Thursday, January 27, 2011

Penilaian Kesesuaian Pemohon Skim pembiayaan Perniagaan PUNB.

2,3 hari lepas, eqa ada dapat surat dari PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Surat tu berkaitan Sessi Penilaian Kesesuaian pemohon Skim Pembiayaan Perniagaan PUNB. Tiba-tiba rasa cuak pulak bila baca perkataan "Sessi Penilaian". Hehehehehe...




Dulu eqa tak pernah dengar pun pasal PUNB ni.. Suatu hari tu eqa ikut housemate eqa pergi Karnival Kerjaya kat PWTC. Masa pergi kat booth PUNB ni memang isi borang main-main jer, sebab masa tu cam tak faham sangat apa fungsi PUNB ni dan masa tu jugak macam tak berkeyakinan nak jadi usahawan walaupun minat ada, yer la kan.. Konvo pun belum lagi masa tu, so dalam kepala otak masa tu macam nak kerja makan gaji jer.

Pastu PUNB ada hantar e-mail jer, surat tak hantar pun, so macam terlepas pandang e-mail tu, bila baca e-mail tu dah terlepas tarikh nya. Huhuhu.. Tapi eqa tak kisah sangat masa tu. Bila eqa balik kampung ni la, membuatkan keyakinan dan keminatan eqa bertambah-tambah berkali-kali ganda.. :) Nak tau kenapa??? baca entri ni..Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!!

Pastu eqa pun buat keputusan nak isi semula borang PUNB ni, tapi kali ni PUNB hantar surat, tak hantar dah e-mail. Okayla, tak ada la eqa terlepas pandang lagi.. :) Ada tak pembaca kat sini yang pernah mohon PUNB ni??? Sessi Penilaian tu macam mana erk?? Ujian bertulis ke? Ujian personaliti ke? Or face to face macam kena interview tu?? Cuak jugak ni.. Kalau dapat eqa nak Bakery & Confectionary. Suka nak menhias-hias ni :) Apa kriteria pemilihan dorang erk?? Tak tau nak prepare apa untuk pergi sessi tu, tapi nasib baik lepas kenduri kahwin abang eqa, kalau tak mesti eqa sibuk sangat.

Note: Nak tau lebih lanjut apa itu PUNB dan skim-skim yang ditawarkan??? Klik sini http://www.punb.com.my/.
Share this article :

6 comments:

  1. As salam eQa, saye pun agak curious PUNB nie ape...tapi ade laa jugak dengar cerita, boleh dapat modal tambahan...tapi kena sedia modal dulu dan kertas kerja yang bagus...rasenya modal leh dapat dalam RM100k...hu3.dan tak perlu bayar balik kot...tak tau laa kot2 saye salah dengar...sila perbetulkan...

    ReplyDelete
  2. Tak tahu lah pulak Eqa. Apa apa pun, All the best dah best of luck lah untuk Eqa ya. AMIN ;)

    ReplyDelete
  3. @►AdamXis◄

    Waalaikumussalam adam..

    dia ada byk skim..siswazah perantis, siswazah PROSPER kot..yg perantis tu dia akan suh kita gi kursus 6bln dlu, pastu bru dorg wat kputusan bdasarkan prestasi kita.. yg 1 lagi tu buat kertas kerja, rasanya untuk yg lepasan ijazah biasa ni maksimum dorang bagi rm50 000 jer..n 500 dari kita.. klu yg dapat 100k tu yg mmg da ada pngalaman kot.

    rasanya cam kena bayar blk jer..sbb tu makin lama dorang perketatkan pemilihan, sbb ramai xbayar..ada td eqa terbaca kat forum mana tah..

    ReplyDelete
  4. saya pernah gi taklimat dia, oh neway sape2 berminat nak tahu apa tu PUNB punya skim leh lah pegi menara PUNB kat Plaza Sentral (Sebelah KLSentral), tingkat 9 kalau tak silap, setiap isnin mula pukul 10. Nanti ada q & a kalau nak tanya dia ape2..

    eh memang kena bayar balik pinjaman dia tu..hehe

    erm penilaian tu rasanya dia nak wat ujian sahsiah & kecenderungan minat je rasanya. kalau tak salah lah :)

    ReplyDelete
  5. Wow.. nak join mcm ner ni.. huhu

    Keboringan di ptg2.. nak dtg jenguk ke sni lak.. terime kasih tgglkan link kat post "Sahabat Blogger".. Salam perkenalan dari Anak Desa Zone...

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM