Sunday, January 23, 2011

Pertemuan Kita Kali Ke-2

Sambungan dari.....

1- Pertemuan Kita Kali Pertama                       
2- Adakah Aku Sudah Jatuh Cinta???


Tarikh : 28th October 2008
Masa : 10 pagi - petang
Tempat : Hentian Bas Kuala Terengganu - Hentian Bas Putra, Kuala Lumpur.

Hari yang ditunggu-tunggu untuk eqa balik KL pun tiba, pagi tu kawan eqa yang hantar eqa ke stesen bas, eqa nyaris lambat sebab susah nak cari parking, dan handset eqa tertinggal dalam kereta dia, terpaksa patah balik ke kereta untuk ambil handset tu. Apabila eqa sampai, bas sudah setia menunggu di lorong 6, eqa pun naik la ke tingkat atas dan duduk di sebelah tingkap. Tempat eqa masa tu memang betul-betul bersebelahan dengan tangga. Lega eqa rasa sebab kali ni dapat duduk di sebelah tingkap. Hehehe.. Dalam hati eqa ketika tu macam tertanya-tanya, siapa pula yang akan duduk di sebelah eqa nanti, adakah seorang pakcik?? makcik?? adik? kakak? atau lelaki yang tidak dikenali lain yang mampu membuat eqa cair lagi??? Tunggu punya tunggu, tiada siapa pun yang duduk di sebelah eqa, so sementara menunggu bas jalan, eqa pun pandang lah keluar tingkap usha kawan yang hantar eqa tu.


Tiket bas tu pun eqa masih simpan lagi.. :)

Tak tau lah kenapa eqa tengah seronok-seronok usha kawan eqa kat luar tingkap tu, tiba-tiba eqa terasa macam nak pandang orang yang baru naik tangga. Sedangkan sebelum tu ma macam tak ambil kisah pun hal orang kat atas bas tu, nak naik ke nak turun ke.. Masa eqa pandang kiri eqa tu, eqa hanya nampak seseorang yang baru lepas naik tangga dan tercari-cari tempat duduk dia bersama dengan seorang lelaki yang berbadan besar dan gagah perkasa.. Hakhak.. Tapi eqa hanya dapat memandang lelaki tu dari arah belakang, eqa macam hati berbunga-bunga masa tu walaupun eqa hanya pandang belakang lelaki tersebut. Nak tau kenapa??? Sebab eqa rasa lelaki yang baru naik tu adalah "wan" lelaki yang duduk sebelah eqa time dari KL nak ke Terengganu hari tu. Ya Allah Ya Tuhanku.. Tak senang duduk la eqa time tu.

Eqa tengok dia dan lelaki berbadan besar tu duduk seat depan selang satu dari eqa. Eqa masih belum dapat melihat wajah dia dari depan. So eqa macam agak teragak-agak jugak la, mungkin eqa rasa eqa angau jer kot masa tu. Mungkin akibat terlalu teringatkan "wan" tu sampai eqa terbayang-bayang. Hehe.. Jadi, macam biar jer la.. Tak kan nak pergi depan semata-mata nak usha betul ke dia, kalau salah orang malu pulak nanti. So, tunggu jer la bas berhenti kat mana-mana nanti, baru boleh usha kan. Tiba-tiba bas tu sudah bergerak keluar dari stesen bas tersebut. Eqa usha la dalam bas tu, seat depan semua penuh, seat belakang pun semua penuh, tapi di sebelah eqa??? Kosong!!! Hakhak.. macam nak tergelak pun ada jugak, punya la risau siapa la pulak kali ni nak duduk sebelah eqa, rupa-rupanya tak ada siapa pun.

Eqa macam tak sabar nak tunggu bas tu berhenti kat mana-mana, sebab macam tak sabar nak tau betul ke lelaki depan eqa tu adalah lelaki yang sama yang telah mencuri hati eqa tu??? Tapi dalam ketidaksabaran tu, eqa terlelap juga sebab dah 4hari eqa tak dapat tidur yang cukup, maybe sejam dua sahaja kot eqa tidur selama 4hari eqa kat Terengganu tu. Eqa tersedar ketika bas tu berhenti kat mana tah. Walaupun tempat duduk eqa bersebelahan dengan tangga, eqa sengaja bagi peluang orang lain turun dahulu kerana eqa nak usha rupa lelaki yang eqa tengok dari belakang jer tadi tu.

Lelaki tu bangun dari tempat duduk dia, dan memalingkan mukanya untuk menghala ke tangga. Ya Allah macam nak gugur jantung eqa ketika itu. Semua bunga-bunga dalam hati eqa ni kembang mekar macam memenuhi semua ruang hati eqa ni. Memang lelaki itu adalah "wan"!!!!!!! Masa dia menghampiri sebelah eqa, dia tak perasan pun eqa.. Eqa dengan tak malu nya telah menegur dia..

"Wan!!" <-dengan nada yang teramat lah excited, hanya tuhan saje yang tau..

Dia pun terus memandang eqa.
Dan eqa tersengih seperti kerang busuk sambil menunjuk "peace", dan eqa dapat melihat dari riak mukanya yang dia pun seperti teramatlah excited sambil menjawab:

"Eh, eqa!! Jom turun minum!" <-sambil tersengih seperti kerang busuk juga.

Eqa pun turun la dengan dia sambil tersengih macam tak boleh nak tutup dah mulut nieh.. Hakhak

To be continue............................

P/s: Nak tahu camne he asked my phone number??? Tunggu sambungan kisah ni yer.... :)

Share this article :

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM