Friday, December 24, 2010

Kuih!!!! Kuih!!!! Sape nak beli kuih!!!

Sebenarnya aku bukan nak jual kuih pun.. Cuma nak tunjuk gambar-gambar kuih bisnes aku dan mak aku time bulan puasa hari tu.. =p Hehehehe.. Masa bulan puasa hari tu rumah aku tak ada Internet lagi, so aku peram gambar-gambar ni dalam lappy. Mak aku memang tokey kuih dan nasi lemak.. Tiap-tiap pagi dia letak kuih-kuih dan nasi lemak kat kedai makan kakak aku.. Kakak aku ambil komisyen sikit la sebab dia tolong jual.. So dengan aku sekali la kena bangun awal-awal pagi tolong mak aku bungkus nasi lemak disebabkan aku ni seorang penganggur.. Hakhak.. Kalau aku tak bangun, kesian jugak kat mak aku sebab dalam 200bungkus sehari, tak termasuk kuih-kuih lagi.. Gambar-gambar kat bawah ni bisnes kami masa bulan puasa, letak kat kedai kakak jugak, tapi buat kuih jer, nasi tak sebab kakak aku dah jual lauk untuk berbuka puasa.. Tapi bilangan kuih berlipat ganda la time bulan puasa berbanding hari-hari biasa...


 Mak aku buat donat, keje aku celup dalam coklat dan tabur coklat warna-warni tu jer.. Kalau ikutkan aku, nak jer aku buat pelbagai perisa donat ni, dip in white chocolate ke.. Serius!! Aku cam bercita-cita nak buka kedai bakery and confectionary ni..

 Baru-baru ni Giat Mara ada iklankan Kursus Latihan ambilan Januari.. Aku ada mohon.. Tapi kat Perlis tak ada kursus Confectionary and Bakery.. Kat tempat lain ada la, tapi jauh-jauh. Pastu pakcik Giat Mara tu suruh ambik kursus Masakan dan Pramusaji sebab ada kat Perlis.. Mak aku cakap ambik je la, nanti kita boleh buat bisnes katering.. Tapi bila Giat Mara panggil aku inteview, aku tak pergi, sebab aku nak Confectionary and Bakery jugak!!!

 Ni kuih badak dan kuih keria.. Yang panjang-panjang tu kuih keria yang belum di sira dengan gula.. Yang bulat-bulat tu pulak kuih badak yang belum digoreng.. Mak aku buat inti badak, rebus ubi, goreng dan sira gula.. Aku lak tolong kupas ubi, lenyek dan bentuk-bentukkan menjadi rupa di atas..

 Yang ni pulak Kuih Seri Muka atau bahasa utara nya Pulut Sekaya.. Kuih ni fully mak aku yang buat, sebab memerlukan proses mengukus atau bahasa utaranya melengat... Hehehehe.. Dia tak nak anak perempuan dia kena panas-panas kot.. Kalau ada pun dia suruh aku pergi potong daun pandan kat belakang rumah..

 Yang ni Kuih Seri Muka jugak.. Tapi atas dia gula merah.. bukan pandan yang macam gambar sebelum ni.. Yang ni pun fully mak aku buat.. Ada lagi sebenarnya kuih-kuih mak aku buat yang macam ni.. Kuih Talam@Tepung Talam pandan, gula merah, keladi, jagung.. Tapi aku tak sempat ambil gambar..

 Yang ni mini burger atau burger Malaysia.. Dalam dia ada sambal ikan bilis, timun dan daun salad. Mak aku buat bulat-bulat tu dan goreng, tugas aku pulak taruk sambal bilis ,timun dan daun salad tu..

 Yang ni pulak Kuih Pau, fully mak aku buat.. Ada Pau Sekaya dan Pau Kacang..

 Yang ni Donat biasa yang belum di sira dengan gula.. Donat coklat lain pulak.. Donat mak aku buat memang lembut.. Kalah Big Apple ke, Dunkin Donut ke, or J.Co Donat ke.. Hehehehe..

 Masa buat donat coklat ni kan, memang terliur sangat.. Sebab bulan puasa kan, sabar je la menunggu tiba berbuka puasa.. Hehehe.. Tadi mak aku suruh usha blog Chef Liza.. Dia suruh aku pergi ambik kursus dengan Akademi Chef Liza jer la.. Sebab dia ajak aku buat bisnes biskut-biskut dan kek la pulak pasni.. Dia cakap dia dah tak larat nak buat kuih-kuih basah ni, sebab agak teruk sikit berbanding buat biskut or kek.. Lagipun kuih-kuih basah ni tak tahan lama, kalau tak habis jual rugi la.. Kalau mak aku tak suruh pun, memang aku sendiri pun nak, seronok menghias-hias kek and biskut ni...

 Kuih Donat dan Kuih Keria yang belum di sira dengan gula.. Kuih Keria ni lebih kurang jer dengan Kuih Cik Mek Molek cuma Keria gula kat luar, Cik Mek Molek gula kat dalam..

 Yang ni pulak Kuih A'sidah.. Korang biasa makan tak?? Yang tabur kat atas tu ialah bawang goreng.. Tugas aku kupas dan potong bawang nipis-nipis jer la untuk dijadikan bawang goreng tu.. Bawang goreng ada jer jual kat kedai, tapi mak nak buat sendiri supaya nampak lebih menarik dan berselera orang nak beli.. Hehehe..

 Yang ni paling leceh nak buat.. Kuih Karipap Pusing.. Gambar ni yang belum digoreng.. Yang dah goreng tak sempat nak ambil gambar, so tak berapa nampak sangat pusing-pusing kat badan karipap tu.. Kalau yang dah goreng kompem nampak dengan jelas pusingan tu dan akan membuatkan anda terliur sampai menitik ke lantai..hakhak.. 

 Inti Karipap Pusing ni ialah kentang dan daging.. Sedap wooo makan panas-panas.. Mak aku tugas dia buat inti, uli tepung dan masukkan inti.. Manakala aku tukang kelim tepi-tepi karipap tu.. Ala yang rupa pintal-pintal macam tali kat tepi karipap tu.. Bukan semua orang reti tau buat kelim tu.. Kebanyakkan orang buat karipap guna acuan jer kan.. Tapi kami tak, supaya nampak lebih kemas dan tak terbuka ketika menggoreng.. Tak susah mana pun nak buat kelim tu..

Ni rupa Mini Burger yang tengah naik tepungnya sebelum digoreng..

Chewah!! Ni la aku yang tengah masukkan sambal bilis, timun dan daun salad ke dalam Mini Burger.. Terliur beb.. Tapi tak ada la sangat, sebab selain bulan puasa pun dah memang aku yang buat sampai dah jemu nak makan.. Abaikan badan aku yang makin menggemuk duduk kat rumah.. Hakhak.. Makan tak banyak mana pun, maybe wap-wap zat dari kuih tu meresap masuk ke badan aku dulu kot..

Tapi bulan puasa tahun ni tak banyak sangat jenis kuih yang mak aku buat jual, kuih-kuih kat atas tu jer.. Tahun-tahun sebelum ni lagi pelbagai jenis..Bengkang@Bingka ubi kayu bakar, Jagung, Tepung.. Ketayap, Roti Jala@Kirai, Mee Rebus, Kuih Kacang.. Bilangan kuih nya sampai beriban-beriban.. Dia sorang jer yang buat, tak ada pembantu pun. Mak aku buat kerja memang macam lipas kudung.. Daripada aku sekolah rendah lagi, mak aku dah buat kuih dan nasi lemak dah.. Sampai la sekarang aku dah bergelar graduan universiti dah pun.. Dah ntah berbelas tahun dah..Nasi lemak pun macam-macam jenis lauk gak, Nasi Lemak Ayam, Bilis Telur, dan Sardin.. Selain dari letak kat kedai kakak aku, mak aku ambil tempahan dari orang ramai jugak, kadang-kadang ada orang nak tempah untuk majlis kenduri ke, mesyuarat sekolah ke, pejabat ke, hari keluarga, hari sukan, birthday, saja-ja nak makan..macam-macam la.. Tapi yang paling aku ingat, makndak aku pernah order 1000 biji karipap pusing untuk hari keluarga pejabat dia.. Ya Allah! Penat giler aku rasa.. hakhak.. So siapa-siapa sekitar Perlis nak order boleh la.. Tapi buat masa sekarang tak boleh kot, sebab kami sibuk nak pindah ke rumah baru yang hanya terletak selangkah dari bilik aku.. Hehehe..dan sibuk dengan kenduri kahwin abang aku 5 Februari 2011 nanti..


Mak aku cakap benda(kuih la) yang aku buat semua menjadi, kelim karipap, bungkus nasi lemak, balut ketupat palas, benda-benda yang tak semua orang boleh buat, tapi aku boleh.. Masa tu kembang gila bontot aku.. Hakhak.. Serius!! Aku minat nak buat bisnes.. dari dulu lagi.. Tapi aku terasa menyesal pulak sebab aku lambat discover benda ni.. Selama ni aku macam ikut flow jer.. Aku memang tak ada cita-cita pun dari kecik, masa UPSR aku dapat 5A, pastu aku masuk sekolah sains, PMR dapat 8A, form 4 aku ambil Bio sebab cam minat sikit berbanding Teknikal, SPM cukup-cukup makan jer result, pastu masuk matrik, aku ambil Sains Hayat, pun cukup-cukup makan. Time tu aku macam ikut flow jer, sebab aku rasa aku berakar kan sains.. Bila ke menara gading pun aku masuk Fakulti Sains.. Masa nak mohon Degree tu memang aku dah terasa muak dengan Sains, aku dah rasa malas nak membaca dan mengingat, aku cam suka benda yang memerlukan kemahiran!! Tapi tak tau kenapa aku tetap pilih Sains.. Hakhak.. 

So aku belajar semata-mata nak menghabiskan degree..membazir jer berhutang dengan PTPTN =p Bila dah dapat ijazah, aku tak cari kerja sangat pun, gitu-gitu jer.. Sebab aku rasa aku lagi suka tolong mak aku, dan nak ambil kursus kemahiran.. Kalau ada peluang, nak besarkan bisnes kami.. Mak aku memang bagi galakkan kat aku.. Tapi aku tak tau nak bermula dari mana, siapa-siapa kat sini tau medium mana-mana yang perlu aku ambil untuk aku berkecimpung dalam bidang keusahawanan ni????

Note: Abang aku jadi pemandu pelancong Arab kat KL.. So aku nak suggest dia jual burger kat KL la.. Kat rumah dia tu.. Kompem laku gila.. Dia upah la orang jual.. Sementara dia pergi bawak Pak Arab melancong.. Hakhak... 
Share this article :

22 comments:

  1. waa ganas header hihihi..uncle touchup sikit2 jer...cuba eqa tanya kat kemas simpang empat..tanya tengok ada tak kursus masakan samaada kek atau pastri atau apa-apa jelah..setiap tahun mmg depa buat .. kekadang tu untung kita kerana orang yg mengajar tu bukan calang2 orangnya..macam Florence Tan..huhuuu cuba tanya nanti nooooo

    ReplyDelete
  2. oh ya..dok buat kuih ka? insyaAllah nanti uncle nak tempah ..buat jamuan kat opis boleh ka? nanti kasi no tepon kat email uncle...unclepunyablog@gmail.com ..

    ReplyDelete
  3. Betul tu bukan semua orang bleh buat kuih ni. kalau dah ada bakat tu teruskan ajer. berniaga ni lagi elok dari makan gaji. ada orang gaji dah 22k berhenti kerja sebab nk buat bizz on9.

    ReplyDelete
  4. eh kuih keria kamu panjang2 ye, kuih keria kat sini macam donat heheheh..
    wahh baguslah kamu, xpe, orang lain ada je amek law tapi buat bisnes..

    ReplyDelete
  5. salam..
    meniaga kueh ke..
    pandainya mak dia masak?
    anak daranya pandai tak?
    he he..

    ReplyDelete
  6. Ah! Lapar jdnye tgk gmbo2 tuu. huhu

    ReplyDelete
  7. cantiknya susun karipap 2..
    sdp2 jgn lupa hntr sini skt erk
    smile*

    ReplyDelete
  8. hehehe..esok pg la gi beli kuih wat bekfest.. :)

    ReplyDelete
  9. xpandai!! hakhak.. boley sket2 jer..xleh lwn mak lagi.. :p

    ReplyDelete
  10. a'a..mmg kuih keria bentuk mcm donat pun..tp saje buat bentuk panjang2..lg senang nk bentuk kan..

    ReplyDelete
  11. wachak ke org tu? :p hehehe.. doakanla yer eqa dpt bka kedai suatu ari nnt.. :)

    ReplyDelete
  12. ok..nnt eqa tnya..thankz for the info.. :)

    ReplyDelete
  13. uncle tukar no tak? klu still guna no lama eqa ada jer no uncle..nnt eqa msg.. boleh je nk tempah.. tp buat masa skang kami berehat dr buat kuih..sbb bz nk pindah rumah n nk kenduri kahwin cuti raya cina nnt.. so maybe lepas tu bru nak start blk kot..

    ReplyDelete
  14. eqa!
    zalim ko ltak pic donat gebu tu weyy
    tengok pon tau lembut wey
    waaaaaaa

    aku pegi perlis pleaseeeee wat,aku order!
    serius!
    tak tahan tengok.
    huuuuuuuuu hancus diet

    ReplyDelete
  15. wah. pandainya buat kuih.. pos ke UK sikit boleh? :)

    ReplyDelete
  16. hehehe..nnt klu eqa antar kt iema kompem sampai nnt da basi :p sbb eqa guna pos..

    ReplyDelete
  17. ko diet ke trex???? hakhak.. lg aku rsa nk mnyumbat perut ko byk2 :p

    ReplyDelete
  18. sedap...sedap....sumenyer sedap...nak nasi lemak daun pisang...adoi...kena cari pagi sok nie

    ReplyDelete
  19. hakhak..boleh..boleh..tp kompem nnt awk mkn terus skt perut..sbb da basi bila sampai sana :p

    ReplyDelete
  20. hehehehehe.....nk jugak..beli kt eqa 1 :p

    ReplyDelete
  21. diet maen2 muahahaha
    tapi kalo donut mmg xdiet la kekekeke

    ReplyDelete
  22. Salam... saya Zul,21..
    Wah untungnya ada mak yg sngt rajin mbuat pelbagai jenis makanan dan kuih.. seronoknya!!! Rajin akak tolong mak.. mmg sbgai anak kita mesti bantu mereka kan.. hehe..Saya mmg berminat dalam pembuatan kuih/kek ni tapi tiada org di sekeliling yg rajin nk ajar.. huhuhu.. Saya teringin nk hadiri kursus Confectionery & Bakery.. tapi atas tanggungjwb menjaga keluarga.. saya terpaksa bekerja saja.. In Shaa Allah saya akan sambung belajar jika diberi peluang... saya berimpian utk membuka kedai BAKERI !!! :-)
    Kepada akak.. walau apepun yg akak usahakan semoga berjaya ya.. :-)

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM