Monday, December 20, 2010

Kamu Termasuk Dalam Kategori Mudah Jatuh Cinta Apabila....



1- Mengaku si dia adalah kekasih kamu meskipun baru beberapa kali keluar bersama dan tidak pernah melafazkan janji untuk ikatan yang lebih utuh lagi.

2- Kamu memaksa diri untuk menerima huluran kasih si dia sedangkan kamu masih tidak mengenali dirinya lebih mendalam.

3- Keinginan untuk memeliki pasangan membuatkan kamu seperti terburu-buru dan terdesak mengambil sesiapa sahaja sebagai kekasih tanpa berfikir panjang.

4- Kamu mudah jatuh cinta terhadap seseorang meskipun kamu tidak mengenali siapakah si dia dan hanya sekali berjumpa.

5- Kamu sanggup 'menutup mata' terhadap semua kekurangan si dia hanya kerana kamu memang menyukai si dia. Tidak kisahlah andai si dia penganggur, pemalas dan sebagainya. Walaupun ada sikapnya yang membuatkan kamu berasa jelak, namun kamu masih mampu menghadapinya.

6- Sanggup berhabis wang ringgit untuk membelikannya hadiah walaupun baru sekali dua bertemu. Kiranya hendak membeli jiwa si dia! Jangan begitu kerana wang tidak mampu membeli cinta.

7- Terlalu cepat melafazkan kata cinta dan meminta agar diberikan peluang untuk menjadi pasangan kekasih.

8- Tidak dapat menerima hakikat cinta kamu sudah berakhir! Pastinya kamu akan segera mencari pengganti yang lebih hebat dari bekas kekasih mu itu.

*Remaja Bil: 409
Share this article :

13 comments:

  1. yeaah saya tak senang jatuh cinte ^_^

    ReplyDelete
  2. Bahaya tu kalo mudah2 je jatuh cinta. -.-

    ReplyDelete
  3. sy maybe kategori mudah jatuh cinta cz tgk org 2 nak, tgk org ni nak..kehkeh

    ReplyDelete
  4. mintak2 dijauhkan tergolong dgn kategori ni

    ReplyDelete
  5. miza tergolong dalam mana 1 ?

    ReplyDelete
  6. tapi kalau dah jodoh nak buat mcm mna kan.. :) kdg2 cinta pandang pertama lbh bahagia n kekal dr yg berthn2 berkenalan..

    ReplyDelete
  7. hakhak..sng utk curang nieh! :p

    ReplyDelete
  8. tau xpe.. ssh nak setia kan..

    ReplyDelete
  9. hehehe..bagusla..tp jgn jadi andartu sudah.. :p

    ReplyDelete
  10. jgn jadi andartu sudah :P

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM