Thursday, February 24, 2011

MAI ORANG PERLIS PAKAT RAMAI-RAMAI TUMBUK SAMBAL BELACAN AHAD NI. BOLEH MASUK DALAM MALAYSIAN BOOK OF RECORDS TAU.


 Bukan lesung batu aku.. :p
Acara tumbuk sambal belacan serentak berlangsung di Perlis Ahad ini.

1st-GiVeaWaY ConTesT From PembaWa WacaNa



1- Mesti ade blog sendiri dan jugak akaun facebook...hehehe -done

2- Korang kene jadi follower aku , follow Nenizazi [sponsor hadiah] dan jugak like fanpage facebook  Wacanaku.... Senang nanti korang nak tau update. -done

Wednesday, February 23, 2011

BATA BUAT SALE?? SELIPAR BATA HANYA RM12.50??? JOM PAKAT BELI...

Entri kali ini bukan mengenai batu-bata untuk membuat rumah tu yer.. Hehe.. Tapi mengenai Jenama kasut yang terkenal sejak dulu lagi iaitu BATA. Sesuai dengan namanya yer, kasut dan selipat jenama bata ni memang tahan, dan selesa untuk dipakai. Walaupun design-design nya tidak lah secantik seperti jenama-jenama kasut yang lain seperti, Esarli, Vincci, Nose dan sebagainya, namun Bata tetap menjadi pilihan hati eqa. :) Tak kisah lah design macam orang tua pun :p Asalkan eqa sedap pakai.. Hakhak.. Boleh tak macam tu??


Dua tiga hari lepas, eqa ada temankan emak saudara eqa ke pekan Kangar, nak beli kasut kat kedai Bata katanya. Apabila sampai di kedai Bata tersebut, eqa jadi rambang mata seketika apabila melihat kertas-kertas cardboard yang bergantungan menunjukkan "30%" "50%". Tiba-tiba ternampak satu selipar tu, harga RM12.50 jer!!!! Apa lagi terus grab, try punya try, memang sedap, ringan, selesa.. Design pun boleh la tahan.

PENCARIAN BLOG PALING HENSEM DAN CANTIK 2011

Tiba-tiba rasa nak join :)


1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 - done

2.Letak Header Hikayat Si Luncai - done
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan) - done
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.) -  ara rara dan jamban comel -done
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

Meh la join ramai-ramai.. :)

Tuesday, February 22, 2011

NANA | AM I LESBIAN??? OMG!!!! EQA MASIH MENYUKAI LELAKI YANG BETUL-BETUL LELAKI..

Ramai yang cakap, yang diorang suka dengan header blog ni. Header gambar watak dalam movie NANA. Eqa pun suka dengan NANA ni. Esspecially anime. Sebabnya anime macam lagi kelakar. Watak-watak dalam anime boleh membuat mimik muka dan tindakan yang lakonan manusia tak dapat lakukan. Betul tak? Jalan cerita NANA ni sama jer dengan anime NANA, tak ada beza sangat. Tetapi jangan salah faham pulak, eqa suka dengan cerita ni tak bermana eqa seorang LESBIAN, i'm not LESBIAN okay! Masih menyukai lelaki yang betul-betul lelaki. Hakhak.. 

Memang cerita ni cam ada jugak la kaitan dengan Lesbian, tetapi kalau lihat dari segi yang positif, it's more to friendship. Ikatan persahabatan antara watak-watak dalam cerita NANA ni. Okaylah.. Malas nak cakap banyak, korang layan jer lah cerita ni k... Lagu-lagunya pun best!! :)



Ni hanya part 1, kalau nak tengok yang sambungannya klik SINI.



Monday, February 21, 2011

JOM SERTAI FACEBLOG :)



"TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH"

Eqa baru join Faceblog  ni.. :) 
Klik SINI untuk join.


Sunday, February 20, 2011

TUTORIAL: WHAT IS DIGSBY? | HOW TO INSTALL DIGSBY


Facebook?? Twitter?? MySpace?? Yahoo Messenger?? E-Mail?? Eqa tahu pasti anda semua mempunyai akaun di laman sosial seperti yang eqa sebutkan tadi kan. Selama ni kita terpaksa membuka banyak browser untuk mengakses semua laman tersebut, tetapi dengan Digsby anda boleh merangkumkan semuanya sekali. Pernah dengar tak mengenai Digsby? Digsby ini membantu anda untuk lebih senang "ber IM" (Instant Messaging atau lebih senang dipanggil berchatting :p), menerima Email Notifications, dan mengakses laman web sosial anda. Menarik kan??? Jom kita cuba...

Saturday, February 19, 2011

14 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG COKLAT


Mak saudara eqa baru balik dari Langkawi, jadi memang banyak la coklat yang dibelinya. Semua coklat best-best. Sedap woooo... Sedang tengah menikmati coklat yang dibelinya, tiba-tiba eqa terfikir nak tahu tentang khasiat coklat ni. So apa lagi, kita sekarang kan hidup di dunia tanpa sempadan, boleh mendapatkan maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari. Eqa pun dengan pantas menggunakan hujung jari ini menaip di google.. :p

"Khasiat Coklat"

Maka muncul lah penerangan seperti di bawah ini :) Jom kita sama-sama baca informasi ini.... 

Friday, February 18, 2011

MENGAPA PENGKID JADI PILIHAN???


"Wow! Cun gila awek tu"

Tiba-tiba bila terpandang 'boyfriend' awek cun tersebut,

"Alamak!! Haishhh.. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang"

Mesti anda semua pernah mengalami situasi yang sama kan, eqa pun pelik.. Pengkid mesti ada awek cun gila.. Awek cun gila tu dah tak ada lelaki yang benar-benar lelaki ke nak dijadikan pasangan??? Macam lelaki yang kat bawah ni,

:p Selingan semata-mata.. Hakhak

Jom kita tengok apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengkid menjadi pilihan:

SIFAT AMBIL BERAT

Salah satu faktor yang menjadi tarikan mengapa ada awek cun lebih rela memilih pengkid sebagai 'boyfriend' adalah kerana sikap lebih mengambil berat yang ditunjukkan oleh pengkid. Mengalahkan lelaki! Mungkin ada kebenarannya perumpamaan bahawa hati perempuan itu umpama kerak nasi. Terkena air, lembut lah ia! Perempuan suka andai diri mereka diberi perhatian oleh seseorang. Terasa diri mereka dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Kebanyakkan lelaki sekarang pula ada yang terlalu ego hingga kurang menitik beratkan soal ini. Akhirnya diri yang terlepas!

FAHAM PERASAAN PEREMPUAN

Pengkid juga adalah seorang perempuan. Jadi tentu saja mereka faham dan lebih arif tentang apa yang diingini oleh orang perempuan. Cuma mereka memainkan peranan itu dari sudut lelaki. Mereka sedar perempuan suka dimanja dan diberi perhatian. Itulah yang dilakukan jika nak memikat seseorang. Lelaki pula bersikap kurang memahami. Kadang-kadang nak bermanja pun kena marah! Awek mana yang tahan!

SANGGUP BERKORBAN

Seperti juga lelaki tulen, pengkid juga tak kurang hebatnya dalam melahirkan rasa cinta malah mereka sanggup melakukan apa saja demi si dia tersayang. Orang lelaki pula ada yang kurang tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada kekasih hati. Selebihnya ada yang bersifat ego dan tak pernah cuba nak tunjukkan kasih sayang. Ucapan 'I love you' jauh sekali. Beli bunga setahun sekali pun susah! Bila diminta, kononya tak payah la itu semua, membazirkan duit saja. Perempuan adalah berbeza dengan lelaki, kasih sayang itu perlu diluahkan agar mereka tahu diri mereka ni benar-benar disayangi!

LEBIH ROMANTIS

Mereka tak kisah andainya menghadiahkan buah hati mereka dengan benda yang disukai oleh si buah hati. Harga bukan persoalan. Perempuan tak pandang dari segi itu, yang penting keikhlasan. Sekurang-kurangnya sekeping kad sudah cukup untuk membuktikan diri disayangi.

DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH

Rata-rata yang memilih pengkid mengaku bahawa mereka dilayan umpama sang ratu. Terasa diri terlalu dihargai dan disayangi sepenuh jiwa. Sebagai balasan, sudah pasti cinta dihulurkan kepada sang pengkid.

*Remaja Bil: 409

Thursday, February 17, 2011

~Love Is A Miracle~

Problems come and go....
But, every time i can walk pass through it...

I'm happy with it...
...Because...
It means I'm not kid anymore....
...and...
I know I learnt something from that...
...So...
I can add 1 more unforgettable chapter in my book of life...

Eventhough..
We always fight like hell...
But, it's just like a miracle...
Because fight after fight...
We still together...
Live and laugh...
Just like in heaven...
:)


~Love Is A Miracle~

Sunday, February 13, 2011

Jadual Harian Seorang Penganggur Part 2

Dulu eqa pernah tulis entry Jadual Harian Seorang Penganggur.. Siapa-siapa yang belum baca, sila baca yer. Baru la korang boleh bezakan antara life eqa kat Kuala Lumpur.. duduk rumah bujang.. dengan life eqa sekarang kat kampung.. Perlis.. dan hidup dengan keluarga..

Meh tengok jadual harian eqa kat kampung pulak.. :)

9 pagi and onwards.

- Bangun, mandi.. 
(Sekarang dah ada toilet sendiri dalam bilik, so dah siap-siap semua baru keluar bilik, jarang nak keluar dari bilik dengan baju tidur dan tak mandi, tak kisah la time tu bangun subuh ke, mesti mandi dulu). paling lewat bangun pun pukul 10, kalau tak mak kejut macam nak runtuh pintu bilik.

- Lepas mandi terus keluar bilik pergi mesin basuh. Masukkan baju yang dah dibasuh ke dalam bakul, (mak eqa bangun-bangun jer dia terus basuh). Kemudian sidai baju tanpa breakfast dahulu or minum air pun.

- Lepas selesai sidai baju baru breakfast sambil ngadap tv.

-Lepas breakfast, kupas ubi keledek utk buat kuih keria nak berniaga keesokan harinya.. Sila usha entri Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!! untuk maklumat lanjut.

- Lepas kupas ubi, lipat baju yang dah kering semalam.

- Lepas lipat baju, pergi ikat kain langsir ke tepi dinding. (rumah eqa banyak tingkap, malam-malam lepaskan langsir, kalau tak orang luar boleh sekodeng)

- Lepas lipat baju, kena sapu lantai, kadang-kadang kena mop.

- Lepas tu baru dapat buka lappy dan online :). Tapi tak sampai berapa saat buka lappy selalunya, tiba-tiba:

"Pikah, meh tolong mak buat ___________(isikan dengan apa sahaja pekerjaan yang anda nak :p) sat"

Selalunya suruh tolong dia kat dapur la, memasak, tapi lately kami (mak, abah, eqa, adik) dalam proses diet. So da jarang masak. Kadang-kadang lepas lunch baru dapat online.

- Tapi lately jarang lunch kat rumah, sebabnya time tengah hari mak selalu ajak pergi beli barang untuk berniaga (penuh 1 bonet kereta), pergi bayar segala macam jenis bill, kereta, telefon dan seangkatan dengannya, selalunya mak tunggu dalam kereta jer sebab tak ada parking, dan eqa pun melaksankan lah tugasan.

- Lepas settle semua tu baru pergi jalan-jalan cari makan. Selalunya sampai petang pukul 3,4 ke 5 macam tu. Kadang-kadang terus pergi ambil adik balik sekolah.

- Bila dah balik rumah, ada kerja lain pulak, "gelinte" kuih badak dan keria, kadang-kadang kalau buat karipap kena kelim karipap, kesimpulannya buat kuih untuk di jual la, malas nak cakap buat kuih apa lagi.

-Pergi angkat baju yang disidai pagi tadi.

- Lepas tu, berkebun pulak, pergi siram pokok-pokok bunga di sekeliling rumah, buang rumput, tanam pokok baru, cakar daun kering (sekarang musim kemarau di Perlis). 

- Kalau sempat, kadang-kadang main badminton dengan adik.

- Masuk-masuk rumah dah maghrib. So, seperti biasa.. masa untuk diri sendiri, mandi dan semayang..

- Kadang-kadang lepas mandi ni, memang eqa tak kuar dari bilik dah, unless eqa lapar :p (pergi selongkar dapur tengok apa ada). Eqa tak keluar bilik sebab eqa online.

- Eh.. lupa.. bagi kucing makan is kemestian. Time pukul 8 macam tu, eqa buka pintu dapur sambil menjerit:

"Koko!! Koko!! Koko!!"

Abang eqa cakap "Koko ni comey saja, tapi bodo buat apa!" hakhak.. Sebenarnya Koko ni duduk Shah Alam dulu, bila terpaksa berhijrah ke Perlis, dia jadi jakun, tak pernah tengok kampung agaknya. Dia balik makan pagi dan malam sahaja. Siang??? hanya dia yang tau dia menyorok kat mana. Kalau nak tau rupa koko yang macam kain buruk ni sila baca entri Kenapa La Kucing Tak Reti Guna Telefon Bimbit Dan Tak Reti Baca Blog?????

- Bila dah online, semua benda aku nak buat serentak.. time tu la nak buka Facebook, usha notification, nak main Fishville, Cityville, segala bagai lagi game kat Facebook tu. Time tu jugak nak update entri, nak blogwalking, nak itu ini dengan blog. Time tu jugak la nak chat dan webcam dengan orang tersayang, time tu la jugak nak main game online.. Ragnarok ke.. Wonderking ke.. Time tu jugak la rasa nak layan movie dan anime.(Dah banyak download dan ambil kat orang, tapi tak sempat-sempat nak tengok). Tindakan ini telah menyebabkan orang tersayang tersebut terasa terabai. 

- Tidur tak menentu.. Pukul 11 onwards..tapi sebelum pukul 3, if pukul 3 tak tidur lagi means eqa kena tidur pukul 5. Sebabnya pukul 3 mak eqa datang kejutkan(kalau tidur la, kalau tak tidur lagi, eqa keluar bilik sendiri) untuk tolong bungkus nasi lemak, buat mini burger dan tolong benda-benda yang seangkatan dengannya.. Pukul 5 baru dapat tidur balik.

Dan begitulah hari seterus-seterusnya.

~END~

Note:
 I love mum n dad :) 
So, eqa akan pentingkan mereka dahulu dalam apa yang eqa buat. Walaupun asyik kena bebel dan kena marah dengan parents, mereka tetap orang yang lahir dan besarkan eqa. Sorry kalau ada somebody yang rasa diri dia terabai. My life is different now, bukan lagi dapat hidup dengan sesuka hati, seperti hidup di rumah bujang dan mengabaikan my parents macam yang eqa pernah buat dulu. 

Kadang-kadang rasa tak nak dah berblog, rasa nak berhenti menulis. Sebab blog, somebody makan hati.. Kadang-kadang rasa nak tutup Facebook, sebab Facebook buat somebody trasa hati. Tapi eqa suka menulis, eqa suka membaca, eqa suka dengan blog, eqa minat berblog. Eqa bz kan diri eqa dengan blog, sebab kami tak mampu untuk berjumpa tiap-tiap hari macam dulu. Setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa. Kadang-kadang, eqa rasa serba salah. 

Should i close this blog??????

Cara Untuk Tingkatkan Alexa Rank. | Tips Memilih Keywords Yang Bagus Untuk Search Engine Optimization (SEO)

Sebenarnya malam ni malas nak update entri, saje nak bagi ramai sket yang cuba menjawab teka-teki yang eqa bagi dalam entri sebelum ni. Tak ada siapa-siapa lagi pun yang menjawab dengan betul. So, bagi yang nak cuba jawab, sila lah ke entri Antara Fahrin Ahmad Dan Fazura, Siapa Paling Lawa???

Tapi tiba-tiba timbul idea nak buat entri apabila di tanya oleh seorang rakan yang merupakan blogger jugak di FB tadi..

Friday, February 11, 2011

Antara Fahrin Ahmad Dan Fazura, Siapa Paling Lawa???

VS
   (gambar sekadar simbolik semata-mata)         

Ada satu teka-teki..

Thursday, February 10, 2011

Sayangilah Ibu Bapa Anda Sementara Mereka Masih Hidup.


Eqa bersyukur sehingga kini, ketika berusia 24 tahun, eqa masih merasai nikmat dan kasih sayang daripada kedua orang ibu bapa eqa, dan eqa percaya bahawa ada di antara kawan-kawan blogger sekalian dan pembaca-pembaca entri ini mungkin ada yang sudah tidak mempunyai ibu bapa walaupun usia anda masih muda. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin dengan ketiadaan ibu bapa membuatkan anda lebih hidup berdikari dan pandai membawa diri berbanding mereka yang masih mempunyai ibu bapa.

Wednesday, February 9, 2011

BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM


"SAYA NAK JOIN BLOGLIST NI"

Print Screen Yahoo Messenger Yang Kena Hacked


Benda ni baru jer berlaku tadi..
Tiba-tiba lak Izaidi ni PM..
Ingatkan dia yang betul.. Tu layan gak tu..
Bila dia cakap pasal dia try iQ quiz tu eqa cam agak percaya la..
Sebab Izaidi ni memang pandai orangnya..

Tapi cam pelik lak apsal speaking jer mamat ni..
Tak logik..

Pastu eqa layan jer la nak tengok dia balas apa..
Tak klik pun la link dia bagi tu..

Risau lak..
Kalau la YM eqa kena hacked macam ni..
Menangis la eqa..
Hehehehe..

So, berhati-hati yer kawan-kawan..


Tuesday, February 8, 2011

Ketika Cinta Memanggil - Opick

Jom layan lagu ni..
Sangat menyentuh jiwa..




Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu


Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya


Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil


Rindu...rindu...rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu


Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


Note: 
Really really miss him.
Dah hampir 7 bulan tak bersua muka..
Sob..sob..sob.. 

Monday, February 7, 2011

Sekitar Majlis Kenduri Menyambut Menantu

Lately.. eqa jarang update blog, sebabnya bz dengan persiapan nak mengadakan Majlis Menyambut Menantu yang diadakan pada 5 Feb 2011. Sebagai adik perempuan yang baik mestilah bz kan tolong abang dia yang nak kawin :p So..korang layan jer la gambar-gambar kat bawah ni...

 Ni malam sebelum kenduri..Sepupu eqa yang rajin!! Tolong masak..tolong basuh pinggan.. Macam-macam la.. Kalau tak ada diorang tak tau la...

 Ni buah labu yang dipotong dadu.. Nak buat pengat labu..atau orang Perlis panggil "serawa labu"

Wednesday, February 2, 2011

Majlis Akad Nikah dan Rombongan Pengantin

Lama eqa tak update blog kan.. Busy sket lately.. 
Sibuk dengan persediaan majlis kenduri kahwin banglang.. yang akan berlangsung pada Sabtu ni, 5 Feb 2011. Gambar-gambar kat bawah ni time Majlis Akad Nikah 28 Jan 2011 dan kenduri sebelah pihak perempuan pada 29 Jan 2011.

 Sempat lagi bergambar sebelum bertolak :p

BLOGGER CHAT ROOM