Wednesday, July 13, 2011

WEHHH!!.. BESAR SANGAT KE SHOUTBOX BLOG NI??? AMARAN! ENTRI INI SANGAT PANJANG..

Assalamualaikum Semua...

Konon.. buat-buat terkejut kat tajuk tu.. Hakhak.. Padahal diri sendiri pun memang dah perasan yang shoutbox tu besar gedabak berbanding blog-blog lain.. Kat blog orang lain, kalau besar pun maybe sebab dia taruk kat page lain, tapi kotak jer besar tapi tulisan tak sebesar Shoutbox eqa kan?? :p

Tapi tak sangka pulak ramai yang amaze dengan kebesaran saiz shoutbox tersebut..


Selain fiqa and elihjapahar memang dah ramai yang macam terkejut shoutbox tu besar, dah berpuluh orang dah rasanya.. Hakhak.. Sebelum ni lagi la.. Smile gambar Fahrin Ahmad yang kacak tu tengah tersengih dengan gedabaknya. Eqa memang suka benda yang besar-besar, yang jelas lagi nyata, serta terang lagi tersuluh.. Hakhak..


Nak tau tak kenapa eqa suka letak shoutbox besar dan kedudukannya di bawah sekali selepas entri-entri?? Ni pengakuan ikhlas ni tau, dengar baik-baik tapi jangan tiru perangai eqa ni :p Daripada pengalaman eqa la kan yang suka blogwalking.. Yang memang cari shoutbox jer untuk tinggalkan jejak tanpa menghiraukan entri-entri yang ditulis oleh owner blog. :p 

Tambah-tambah yang buat hiding shoutbox kat tepi tu or yang letak shoutbox kat bahagian atas. Orang yang seperti eqa ni akan tinggalkan jejak dan terus pangkah jer tab browser tu, dah tak peduli dah apa kandungan blog tu, dah tak scroll ke bawah dah untuk usha entri-entri blog tu. Yeah~ memang niat untuk mendapatkan traffik.. betul.. tak tipu.. Sebab dalam blog ni kita nak kena ada matlamat jugak. Dalam sehari paling kurang pun 10 buah blog akan eqa blogwalking, untuk memastikan yang blog eqa ni terus hidup.

Sebab tak boleh bergantung sangat traffik dari SEO, sebab kadang-kadang tu Google buat hal jugak. Semalam pun ada borak dengan seorang blogger terkenal dengan entri SEO nya, dia cakap dia pun tak pasti kenapa lately blog dia dah tak di index oleh Google, sebab tu sekarang dia banyak mengeluarkan entri berbentuk santai. 

Okeh, berbalik kepada shoutbox tadi, berbeza plak dengan orang yang meletakkan kedudukan shoutbox nya di bahagian bawah, eqa akan scroll sampai jumpa shoutbox nya untuk tinggalkan jejak. Dalam proses 'mengscroll' itu, eqa akan terpandang entri-entri blog tersebut, if ada tajuk entri yang tertangkap dek mata, yang menarik untuk di baca, eqa akan baca baru tinggalkan jejak or eqa akan tinggalkan jejak di bahagian komen entri yang eqa baca tadi. Korang macam eqa tak??

Same goes to my blog.. Walaupun eqa tau, mungkin agak menyusahkan rakan-rakan blog yang menyinggah untuk meninggalkan jejak untuk scroll sampai ke bawah, tetapi kalau dah nama pun blogwalker, orang tu akan tetap cari shoutbox, tak kira lah kat mana pun shoutbox tu terletak.. Hakhak.. Walaupun macam tu, eqa tetap bagi kesenangan jugak dengan meletakkan shoutbox besar-besar, terang sket mata nak jumpa, tak payah sampai juling-juling mata orang nak cari :p Betul.. Kadang-kadang tu eqa macam pelik apsal ada yang suka letak shoutbox kecik-kecik benor.. Berpinar-pinar mata nak cari.Macam tak nak bagi orang tinggalkan jejak jer.. And then eqa hanya buat 3 post di home page dan ada read more, so tak ada la panjang sangat untuk di scroll..

Kalau ada yang dah tinggalkan jejak di shoutbox eqa, tapi eqa tak balas tu.. Jangan lah label kan eqa sombong plak yer, sebab mungkin masa tak mengizinkan untuk eqa go through semua tu. So eqa always bagi perhatian kepada yang tinggalkan komen di bahagian entri, lambat atau cepat eqa tetap akan melawat kembali dan tinggalkan komen jugak di entri mereka. Kepada yang drop komen kat 2,3 entri sebelum ni, jangan risau.. Nanti eqa balas kembali. So kepada sesiapa nak eqa balas jejak, sila komen entri eqa banyak-banyak :p

And then, kepada yang bertanyakan soalan apa-apa yang memerlukan eqa jawab kembali, eqa akan jawab di bahagian komen latest entri orang tu, tak kisah la entri orang tu tak ada kaitan pun dengan benda yang eqa nak jawab berkaitan soalan orang itu di entri eqa. Sebabnya kalau eqa jawab kat entri eqa jugak, comfirm ke orang itu akan datang baca balik jawapan kita??

Mungkin dia tak subcribe pun thread komen entri tu, or kalau dia subcribe pun benda tu akan masuk ke email, tapi confirm ke dia akan buka email dia dan baca jawapan kita or email tu dah bercampur-campur dengan notifications dari Facebook lagi, thread komen dari entri-entri orang lain lagi. Last-last orang tu  delete jer semua dalam inbox tak perasan pun thread yang kita jawab tu.. (eqa cakap macam ni sebab pengalaman eqa sendiri :p) hakhak.. So macam membazir jer jawab.. 

Eh.. Panjang nyerrrrr eqa bebel.. Pasal shoutbox and blogwalking jer pun.. Kalau ada yang baca sampai habis, terima kasih yer. Dalam berblog ni kena ada strategi jugak, tapi jangan lah sampai menipu. Kan sekarang ni tengah hangat pasal isu-isu iframe ni, tak pun yang blogwalking tipu yang tinggalkan jejak kat shoutbox tapi sebenarnya dia tak datang pun blog kita. 

Tak pun kan 2, 3 hari lepas widget follower kan tak muncul sebab diorang macam tengah tukar ke Google Friend Connect tu, tapi ada jugak insan-insan yang datang shoutbox eqa and cakap dia follow eqa and suruh follow balik. Ape ke halllll lahh.. Mula-mula eqa ingat maybe eqa jer yang tak nampak, kot orang tu nampak, tapi bila eqa pergi semua blog, blog orang lain pun widget follower tak muncul jugak.. Sah-sah la malaun tu menipu.. Walaupun eqa suka blogwalking, nak dapat traffik tapi tak ada la sanggup menipu macam tu. 

Pendapat korang?????
Share this article :

23 comments:

  1. Entry ni memang panjang...haha :) shoutbox besar tp cantik..

    ReplyDelete
  2. Setahu sy ada cara lain nak follow kalau widget follower tak kuar, contohnya: Dashboard>ADD> dan tambah lah URL blog tu...sy selalu buat, kalau tak muncul org tu mmg sah menipu le..haha

    ReplyDelete
  3. wow. hahhaha. sorila. but ade nama saya la! sukenya!!! thanks2~ baru tahu owner blog suke yg besar. biaq terang nmpak sket. kan2?

    ReplyDelete
  4. ahahaha..
    memang besar gila!
    Best!

    Senang gila mau nampak..

    ReplyDelete
  5. oooo.. patut laaa tengok widget follower tue tak kluar..
    memang ade problem rupenye.. :D

    ReplyDelete
  6. Delete saja shoutbox macam saya. Hehehe. Dari situ baru kita tau sapa pembaca tegar. ^^

    ReplyDelete
  7. haha. seius memang panjang. and shoutbox tu btol2 sgt besar. hahaha. tp tiap org ade minat masing2. kalau besar2 nie, tade la nak pikir maslah rabun.kehkeh

    ReplyDelete
  8. beso2 lah best nak baca
    kalo kecik cekeding kena tgk dlm2 cium skrin teruih hahahaha

    ReplyDelete
  9. shoutbox yg besar ni tlh mmbuatkan sy terpanggil utk follow dan like fanpage awk.hehehe..

    itZ me Tehanurfateha =)

    ReplyDelete
  10. besar2 best apa.. senang nk nmpk.. hehe

    ReplyDelete
  11. saya lagi suka besar2..sebab saya rabun! hhahahaa

    ReplyDelete
  12. hihi..iqa, mmg besar gila la shoutbox awak tu!
    sangat luar biasa ! hahaha

    ReplyDelete
  13. uhuhuh .. saya punya style, saya akan balas kunjungan orang yang komen blog, macam eqa cakapkan .. dan kalau boleh siap baca 3 entri yang latest . kalau rasa nak komen, komen laa .. kalau tersekima, memang takleh komen r ..

    saya memang tak sempat nak balas kunjungan utk org yang tinggalkan jejak di shoutbox sebab ambik banyak masa untuk balas kunjungan orang yg datang komen .. disebabkan risaukan ada yang terasa, better remove .. atleast, bila dia komen kat post, memang konfirm2 saya akan datang balik komen ..

    dan setakat ni alhamdulillah, agak ok laa ..

    ReplyDelete
  14. peh! pjg siot entri ni.. takpa SB besar baru layannn.. hehehe.. :D pasal widget follower tu mmg mcm tu.. maybe google naik taraf kot.. takpa relax sudahhh kann..

    ReplyDelete
  15. @Elih Japahar

    shoutbox tu bg kaler match ngn tema kaler blog :)

    ReplyDelete
  16. @Aimifiqa

    suka yg terang lg jelas.. malas nak seksa mata :p

    ReplyDelete
  17. Hai u jom join my contest..=)
    http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/limited-edition-10-contest-senyuman.html

    ReplyDelete
  18. pergh .. baca balik post ni .. terang dan jelas memang fav equelz ni ..

    ReplyDelete
  19. hahahah cool ar shoutbox ko ..i loike !

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM