Showing posts with label PENGKID. Show all posts
Showing posts with label PENGKID. Show all posts

Friday, February 18, 2011

MENGAPA PENGKID JADI PILIHAN???


"Wow! Cun gila awek tu"

Tiba-tiba bila terpandang 'boyfriend' awek cun tersebut,

"Alamak!! Haishhh.. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang"

Mesti anda semua pernah mengalami situasi yang sama kan, eqa pun pelik.. Pengkid mesti ada awek cun gila.. Awek cun gila tu dah tak ada lelaki yang benar-benar lelaki ke nak dijadikan pasangan??? Macam lelaki yang kat bawah ni,

:p Selingan semata-mata.. Hakhak

Jom kita tengok apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengkid menjadi pilihan:

SIFAT AMBIL BERAT

Salah satu faktor yang menjadi tarikan mengapa ada awek cun lebih rela memilih pengkid sebagai 'boyfriend' adalah kerana sikap lebih mengambil berat yang ditunjukkan oleh pengkid. Mengalahkan lelaki! Mungkin ada kebenarannya perumpamaan bahawa hati perempuan itu umpama kerak nasi. Terkena air, lembut lah ia! Perempuan suka andai diri mereka diberi perhatian oleh seseorang. Terasa diri mereka dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Kebanyakkan lelaki sekarang pula ada yang terlalu ego hingga kurang menitik beratkan soal ini. Akhirnya diri yang terlepas!

FAHAM PERASAAN PEREMPUAN

Pengkid juga adalah seorang perempuan. Jadi tentu saja mereka faham dan lebih arif tentang apa yang diingini oleh orang perempuan. Cuma mereka memainkan peranan itu dari sudut lelaki. Mereka sedar perempuan suka dimanja dan diberi perhatian. Itulah yang dilakukan jika nak memikat seseorang. Lelaki pula bersikap kurang memahami. Kadang-kadang nak bermanja pun kena marah! Awek mana yang tahan!

SANGGUP BERKORBAN

Seperti juga lelaki tulen, pengkid juga tak kurang hebatnya dalam melahirkan rasa cinta malah mereka sanggup melakukan apa saja demi si dia tersayang. Orang lelaki pula ada yang kurang tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada kekasih hati. Selebihnya ada yang bersifat ego dan tak pernah cuba nak tunjukkan kasih sayang. Ucapan 'I love you' jauh sekali. Beli bunga setahun sekali pun susah! Bila diminta, kononya tak payah la itu semua, membazirkan duit saja. Perempuan adalah berbeza dengan lelaki, kasih sayang itu perlu diluahkan agar mereka tahu diri mereka ni benar-benar disayangi!

LEBIH ROMANTIS

Mereka tak kisah andainya menghadiahkan buah hati mereka dengan benda yang disukai oleh si buah hati. Harga bukan persoalan. Perempuan tak pandang dari segi itu, yang penting keikhlasan. Sekurang-kurangnya sekeping kad sudah cukup untuk membuktikan diri disayangi.

DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH

Rata-rata yang memilih pengkid mengaku bahawa mereka dilayan umpama sang ratu. Terasa diri terlalu dihargai dan disayangi sepenuh jiwa. Sebagai balasan, sudah pasti cinta dihulurkan kepada sang pengkid.

*Remaja Bil: 409

BLOGGER CHAT ROOM