Thursday, February 10, 2011
Sayangilah Ibu Bapa Anda Sementara Mereka Masih Hidup.
Eqa bersyukur sehingga kini, ketika berusia 24 tahun, eqa masih merasai nikmat dan kasih sayang daripada kedua orang ibu bapa eqa, dan eqa percaya bahawa ada di antara kawan-kawan blogger sekalian dan pembaca-pembaca entri ini mungkin ada yang sudah tidak mempunyai ibu bapa walaupun usia anda masih muda. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin dengan ketiadaan ibu bapa membuatkan anda lebih hidup berdikari dan pandai membawa diri berbanding mereka yang masih mempunyai ibu bapa.
Pada 5 Feb yang lepas, keluarga eqa makin bertambah ahlinya apabila eqa menerima kehadiran seorang kakak ipar yang baru dan bagi ibu bapa eqa tentulah menantu yang baru setelah 10 tahun hubungan percintaan kakak ipar dan abang eqa, akhirnya mereka disatukan jua. Kak Husna (kakak ipar baru) ni merupakan seorang anak yatim. Bapanya meninggal ketika dia berusia 17tahun, ibunya pula mempunyai penyakit buah pinggang, dan terpaksa mencuci darah 2 kali seminggu, akibat penyakit tersebut ibunya tidak mampu untuk bercakap. Jadi, kak Husna lah menguruskan ibunya selama ini.
2, 3 hari yang lepas, kakak ipar eqa ini telah mengajak eqa menemaninya untuk menghantar baju pengantin yang disewa di sebuah butik pengantin di City Plaza, Alor Setar. Perjalanan dengan kereta dari rumah eqa ke Alor Setar hanya mengambil masa selama 30 hingga 40 minit. Jadi dalam perjalanan tersebut kami telah berborak mengenai diri masing-masing. Tiba-tiba kak Husna menyatakan,
"Kak Husna rasa macam dah dapat abah balik lepas kahwin dengan banglang ni, bila tengok abah pikah, kak Husna teringat sangat dekat abah kak Husna.
Depa dua macam sama, mungkin gaya orang___________(sebuah parti parti politik, sila isi sendiri nama parti yang anda mahukan :p) lebih kurang sama ja kot gayanya"
Tiba-tiba eqa terasa sebak dengan kata-kata yang diluahkan oleh kak Husna tu.. hehehe.. Terharu pun ada.. :) Kadang-kadang eqa tak dapat bayangkan kehidupan eqa bila kedua orang tua eqa dah tak ada nanti. Mampu ke eqa berdikari? Mampu ke eqa tabah mengharungi segala cabaran hidup nanti? Sementara mereka masih hidup ni, Eqa akan sedaya upaya menggembirakan hati mereka berdua, walaupun masih belum mampu untuk memberikan duit bulanan (sebab masih menganggur), tapi eqa harap dengan keputusan yang eqa ambil untuk terus menetap di kampung dan berada di sisi mereka dapat mengurangkan beban pekerjaan yang mereka lakukan. Aminn....
Note:
Tapi eqa rasa macam eqa banyak menghabiskan beras kat rumah jer :p Harap eqa tabah duduk di kampung, mendengar bebelan dan rungutan daripada kedua orang ibu bapa eqa :p
Walaupun kadang-kadang terdetik di hati untuk kembali menetap di Kuala Lumpur, eqa cepat-cepat padamkan keinginan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:) sedih bace :) btw, sayangilah ibu bapa selagi hayat di kandung badan :)
ReplyDeletedyana hargai ape yg dyana ade...
ReplyDeletehope ibu bapa dyana panjang umur...
dyana bersimpati atas kak ipar eqa... :)
hanya boleyh kuatkan semangat jea...
berbakti la kepada keduanya jika mereka masih ada..beruntung masih punya kedua ibu dan ayah..macam saye ade mak je..arwah abah meninggal masa saye umur 15 tahun..kadang2 cemburu tengok org yg masih ada ayah..tapi saye cukup benci kalau nampak anak2 yg kurang ajar dgn ayah sendiri..macam nak lepuk2 je..
ReplyDeletesaya pun kesian gak tengok kak husna tu,, tapi nak buat macam mane,, saya ni muda dari dia,, camne nak jadi abah dia.. :sedih
ReplyDeleteAku Dan Bolasepak..
salam,,
ReplyDeletenme kamu syafiqah, nm kakak ipar husna..
goth r my name.. =)
terdetik nk jmpe mak bah lpas bce neyh.. =(
oh, sedih. mcm bergenang je my eyes neh. biasalah eqa, sementara eqa ade kat umah, eqalah tempat diorang luah bebelan n rungutan. if eqa nekad g kl, kesian diorng, takde sape nak luah. at least ade jugak peneman. akak agree sesangat komen CIK SHA tuh. ade mak ayah, bukan main berkurang ajar lagi. memang tak cukup ajar langsung bebudak camtuh. cakap ngan mak ayah lebih kurang jek. lempang baru taw.hish!
ReplyDeletebtw, tq jenguk blog akak :).