Wednesday, July 6, 2011

SETAHUN SUDAH BERLALU... SAYA PASTI AKAN NERVOUS BILA BERHADAPAN DENGAN SI DIA.. :)

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak tulis pasal entri cinta la plak. Dah lama dah tak menulis entri luahan rasa hati ni. Eqa tak tau nak pendekkan tajuk entri ni macam mana.. :p hakhak.. Sebab eqa nak orang tahu yang eqa feel nervous. Agak-agak eqa nervous sebab apa???


Kepada orang yang tengah bercinta, anda pernah rasa tak jantung anda berdengup kencang, benda yang nak di ungkapkan tak terkeluar dari mulut, kadang-kadang tiba-tiba terlupa apa yang ingin diucapkan tatkala memandang wajah si dia?? :) Dan kadang-kadang tiba-tiba tergagap, sedangkan anda seorang yang kuat berceloteh..


Kalau dalam telefon pula, akibat terlalu rindukan seseorang, tatkala mendengar suara dia, air mata mengalir keluar tanpa disedari, lidah jadi kelu tanpa dapat mengeluarkan sepatah perkataan pun sedangkan sebelum tu kita excited nak bercakap dan bercerita kepada si dia...

Benda-benda yang macam ni memang terjadi kat diri eqa.. hehehehe.. Setahun bukan lah suatu masa yang singkat, terkandung 12 bulan atau 365 hari.. Kalau perempuan mengandung pun dah lahirkan baby dalam masa setahun tu, kalau yang dah lahirkan baby pula, mungkin anak tu dah boleh berjalan dah pun. Apa kaitan tempoh setahun ni dengan diri eqa???

Setahun adalah tempoh masa eqa dan dia tidak pernah berjumpa dan bersua muka secara face to face. Fuuuhhhhhhhh!! Kalau perempuan lain tak berjumpa dengan buah hati selama sebulan pun mesti dah tak senang duduk kan.. Ini kan pula setahun.. Tiba-tiba rasa bangga plak dengan diri ni sebab dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam perhubungan kami ni.. hakhak..

Memang sangat-sangat menguji kesabaran dan kesetiaan btol la.. Last sekali kami bersua muka masa minggu my birthday bulan Julai tahun lepas kat KL.. Tu last... and i hope dalam 2,3 bulan lagi kami dapat bersua muka bersama-sama dengan orang tua kami di Perlis ni :p.. Kita sebagai manusia hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan.. So, doakan lah Allah mempermudahkan segala urusan.. 

Terima kasih kepada awak kerana dalam masa tiga tahun perhubungan kita ni, eqa rasa eqa seperti sebuah watak utama di dalam sebuah novel yang hanya tinggal suku lagi bahagian yang belum tahu jalan ceritanya serta kesudahannya. Manakala 3/4 bahagian yang sudah tertulis tersebut penuh suka dan duka serta warna-warni yang kita corakkan bersama. 



Pengawalan kisah pertemuan kita pulak, yang eqa sendiri pun tak pernah terfikir walaupun sedetik pun yang one day eqa akan berkenalan dengan one guy dalam keadaan kebetulan yang macam tu yang selama ni hanya terkandung dalam novel atau drama-drama melayu di mana jalan cerita nya dikarang oleh manusia. 

Berbalik kepada nervous tadi, dulu.... tahun pertama berkenalan, tiap-tiap hari berjumpa, siang malam berceloteh.. Perasaan rindu dan nervous tu macam tak sempat nak lahirkan atau timbul pun dalam diri. Tak sempat nak rasa rindu pun, tengok-tengok dah mengadap dah muka masing-masing :p Tahun kedua... ada sket-sket perasaan nervous bila jumpa sebab dalam tahun tu hanya kurang dari 5 kali kita bersua muka. (disebabkan jarak yang memisahkan kita)

Dan tahun ketiga ni... kita belum bersua muka, so feel sangat nervous kot.. :p Rindu yang teramat... Dan rasa nervous sebab selama setahun ni eqa hidup tanpa awak di sisi dan tau-tau jer bila bersua muka dengan awak next time berkemungkinan lepas tu kita duduk sebumbung :p hehehehe...


Share this article :

15 comments:

  1. sweetnya...cinta jarak jauh..

    Jemput join segmen simple saya..

    SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...

    ReplyDelete
  2. wahh bahagianya. Cepat-cepatlah kahwin ye.then bg kat jemputan kat saya. Saya org perlis ni. Dah lama tak makan nasi minyak hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg anda ni tabah..huh
    setahun tu lama kot !

    ReplyDelete
  4. hmmm.. sedar tak sedar setahun dah kita tak jumpa hakhak.. i'm proud of u dear..

    ReplyDelete
  5. semoga berbahagia selama-lamanya. :)

    ReplyDelete
  6. @Fitrihadi

    wokeh! nnt kalau eqa jemput jangan tak datang plak :p

    ReplyDelete
  7. salute la..setahun tu tk jumpa..mmg menanggung rindu n menguji kesabaran...syabas2..:))

    ReplyDelete
  8. smoga hubungan korang hingga ke jinjang pelamin kelak.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  9. rindu itu kadang2 utk kita kuatkan lagi perasaan cinta itu .. cewah ..

    ReplyDelete
  10. perghhh... tak terkataa.hehe

    ReplyDelete
  11. Nice, Felling cmni ssah nk ckap.
    Mulat murai jd ggp
    hati lk x tnng.
    Smart!

    ReplyDelete
  12. setahun mmg masa yg lama eqa.. mmg nervous bila kita dah lama xjmpa seseorg tu.. by the way happy always bersama yg tersayang :)

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM