Showing posts with label CHAT WIDGET. Show all posts
Showing posts with label CHAT WIDGET. Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
KEPENTINGAN WIDGET MENINGGALKAN JEJAK DI BLOG
Assalamualaikum semua...
Eqa terpanggil untuk menulis entri ini apabila terbaca entri meminta pendapat daripada GuruCyber.net mengenai Blog gurucyber telah dipasang widget baru .. shoutmix . Blog eqa dari mula pembabitan eqa dalam dunia blog ni, memang eqa tak pernah membuang widget meninggalkan jejak, tak kisah lah sama ada Shoutmix, Cbox, Shoutbox dan sebagainya. Dan eqa tak akan sesekali membuangnya di masa hadapan walaupun mungkin blog eqa dah glamour ke, dah jadi blogger famous ke, dan ada ramai pelawat tanpa perlu blogwalking ke.. (mungkin jer la :p hakhak.. berangan je lebih).
Sebelum ni pun pernah menjadi isu, kebanyakkan blogger bila dah terkenal je mesti hilang dah shoutbox kat blog dia. Alasannya supaya orang yang meninggalkan jejak tak terasa hati apabila mereka tak melawat balik. Tetapi sebenarnya pelawat lagi terasa hati apabila shoutbox tak ada.. Hehehe.. Terutamanya kepada blogwalker.
Monday, January 17, 2011
Blogger Chat Room.. Mengeratkan Silaturrahim Sesama Blogger.. Jom Join!!
Selama ni kita cuma berinteraksi dengan blogger-blogger lain melalui Shoutmix, Cbox dan lain-lain widget yang seangkatan dengannya, kepada yang gemar berblogwalking, widget-widget ini adalah penting untuk mereka meninggalkan jejak di setiap blog yang mereka lawati. Kadang-kadang kita tak pasti sama ada owner blog tersebut online atau pun tidak pada ketika itu. Kadang-kadang kita ingin bertanyakan sesuatu soalan dengan harapan owner blog tersebut dapat menjawab soalan tersebut dengan pantas.
Jadi, masalah-masalah tersebut dapat di atasi dengan menggunakan meebo chatroom ini iaitu yang diberi nama Blogger Chat Room. Mula-mulanya eqa jumpa widget ini di blog Jejaka Terhangat, dan eqa telah menggunakan chatroom ini untuk berborak dengan beliau dan beberapa orang rakan yang lain. Eqa ingat lagi ketika tu kami berborak tentang anime, cerita korea dan jepun dan macam-macam lagi. Sedangkan sebelum ni eqa tak pernah kenal pun dengan Bro Jerjaka Terhangat ni :p hehehehe...
Kemudian,
Subscribe to:
Posts (Atom)