Friday, February 18, 2011

MENGAPA PENGKID JADI PILIHAN???


"Wow! Cun gila awek tu"

Tiba-tiba bila terpandang 'boyfriend' awek cun tersebut,

"Alamak!! Haishhh.. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang"

Mesti anda semua pernah mengalami situasi yang sama kan, eqa pun pelik.. Pengkid mesti ada awek cun gila.. Awek cun gila tu dah tak ada lelaki yang benar-benar lelaki ke nak dijadikan pasangan??? Macam lelaki yang kat bawah ni,

:p Selingan semata-mata.. Hakhak

Jom kita tengok apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengkid menjadi pilihan:

SIFAT AMBIL BERAT

Salah satu faktor yang menjadi tarikan mengapa ada awek cun lebih rela memilih pengkid sebagai 'boyfriend' adalah kerana sikap lebih mengambil berat yang ditunjukkan oleh pengkid. Mengalahkan lelaki! Mungkin ada kebenarannya perumpamaan bahawa hati perempuan itu umpama kerak nasi. Terkena air, lembut lah ia! Perempuan suka andai diri mereka diberi perhatian oleh seseorang. Terasa diri mereka dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Kebanyakkan lelaki sekarang pula ada yang terlalu ego hingga kurang menitik beratkan soal ini. Akhirnya diri yang terlepas!

FAHAM PERASAAN PEREMPUAN

Pengkid juga adalah seorang perempuan. Jadi tentu saja mereka faham dan lebih arif tentang apa yang diingini oleh orang perempuan. Cuma mereka memainkan peranan itu dari sudut lelaki. Mereka sedar perempuan suka dimanja dan diberi perhatian. Itulah yang dilakukan jika nak memikat seseorang. Lelaki pula bersikap kurang memahami. Kadang-kadang nak bermanja pun kena marah! Awek mana yang tahan!

SANGGUP BERKORBAN

Seperti juga lelaki tulen, pengkid juga tak kurang hebatnya dalam melahirkan rasa cinta malah mereka sanggup melakukan apa saja demi si dia tersayang. Orang lelaki pula ada yang kurang tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada kekasih hati. Selebihnya ada yang bersifat ego dan tak pernah cuba nak tunjukkan kasih sayang. Ucapan 'I love you' jauh sekali. Beli bunga setahun sekali pun susah! Bila diminta, kononya tak payah la itu semua, membazirkan duit saja. Perempuan adalah berbeza dengan lelaki, kasih sayang itu perlu diluahkan agar mereka tahu diri mereka ni benar-benar disayangi!

LEBIH ROMANTIS

Mereka tak kisah andainya menghadiahkan buah hati mereka dengan benda yang disukai oleh si buah hati. Harga bukan persoalan. Perempuan tak pandang dari segi itu, yang penting keikhlasan. Sekurang-kurangnya sekeping kad sudah cukup untuk membuktikan diri disayangi.

DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH

Rata-rata yang memilih pengkid mengaku bahawa mereka dilayan umpama sang ratu. Terasa diri terlalu dihargai dan disayangi sepenuh jiwa. Sebagai balasan, sudah pasti cinta dihulurkan kepada sang pengkid.

*Remaja Bil: 409
Share this article :

40 comments:

  1. ish3. CL pun ad sorang kawan yang minat kat pengkid , gado dgn 5 bulan .. pheww~

    nasib baik la lepas tu , dy da ok :)

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab pengkid tu mmg perempuan,, tu yg dia memahami jiwa perempuan,, same goes to nyah la,, dia amat memahami jiwa lelaki sebab dia lelaki,, kehkeh

    latest -
    -Realiti Dalam Dunia Blog
    -Kepentingan Twitter Dalam Berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. din setuju bonar tu,singgah blog saye ye http://zackoolblog.blogspot.com/

      Delete
  3. tahu ta pe. sebab diaorang kan pompuan, jadi diaorang lebih memahami :) tapi dalam islam tak bole :)

    ReplyDelete
  4. alamak. tak minat pengkid. HAHA. tp diorg smart!

    ReplyDelete
  5. kekadang kan, pengalaman tu buat kita takut.. kan? apa pn.. bukan bermakna berhenti melangkah kan.. ^_^

    ReplyDelete
  6. assalam eQa...aish, hot topik nie...hu3.wow, CL gado2 dgn budak pengkid?hu3...nape laa kn jadi pengkid tuu...hurmmmm, mcm2 dah jadi di akhir zaman nie kn...

    ReplyDelete
  7. as'salam...

    apa pon alasan yg ada...
    HARAM HUBUNGAN SEJENIS NI...

    Firman Allah SWT:

    Telah aku jadikan manusia itu berpasang-pasangan..
    keluar dan cari lah pasanganmu selagi tidak melanggar hukum syarak....

    ReplyDelete
  8. selalunya hubungan begini tak berkesudahan.. akhirnya masing2 membawa haluan sendiri dan berkeluarga..

    ReplyDelete
  9. slalunya gurl yang pilih pengkid neyh dah pernah kena tipu ngan laki...kes serik ngan laki la katanya :)

    ReplyDelete
  10. buat rugi jer jadi pengkid ker, gay ker, mak nyah nie.. x menikmati kurniaan Allah sggh.. x kesah la dia ambil berat ker or lg bagus dr yg lain tp tetap melanggar lumrah manusia. jgn di layan jer kalau jumpa org mcm nie, nnt mjadi2..

    ReplyDelete
  11. @cik Ladies

    bagus la kalau die da ok.. :) eqa pn ade gak kwn yg pengkid ni..

    ReplyDelete
  12. @Fariq

    wah... nice explanation.. :) tetapi memahami mcm ne sekali pun they should just be friend kan.. xlbh dr itu..

    ReplyDelete
  13. @fyy mokhtar

    tu la pasal..jd bestfriend ckup la.. nak lebih2 plak.. bkn bley dpt anak pun :p

    ReplyDelete
  14. @EZAN IDMA

    tau xpe..lebih menjaga penampilan diri berbanding lelaki sebenar kan :) tp ade gak yg xsmart :p

    ReplyDelete
  15. @fRaMe LenSeS

    a'a..tau xpe.. bkn semua lelaki jahat..

    ReplyDelete
  16. @►AdamXis◄

    waalaikumussalam adam...

    jap..nak bayangkan CL gado ngan pengkid..ada tarik2 rambut x agaknye :p

    ReplyDelete
  17. baru ja tgk dlm 999 semalam
    siap kahwin lagi dengan pengkid tu..

    ReplyDelete
  18. @@mel

    Waalaikumussalam..

    a'a..hubungan sejenis adalah haram.. thankz for sharing :)

    ReplyDelete
  19. @gilastats

    a'a..kt utagha ni mmg panas pun :p hehehe.. (xde kaitan ngn topik)

    ReplyDelete
  20. @cikgu isza

    a'a.. sbb mula2 tu dorang hanya terlalu ikutkan emosi dan perasaan kan.. last2 bru pkr masa dpn.. yg hubungan dorang xkn kemana..

    ReplyDelete
  21. @Amy

    a'a.. tp lelaki xsemua sama.. dan xsemua jahat.. they should think positive :)

    ReplyDelete
  22. @Qaseh ElyaNas

    tau xpe..Allah dan jadikan manusia ni masing2 ada keunikan sendiri.. tapi dorang ni nak mngubah plak ciptaan tersebut.. xbersyukur langsung.. :)

    ReplyDelete
  23. @nur ikhyar dee

    yeke??? xtgk plak 999 semalam.. btw thankz komen :)

    ReplyDelete
  24. walau apa pun alasan, akhir nanti nabi tak mengaku umat.

    ReplyDelete
  25. wow! pengkid..

    no comment la..manusia akhir zaman..bila mereka nk sedar dan insaf..ish3

    ReplyDelete
  26. tu la kan, tengok banyak je couple mcm ni..tak kisah la ape pun sebabnya, benda still tak boleh =)

    ReplyDelete
  27. diorang tu kurang didikan agama tu...

    ReplyDelete
  28. @asfz lily

    tu la..makin ramai skg..da nak kiamat agaknya :)

    ReplyDelete
  29. @Aiza Aidid

    a'a.. sama jantina.. bertentangan hukum Allah :)

    ReplyDelete
  30. yg salah tetap le salah.. harap akan berubah jua.

    ReplyDelete
  31. Mereka pun nak berubah, just jgn blame2 terus, insyaallah dpt ptnjuk. salah tetap salah, kalau terlebih syg kwan perempuan ginilah jadinya :)

    ReplyDelete
  32. yurpp :)) haqu setuju pe ko ckp bhaii...pengkid lebih baek dari lelaki..bkn la haqu ckp laki x baek tp bile dari sebelah sudut memang nampak sgt yg laki nie susa naw nk paham perempuan..tp pengkid..mmg tabik spring la kang....

    haqu ader gark sowang kawan pengkid..eh memang kawan haqu nie caring giler ah..semue bnde dier buat tok makwe dier..nak bnding an pakwe haquq...adesss!! mmg x la kan....

    ReplyDelete
  33. wow..berat kes ni. Apa la nak jadi ngan dunia..haish

    Tapi nape tiba-tiba ada Fahrin..hehe (encemnyer)

    http://syafiqa-belle.blogspot.com/2011/02/kenapa-aku-tak-makan-sambal.html

    ReplyDelete
  34. jangan salah kan mereka, yna pun pernh terfikir nak berpasangan dengan pengkid. pengalaman hidup yang buat seseorang tu pilih pengkid

    ReplyDelete
  35. keadaan membuatkan seseorang orang terpaksa membuat pilihan..tapi masalhnya..betulkah pilihan itu?tepuk dada..tanya selera XD

    http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/02/tutting-tariankah.html

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM