Tuesday, November 8, 2011

KEPENTINGAN WIDGET MENINGGALKAN JEJAK DI BLOG

Assalamualaikum semua...

Eqa terpanggil untuk menulis entri ini apabila terbaca entri meminta pendapat daripada GuruCyber.net  mengenai Blog gurucyber telah dipasang widget baru .. shoutmix . Blog eqa dari mula pembabitan eqa dalam dunia blog ni, memang eqa tak pernah membuang widget meninggalkan jejak, tak kisah lah sama ada Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan sebagainya. Dan eqa tak akan sesekali membuangnya di masa hadapan walaupun mungkin blog eqa dah glamour ke, dah jadi blogger famous ke, dan ada ramai pelawat tanpa perlu blogwalking ke.. (mungkin jer la :p hakhak.. berangan je lebih). 

Sebelum ni pun pernah menjadi isu, kebanyakkan blogger bila dah terkenal je mesti hilang dah shoutbox kat blog dia. Alasannya supaya orang yang meninggalkan jejak tak terasa hati apabila mereka tak melawat balik. Tetapi sebenarnya pelawat lagi terasa hati apabila shoutbox tak ada.. Hehehe.. Terutamanya kepada blogwalker.

Memang lebih bagus meninggalkan jejak di ruangan komen entri berbanding di shoutbox, terutamanya di blog yang mempunyai page rank yang tinggi dan 'do follow', kalau bernasib baik blog pengomen akan turut mendapat traffik. Tetapi untuk meninggalkan komen, perlu membaca entri tersebut terlebih dahulu sebelum komen, kalau komen tak bersesuaian dengan topik entri, akan di anggap spam pulak oleh tuan punya blog kan. Kalau entri tu panjang berjela dan tak menarik minat pelawat untuk membaca plak macam mana??? So, kepada blog yang tak ada shoutbox, anda jangan perasan sorang-sorang yang semua entri anda tu best untuk di baca.. :p (kepada mana-mana individu jangan terasa hati, ini hanya pandangan peribadi)

Eqa memang menghargai setiap kunjungan yang datang ke blog eqa, terutama yang meninggalkan jejak di Shoutmix eqa, eqa akan sedaya upaya membalas balik walaupun kadang-kadang agak lambat. Fair and square la kan, saling memberi traffic. Memang tak dinafikan, pernah menjadi isu sebelum ni mengenai blogwalking palsu, mangsanya lebih kepada yang menggunakan Shoutmix. Terdapat individu yang meninggalkan jejak di Shoutmix tanpa menyinggah secara real ke blog tersebut. (eqa pun tak berapa pasti caranya macam mana, mungkin guna software ke apa pun tak tau la).

Tetapi dalam 100 yang meninggalkan jejak mungkin 2, 3 orang sahaja yang blogwalking secara palsu kan. Eqa balas jer semua yang tinggalkan jejak.. Memang kadang-kadang timbul keraguan terhadap individu tertentu, tetapi kita dah berniat baik untuk membalas jejak kan.. So biarlah orang yang blogwalking palsu tu dengan dosa dia.. :) 

P/s: Besar sangat ke Shoutmix blog ni???? :p Hakhakhak.. 
Masing-masing ada pandangan dan pendapat masing-masing mengenai perletakkan widget ni, ini hanya pendapat daripada seorang blogger yang tak famous dan suka blogwalking.. Hehehe.. Korang plak macam mana???
Share this article :

22 comments:

  1. better tinggalkan komen dari tinggalkan msg kt shout box..
    stakat tinggalkan msg kt shout box da macam chat je!

    ReplyDelete
  2. komen lagi bagus kot dari tinggalkan pesanan kt shoutbox..
    kalo komen ade la sebab tok kite teruskan post entri2 berguna..
    komen juga merupakan satu kritik untuk kita.. ;)

    ReplyDelete
  3. assalam iqa

    masing2 punya pandang tentang shoutmix ni. tapi memang menyakitkan hati juga kalau dapat tau yg singgah blog kita tu dari kalangan yg mengamalkan traffic palsu.

    shoutmix kamu antara yg terbesar yg pernah ditemui dialam cyber ... ha33

    ReplyDelete
  4. ha, yup.. shoutmix pnting kan.. mas suka shoutmix eqa.. gila besooo :D

    ReplyDelete
  5. betul2..shoutmix tu perlu...mungkin dorg bz xdpt tinggl komen, so tinggalkn jejak pon jd lah..atleast dorg da menaikkan trafik anda..huhu


    *memang besar gedabak shOut kamu...tp i likeee... terang ckit..hahah

    ReplyDelete
  6. aah,kadang-kadang sentap gak..macam mas kaki komen entry,kalau blogger best lagi la mas godeh old story nya.tapi kadang kecik atie gak,tak masuk entry tak baca entry,tak komen entry pun tak pe la,tak follow lagi lagi la jauh impian,tapi at least muncul la jugak kadang2 dalam shout box.kikikiki

    tapi think positif balik..emmm maybe mereka tak sempat,tak kan nak buat semua orang,mereka kan ramai pembaca..siapa lah kita.(acewah),and maybe blog kita masih banyak kekurangan sampai tak layak nak datang.

    respek de otai-otai w/p tak de shout box,kita comment entry nya,then dia pun akan balas entry kita pula.

    tak pe la,tak kisah la.yang penting mas happy bila baca mana2 entry best,tak kira la blogger hebat or tak.

    ~sekian~

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Eqa... siap ada post khas untuk ni... saya setuju dengan pandangan eqa.. mmg penting ..

    Tentang peninggal jejak palsu tu sebenarnya banyak cara yang mereka lakukan... banyak sofware yang boleh buat macam tu sekarang ni .. malahan addon firefox pun boleh manipulate untuk blogwalking palsu ..

    Tapi apa2 pun yang penting keikhlasan... terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  8. setuju dengan pendapat awak..kadang sy rs serba salah lawat blog yang x ada shoutbox..x tau mana nak tinggalkan jejak..kat ruangan komen sy akan komen berkaitan dengan entri..dan tinggalkan backlink sekali..

    kalau tinggalkan komen jejak pada komen tanpa baca entri memang nnti org anggap saya spammer..dah la gambar profile saya ada tulis spam..hahaha.
    bukan x nak baca entri tapi adakala masa kita terbatas
    Sy suka shoutmix kat blog ni..besarrr punya..

    Blogger Blog Tutorial

    ReplyDelete
  9. kadang2 shoutbox juga bolah jadi alternatif bagi blogwalker untuk menjejak link2 blog lain...

    ReplyDelete
  10. terpulang pd tuan punyer belog nak letak shoutbox atau x tp sis prefer blog yg ada shoutbox. xpela walaupun diorg x bc entry, just say hi pun ok

    ReplyDelete
  11. nice entry..yess..kita sependapat...shoutmix tuh pnting!

    ReplyDelete
  12. Salam, saya suka pendapat dari cik Eqa ni.. Hehe.. Mmg bagus pun kalau ada shoutbox tu.. Tapi sy tak letak shoutmix sbb kdg2 ada spam masuk dari situ..

    Lagipun sy nk galakkan orang komen kat entri.. Kalau blogwalking sesaje tapi tak baca entri mcm tak best plak.. Hehe.. Lebih baik orang yang blogwalking sedaya upaya gak untuk baca entri walaupun satu je..

    Lagipun kalau org yg betul2 blogwalking, dia takkan blogwalking semata-mata untuk tinggal jejak.. Kalau blogwalking semata-mata nak tinggal jejak, tu sama je mcm blogwalking guna software.. Blogwalking yang terbaik adalah masuk blog lain, baca entri, dan tinggalkan jejak dengan cara komen pada entri.. Itu lebih baik.. :D

    Sekian..
    - umarfaruq.com -

    ReplyDelete
  13. Kadang dorang bw tpi bila kita p blog dorang xdak shoutbox dan sbgainya..jadi perasaan saya pun srba salah la..dah la saya baru lg..hmmm

    ReplyDelete
  14. thx for this input..its very useful information.

    ReplyDelete
  15. takpe shotmix besar. lain dari yang lain. unik. i like.hee

    ReplyDelete
  16. selama ni sy x penah letak shoutbox kt blog bkn sbb perasan entri best sgt..cuma lebih suka org tinggal jejak kt ruangan komen (dan baca entri bkn sekadar i folo u u folo me back)..


    sbnrnya tujuan BW tu sendiri apa ya? sekadar tinggalkan jejak dgn harapkn org jejak balik blog kita utk up trafik ke?


    bg sy tujuan berblog tu sndiri ialah membabitkan penulisan..kita tulis sbb kita suka..org masuk sbb nk baca..andai kata tajuk itu mmg dia cari dia akan baca dan komen kalau dia rs nk komen..tp kalau tajuk tu dia malas nk baca xapalah x yah baca atau komen..


    bg sy shoutbox ni pilihan..kalau blogger nk letak blh letak..x nk letak terpulanglah kan.. :)

    ReplyDelete
  17. Hehe, yup! Stuju dgn artikel ni. Tp takdelah letak besar gila, haha! Stakat taruk tepi ok la kot. Buat biasa2 je. :)

    ReplyDelete
  18. Jejak itu adalah suatu yang pasti. Menunjukkan blogger saling mengenali. Seumpama masuk rumah orang, kita bagi salam. Bukan main masuk selepas tu keluar. Tuan rumah tengok je dari jauh. Kalau website biasa takpe. Tapi kalau blog, jejak itu penting.

    ReplyDelete
  19. ok...nak tinggaLkan jejak kat cnie la....follow me back tau...haha...
    http: //noradilaasikinsubki.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Link exchange is nothing else except it іs onlу plaсing the other person's weblog link on your page at suitable place and other person will also do similar in favor of you.

    my blog post :: http://www.irvingtxcabbie.com

    ReplyDelete
  21. Sy prefer komen di post. Widget mcm tah pape sekarang ni..hehe

    Visit me back : hudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM