Wednesday, December 15, 2010

KISAH 2 EKOR KATAK


Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. namun malangnya, 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang. katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lain tetap menasihatkan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah seeokor dari katak yang ada di lubang itu akur dengan kata-kata katak yang lain dan menyerah. Ia terjatuh dan mati. 

Sedangkan katak yang seekor lagi terus berusaha untuk melompat setinggi yang mungkin. Sekali lagi katak-katak yang berada di atas berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja.

Tetapi, ia bahkan berusaha lebih keras dan akhirnya membuahkan hasil. Dengan satu lompatan yang kencang, ia berhasil sampai ke atas.

Katak-katak yang lainnya begitu kagum dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya "Apakah kau tidak mendengar teriakan kami tadi?"

Lalu katak itu(dengan membaca gerakan bibir katak-katak yang lain)menjelaskan bahawa ia tuli.

Akhirnya mereka sedar bahawa ketika di bawah tadi mereka di anggap telah memberikan semanagat kepada katak tersebut.

NOTE: 

Kata-kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' akan dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-harinya. Sebaliknya kata-kata buruk yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' dapat membunuh mereka. Berhati-hatilah dengan apa yang ingin diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengertikan bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita jangkakan. Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusasaan, kejatuhan, kemalangan dan seumpamanya. Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'semangat' kepada mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

*Blues Selamanya
Share this article :

17 comments:

  1. wahh.. teruja.. kdg2 ape yg kita wt kene bgntung pd diri sendiri.yakin pd diri n pasti boleeehhh

    ReplyDelete
  2. SALAM..
    kesian..pekak rupanya
    sii katak tu ye...?
    apapun hensem bermotosilkal
    kuasa besar..he he

    ReplyDelete
  3. wah
    seronok baca entry nih
    walaupun ada sedikit lucu tetapi memang positif mesej dia
    thumbs up

    P/S : Tutorial Letak Link Entry Anda! Ada Sesiapa Suka Shawls Yang Cantik!

    ReplyDelete
  4. wsalam..
    hehe..wlupun klakar tp byk pngajarannya kan...
    klu di cium jd putera katak agaknya nanti.. :P

    ReplyDelete
  5. tu la..agak klakar..tp ada pngajarannya... :)

    ReplyDelete
  6. tu pentingnya beri sokongan,,jangan asyik nak jatuhkan orang jer,,,
    suka cerita katak ni,,ingatkan cerita 2 putera katak rebut puteri,,haha,,,

    ReplyDelete
  7. yg nk menjatuhkan mmg ramai dlm dunia nih..
    yg penting..USAHA&YAKIN je!! chaiyok~~

    ReplyDelete
  8. hehehehe..ni cte katak lain.. klu katak tu bleh tgk kt tv jer.. :)

    ReplyDelete
  9. betul2..klu ramai bgi support mst semangt jep~~

    ReplyDelete
  10. tau xpe.. :) klu ssuatu bnda tu kita rasa xleh wat,tp rmai yg bg smangat..kompem kita bleh wat kn..

    ReplyDelete
  11. biarlah apa orng kata.. janji hati kita tetap kuat bila nak laksanakan sesuatu..

    ReplyDelete
  12. wah.. ni mengata nihh.. psal bab " mluangkan masa" yg x sedap ni.. nti la org qada balik >.<"

    ReplyDelete
  13. hakhak..xde maksudkan sapa2 pun la.. :)

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM