untuk lebih beramah-mesra dengan anda semua okay? Hehehehehe.. Bercakap mengenai keikhlasan dalam berblogging ni, Yes! Eqa mengaku yang kadang kala perasaan ingin mendapat pulangan yang lebih dari Innity dan Nuffnang membuatkan niat eqa kurang ikhlas. Setelah setahun lebih dalam dunia blog, eqa dapat rasakan sebenarnya keikhlasan untuk berkongsi maklumat, menambah kenalan baru, mengeratkan silaturrahim, dan juga perkara-perkara ikhlas yang kita lakukan sebagai seorang blogger akan disusuli dengan pendapatan dari segi kewangan mahupun erti persahabatan yang tidak ternilai harganya.. Betul tak???


Share this article :

29 comments:

  1. hye eqa...dya rser we got same situation..=p
    dieya pulak xtaw nk cter ape..actually idea tu ade..tp xde mse nk post new entry..
    well...kt umah xde bb...huhu..bley x camtu..(ikhlasnyee)..n sumtymes ase cam x konfiden nk post something..=p
    papepon..gudluck for u k..well...i'm new here..nice meetin' u..=)

    ReplyDelete
  2. hee^^ thanx for sharing ;)

    ReplyDelete
  3. nice entry~~happy blogging

    peace

    ReplyDelete
  4. sekarang ni dah tak dapat update entri secara konsisten lagi dah.. trafik pun menurun dengan lajuuu nya. T_____T sibuk punya pasal.. :'(

    ReplyDelete
  5. salam eqa.. thanx coz invite tuk bce en3 nie.. cam tkena btg idung gak la tuk yg no 1 tue.. dushhh! hehe farah bru je stat blogging sbuln lps, tp dh xkonsisten dlm mgepost en3.. blogwlking pown jarang.. maybe dh stat sem baru jd mse tuk brblogging pown kurg.. bkn xnk, tp xsmpat dn xpunyai idea2x brnas cam bloggers yg laen.. sbb 2la followers pown ckit.. mcmn la nk atasi mslh nie ekk, hrp2x dh abis sem nie dptla nk fokus skit pd blog, insyaallh..

    ReplyDelete
  6. salam.. thanks eir coz share ilmu blogging... ^_^

    ReplyDelete
  7. klu x update blog secara konsisten pun xpe sebenarnya.. Cuma kita kena peka dengan setiap bahan yang ingin kita terbitkan. Ada pembaca yang menilai melalui topik yang kita ketengahkan. Kalau update hari-hari pun mungkin pembaca setia akan ketinggalan entri yang lama.

    Penggunaan bahasa perlu diutamakan supaya pembaca lebih mudah untuk membaca dan memahami setiap isi kandungan yang ditulis.

    Renung-renungkan.

    ReplyDelete
  8. nice meetin' u too..n thankz sbb komen yer..y not confident?hehehe..

    ReplyDelete
  9. wlcome :) rajin2 dtg la lagi yer..

    ReplyDelete
  10. xpe..nanti ada la masanya tu..jangan putus semangat okay? :)

    ReplyDelete
  11. eqa time jadi student dulu mmg mcm awak jgk..hehehe..skang ni mnganggur..tu yg byk masa :p nnt da keje xtau la..emm.. eqa rsa la..if bila2 yg tiba2 u rasa ada idea just tulis sket write as a draft..tulis sket2..hehehe..nanti bila da btol2 free xde la amik masa yg lma nk publish sesebuah en3 tu..

    ReplyDelete
  12. wsalam..thankz yer komen :)

    ReplyDelete
  13. Tak perlulah update tiap hari kot? Sesuaikan dengan masa free. Jangan sebab nak kejar update belog tiap hari, pelajaran tercicir sikit. Pentingkan pelajaran dulu. Pasal entri kualiti tu, Shag pun tak tahu di mana kualiti entri Shag sendiri. Cuma nasihat Shag, buat entri cara kita. Jangan tiru gaya orang. Tu memang dah tak ada kualiti. Bahasa tu, Shag pun pakai aku. Sebab memang dah terbiasa. Itu mmg diri Shag. Kalau jumpa kat luar pun, Shag suka cakap kau aku. Bukan pakai nama. Tapi bila drop comment or BW, Shag mmg suka pakai nama. Untuk nampak lebih friendly. Kiki. Pasal niat tu kadang kadang memang terpesong. Bukan dalam hal belog je. Setiap kerja yang kita buat mesti kadang2 terlari niat sebenar. Betul tak? Macam kita kerja kononnya niat nak kumpul pengalaman, duit. Kadang2 terdetik kerja sebab nak berlagak dengan orang lain kita dah kerja itu ini.

    Moga sukses dalam ber-belog! -SHAG-

    ReplyDelete
  14. thanks yus atas nasihat yg diberikan.. penggunaan bahasa tu la yg eqa lemah sket..adesss..serius..ayat tunggang tebalik..kadang-kadang it take time for me nak menulis 1 ayat yg proper.. kalau bahasa macam bercakap ngan kawan2 ni memang laju la nk menulis :P

    ReplyDelete
  15. hehehehhe..thankz yer shag sbb bg pendapat :) lagi rasa bersemengat nak berblog bila ada org bg pendapat panjang2 nieh...eqa dgn kwn sekolah jer ckp aku, bila masuk matrik n u terus bahasakan diri eqa..xtau nape..hehe.. smoga shag pn berjaya dlm dunia blog :)

    ReplyDelete
  16. info yg bagus n berguna bg saya yg baru ber blogging ni :)

    ReplyDelete
  17. Hey, selamat berblogging dengan happy~~ ^^. Peace!

    ReplyDelete
  18. Aku pulak jenis malas nak update sangat, & kurang friendly hehe....

    ReplyDelete
  19. salam eqa. samalah kita eqa, saya pun dah register tapi masih di awangan. Bukan di kalangan bintang-bintang blogger ataupun berpijak pada bumi yang nyata.

    tahun ni pun saya bertekad untuk berbelog untuk mendokumentasikan kehidupan saya dan anak-anak. dengan lebih konsisten. dalam masa yang sama untuk menambah kenalan, pengalaman. sama-sama kita maju ke hadapan.

    selamat maju jaya! 0_O skemanya ayat saya. hahaha. :))

    ReplyDelete
  20. teruskan berbloging...tak perlu ambik serius sgt, berblog secara suka2 lagi fun,

    ReplyDelete
  21. selamat berblogging :) thank sbb komen..

    ReplyDelete
  22. :) yup..selamat berblogging...

    ReplyDelete
  23. hehehehhe...yeke kurang friendly?ni da rajin komen kt sni, kira okay la tu.. :)

    ReplyDelete
  24. hehehehe..xpe..ayat skema..mudah difahami.. :) semoga akak juga berjaya dalam dunia blog..

    ReplyDelete
  25. haha..tataw la npe xconfident..tp comment entry org..laju jek..hehehe...
    agreed with shag..sumtymes..kekangan mase..buat pe yg penting dlu..huhu~
    sumtymes dieya rser cam xtaw nk tulis ape..idea ade..ble dah stat compose..idea utk buat ayat tuh hilang..huhu..dats y skang neh byk BW dlu..tgk org len nye hasil tulisan dlu..=)

    ReplyDelete
  26. eqa plak kan..msa tgh baring2 nk tdo mlm, msti idea mencurah2..tp mcm malas nk bgn n bkak lappy blk utk tulis.so kononnya esok jer la buat entry tu..tp bla bgn esok...hampeh..idea byk2 smlm da ilang cmtu jer,xtau nk tulis ape..xreti nk olah..

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM