Sunday, February 13, 2011

Cara Untuk Tingkatkan Alexa Rank. | Tips Memilih Keywords Yang Bagus Untuk Search Engine Optimization (SEO)

Sebenarnya malam ni malas nak update entri, saje nak bagi ramai sket yang cuba menjawab teka-teki yang eqa bagi dalam entri sebelum ni. Tak ada siapa-siapa lagi pun yang menjawab dengan betul. So, bagi yang nak cuba jawab, sila lah ke entri Antara Fahrin Ahmad Dan Fazura, Siapa Paling Lawa???

Tapi tiba-tiba timbul idea nak buat entri apabila di tanya oleh seorang rakan yang merupakan blogger jugak di FB tadi..


Pertanyaan dari tuan punya http://www.iniwootwoot.com/

Pertanyaan pertama mengenai Links in yang terdapat pada site info Alexa. (Nak tau yang mana satu?? Sila usha side bar blog ni). Jawapan kepada soalan tu, eqa pun tak pasti. So kena la tanya blogger yang otai yer, or siapa-siapa kat sini yang tahu jawapan kepada soalan tu, sila lah jawab di ruangan komen yer, apa salahnya berkongsi ilmu yang ada pada anda untuk blogger - blogger picisan seperti kami ni :p Hehehehhe...

Tapi kalau godek betul-betul kat website Alexa tu, description untuk Links in tu ialah: 

Sites Linking InA measure of iniwootwoot.com's reputation.
The number of links to iniwootwoot.com from sites visited by users in the Alexa traffic panel. Links that were not seen by users in the Alexa traffic panel are not counted. Multiple links from the same site are only counted once. 

Faham tak apa yang dimaksudkan oleh description ni??? Eqa pun tak faham :p (lemah English sket) Siapa yang tahu sila terangkan tau..

Cara Untuk Tingkatkan Alexa Rank.

Mengenai soalan kedua mengenai cara untuk tingkatkan Alexa rank tu. Eqa jawab ni berdasarkan pengalaman eqa la setelah setahun lebih berkecimpung dalam dunia blog ni. Yang pertama sekali mestilah tingkatkan traffic blog anda. Dalam jawapan eqa kat FB di atas, eqa menyatakan bahawa kena maintain traffic ke blog kita, tapi bila difikir-fikirkan balik dan berdasarkan pengalaman, seboleh-bolehnya tingkatkan lah traffic berbanding hanya maintain kan traffic tersebut. Sebabnya, blog-blog lain yang berlumba-lumba mencari traffic (tambah-tambah sekarang ni kan isu mencari traffic menggunakan iframe kan tengah hangat) pasti akan pintas ranking blog kita, walaupun traffic kita maintain tak turun-turun,tak naik-naik pun. (Tapi ada ke blog yang maintain traffic cam ni :p)

Dulu-dulu, ranking blog http://syafiqahmohmad.blogspot.com/ bawah 100, 000 juga, kemudian 4 bulan eqa tinggalkan dunia blog, 4 bulan kemudian rank eqa telah jatuh ke tangga 100, 000 ke atas. Sekarang ni eqa cuba tingkatkan traffic, dan angka di rank Alexa tersebut semakin lama semakin mengecil :) (Sila lihat di side bar). Ada yang masih tak tahu dengan fungsi Alexa ni, jadi korang godek-godek lah di website http://www.alexa.com/ untuk maklumat lanjut dan mengetahui rank blog anda.



*Pic from Google

Tips Memilih Keywords Yang Bagus Untuk Search Engine Optimization (SEO)

Ini Wootwoot tak tanya pun eqa pasal SEO ni, tapi saje nak kongsikan sket pandangan eqa kat sini. Sekadar pandangan dan pendapat jer lah, sebab eqa bukan blogger otai pun, berblog sekadar suka-suka :) Kalau yang tak tahu apa itu SEO, anda boleh baca di Search Engine Optimization (SEO). Lagipun eqa sendiri pun tak pandai nak bermain dengan keywords keywords ni, dan blog eqa tak banyak dapat traffic dari Search Engine pun. Tapi eqa tetap nak bagi pendapat kat sini boleh?? :p Mana tau ada sedikit berguna untuk anda yang mengejar traffic.

SEO ni memberikan traffic jangka panjang untuk blog anda, traffic pula penting untuk menentukan hidup atau matinya anda. Ops!!! Silap..  Hidup atau mati nya sesebuah blog. :p Tak ada traffic bermaksud anda telah melahirkan sebuah blog yang syok sendiri. (Tapi mungkin terdapat juga blog yang memang tak nak ada orang lain baca apa yang ditulis, mungkin 1 dalam 1000 agaknya kot kalau ada pun.) So keywords memberikan peranan penting bagi membolehkan blog anda tersenarai di muka depan enjin carian. (Apabila di muka depan, means keberangkalian untuk di klik oleh pencari adalah tinggi).

Terdapat dua jenis keywords, pertama keywords yang memberikan anda traffic dalam jangka masa pendek sahaja, terutamanya keywords mengenai dunia hiburan dan gosip artis. Contohnya, eqa pernah menulis entry mengenai ~Duyung Aridinata BakaL Tiba Di Slot Lagenda TV3~ . Lepas post entri tu tak payah cakap la, banyak traffic datang dari enjin carian, ada yang mencari keywords sinopsis, senarai pelakon drama ni, gambar-gambar dan keywords lain yang berkaitan. Tapi berapa lama sangat la kan orang nak cari info pasal drama ni. Habis drama habis la orang nak ambil tahu kan.

Kedua, keywords yang memberikan anda traffic dalam jangka masa panjang, walaupun traffic nya tak sebanyak keywords yang jangka pendek tadi, tetapi ia memberikan traffic yang berpanjangan. Selalunya keywords mengenai informasi la. Contohnya, di entri JENIS-JENIS SUSU. Sampai sekarang dalam sehari mesti ada yang nak tahu pasal jenis-jenis susu ni. Paling kurang pun 1, walaupun dah lama eqa postkan entri tersebut, tetapi masih di cari di enjin carian. Pergila usha entri JENIS-JENIS SUSU ni, ada gambar menarik di situ tau :p

Sebenarnya, kedua-dua jenis keywords ni ada baik dan buruknya. Kalau ada blogger yang suka menulis entri hiburan, beliau perlulah update dengan kisah-kisah terkini dan rajin post entri. Kalau yang pemalas dan hanya suka-suka seperti eqa ini, silalah rojakkan blog anda :p Hakhak... (Yang baik ambil yer, kalau buruk jangan ikut.)

Kalau nak tips lagi bagus-bagus mengenai SEO, silalah tanya kepada blogger yang banyak dapat traffic dari search engine dan pandai bermain dengan keywords seperti http://darkbatman.com/ @Aie dan blogger otai lain. 

Terima, kasih kerana sudi membaca sehingga habis :)
Share this article :

7 comments:

  1. Penerangan yang bagus mengenai SEO =)

    anastasyea's latest post .. Kereta Hampir Terbabas Masuk Longkang ..

    ReplyDelete
  2. woah ! huuuu..toche toche..okies da ade tips untuk keyword :)


    thanks nursyafiq ! eh silap..tu my name xD

    ReplyDelete
  3. assalam...wow, sgt menarik entry ini eQa...please be my sifu...hu3.sy punye belum naik2 lagi nie PR...Alexa nampak naik dh sikit...hu3

    ReplyDelete
  4. bagus entry ni.. banyak info.. thanks

    ReplyDelete
  5. nice info neh... hehhe

    http://ishikosworld.blogspot.com/2011/02/125-ice-skating-at-sunway.html

    ReplyDelete
  6. tak bape sure pasal alexa.. tapi seo boleh la sikit2.. tgh blajar gak..

    ReplyDelete
  7. woot woot tipu...die da pro da bab blog. haha

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM