Sunday, February 13, 2011

Jadual Harian Seorang Penganggur Part 2

Dulu eqa pernah tulis entry Jadual Harian Seorang Penganggur.. Siapa-siapa yang belum baca, sila baca yer. Baru la korang boleh bezakan antara life eqa kat Kuala Lumpur.. duduk rumah bujang.. dengan life eqa sekarang kat kampung.. Perlis.. dan hidup dengan keluarga..

Meh tengok jadual harian eqa kat kampung pulak.. :)

9 pagi and onwards.

- Bangun, mandi.. 
(Sekarang dah ada toilet sendiri dalam bilik, so dah siap-siap semua baru keluar bilik, jarang nak keluar dari bilik dengan baju tidur dan tak mandi, tak kisah la time tu bangun subuh ke, mesti mandi dulu). paling lewat bangun pun pukul 10, kalau tak mak kejut macam nak runtuh pintu bilik.

- Lepas mandi terus keluar bilik pergi mesin basuh. Masukkan baju yang dah dibasuh ke dalam bakul, (mak eqa bangun-bangun jer dia terus basuh). Kemudian sidai baju tanpa breakfast dahulu or minum air pun.

- Lepas selesai sidai baju baru breakfast sambil ngadap tv.

-Lepas breakfast, kupas ubi keledek utk buat kuih keria nak berniaga keesokan harinya.. Sila usha entri Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!! untuk maklumat lanjut.

- Lepas kupas ubi, lipat baju yang dah kering semalam.

- Lepas lipat baju, pergi ikat kain langsir ke tepi dinding. (rumah eqa banyak tingkap, malam-malam lepaskan langsir, kalau tak orang luar boleh sekodeng)

- Lepas lipat baju, kena sapu lantai, kadang-kadang kena mop.

- Lepas tu baru dapat buka lappy dan online :). Tapi tak sampai berapa saat buka lappy selalunya, tiba-tiba:

"Pikah, meh tolong mak buat ___________(isikan dengan apa sahaja pekerjaan yang anda nak :p) sat"

Selalunya suruh tolong dia kat dapur la, memasak, tapi lately kami (mak, abah, eqa, adik) dalam proses diet. So da jarang masak. Kadang-kadang lepas lunch baru dapat online.

- Tapi lately jarang lunch kat rumah, sebabnya time tengah hari mak selalu ajak pergi beli barang untuk berniaga (penuh 1 bonet kereta), pergi bayar segala macam jenis bill, kereta, telefon dan seangkatan dengannya, selalunya mak tunggu dalam kereta jer sebab tak ada parking, dan eqa pun melaksankan lah tugasan.

- Lepas settle semua tu baru pergi jalan-jalan cari makan. Selalunya sampai petang pukul 3,4 ke 5 macam tu. Kadang-kadang terus pergi ambil adik balik sekolah.

- Bila dah balik rumah, ada kerja lain pulak, "gelinte" kuih badak dan keria, kadang-kadang kalau buat karipap kena kelim karipap, kesimpulannya buat kuih untuk di jual la, malas nak cakap buat kuih apa lagi.

-Pergi angkat baju yang disidai pagi tadi.

- Lepas tu, berkebun pulak, pergi siram pokok-pokok bunga di sekeliling rumah, buang rumput, tanam pokok baru, cakar daun kering (sekarang musim kemarau di Perlis). 

- Kalau sempat, kadang-kadang main badminton dengan adik.

- Masuk-masuk rumah dah maghrib. So, seperti biasa.. masa untuk diri sendiri, mandi dan semayang..

- Kadang-kadang lepas mandi ni, memang eqa tak kuar dari bilik dah, unless eqa lapar :p (pergi selongkar dapur tengok apa ada). Eqa tak keluar bilik sebab eqa online.

- Eh.. lupa.. bagi kucing makan is kemestian. Time pukul 8 macam tu, eqa buka pintu dapur sambil menjerit:

"Koko!! Koko!! Koko!!"

Abang eqa cakap "Koko ni comey saja, tapi bodo buat apa!" hakhak.. Sebenarnya Koko ni duduk Shah Alam dulu, bila terpaksa berhijrah ke Perlis, dia jadi jakun, tak pernah tengok kampung agaknya. Dia balik makan pagi dan malam sahaja. Siang??? hanya dia yang tau dia menyorok kat mana. Kalau nak tau rupa koko yang macam kain buruk ni sila baca entri Kenapa La Kucing Tak Reti Guna Telefon Bimbit Dan Tak Reti Baca Blog?????

- Bila dah online, semua benda aku nak buat serentak.. time tu la nak buka Facebook, usha notification, nak main Fishville, Cityville, segala bagai lagi game kat Facebook tu. Time tu jugak nak update entri, nak blogwalking, nak itu ini dengan blog. Time tu jugak la nak chat dan webcam dengan orang tersayang, time tu la jugak nak main game online.. Ragnarok ke.. Wonderking ke.. Time tu jugak la rasa nak layan movie dan anime.(Dah banyak download dan ambil kat orang, tapi tak sempat-sempat nak tengok). Tindakan ini telah menyebabkan orang tersayang tersebut terasa terabai. 

- Tidur tak menentu.. Pukul 11 onwards..tapi sebelum pukul 3, if pukul 3 tak tidur lagi means eqa kena tidur pukul 5. Sebabnya pukul 3 mak eqa datang kejutkan(kalau tidur la, kalau tak tidur lagi, eqa keluar bilik sendiri) untuk tolong bungkus nasi lemak, buat mini burger dan tolong benda-benda yang seangkatan dengannya.. Pukul 5 baru dapat tidur balik.

Dan begitulah hari seterus-seterusnya.

~END~

Note:
 I love mum n dad :) 
So, eqa akan pentingkan mereka dahulu dalam apa yang eqa buat. Walaupun asyik kena bebel dan kena marah dengan parents, mereka tetap orang yang lahir dan besarkan eqa. Sorry kalau ada somebody yang rasa diri dia terabai. My life is different now, bukan lagi dapat hidup dengan sesuka hati, seperti hidup di rumah bujang dan mengabaikan my parents macam yang eqa pernah buat dulu. 

Kadang-kadang rasa tak nak dah berblog, rasa nak berhenti menulis. Sebab blog, somebody makan hati.. Kadang-kadang rasa nak tutup Facebook, sebab Facebook buat somebody trasa hati. Tapi eqa suka menulis, eqa suka membaca, eqa suka dengan blog, eqa minat berblog. Eqa bz kan diri eqa dengan blog, sebab kami tak mampu untuk berjumpa tiap-tiap hari macam dulu. Setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa. Kadang-kadang, eqa rasa serba salah. 

Should i close this blog??????
Share this article :

4 comments:

  1. tak perlu la tutup..eqa tulis dan biar die baca ape eqa buat sepanjang berjauhan dgn die..sweet kot mcm tu..^_^

    ReplyDelete
  2. lebih kurang la keja kita bila balik kampung cuma mak kita x jual kuih so takde la kena buat kuih. basuh baju kemas umah, mop lantai sbb kucing banyak kena rajin mop.. bagi makan kucing... bla bla... kat kampung tak banyak online mcm kat kl ni sbb byk aktiviti. lgpun skali skala balik kampung x kan nak ngadap benda online je kan.. so manafaat sebaik mungkin. time ni la nak bergosip dgn family & sedara mara

    ReplyDelete
  3. nape plak nak stop gara2 babe..x yah laa

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM