Saturday, December 25, 2010

Saya Blogger Perlis

Kali ni aku nak join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri yang telah dianjurkan oleh Blog Pilihan Malaysia.. Kalau ada siapa-siapa nak join, gi la usha.. Sebelum korang terlambat..Nanti terlepas.. Hehehe.. Bagus jugak buat senarai mengikut negeri ni, supaya kita lebih saling mengenali antara satu sama lain.. Mana tau tengok-tengok orang sebelah rumah jer jadi empunya blog yang kita suka baca tu =P 

Okay.. Firstly kena ada: 

Link ke Blog Pilihan Malaysia

Nama:
Korang tengok jer la kat URL blog ni.. Nama penuh gitu... :p Tapi kalau nak tinggalkan jejak di Shoutbox.. "eQuRlz" or "eqa".. Aku ler tu..

Status:
Bujang but not available.. Hakhak.. Sudah di booking oleh En.Wan yer.. :p 

Cara Hubungi:
Mostly aku guna Facebook jer.. Korang search jer nama penuh aku.."Nur Syafiqah Mohmad" .. Kompem jumpa.. Email lak "equrlz_momel@yahoo.com" Kot-kot ada yang nak add aku ym ke kan..

Daerah/Jajahan:
Perlis sangat kecik jer okay.. Daerah pun tak ada tau.. Tapi aku tinggal dalam kawasan Simpang Empat la..

Tempat Tinggal:
Rumah aku memang betul-betul sebelah dengan Masjid Kampung Tebuk, senang giler nak cari.. Hakhak.. Sebelah kampung Tebuk ni ada Kampung Bongor Kudong, kampung Tok Pulau, kampung Cantik Bangun..Kampung Serdang.. Dekat jugak dengan Tambun Tulang.. Ntah la..Semua dekat la bagi aku.. Sebab Perlis kecik kot.. Aku rasa semua tempat dekat jer..

Apa Yang Menarik Di Tempat Anda:
Kampung aku adalah kawasan sawah padi.. Saaaangat Beshhhh!! Setelah 4 tahun duk kat KL, dapat balik duk kampung, aku rasa sangat lah tenang tanpa kesibukan KL.. Tapi kampung sekarang dah tak sama sangat macam dulu.. Dulu selalu nampak budak kampung mandi sungai, gi sekolah naik basikal, panjat pokok dan macam-macam lagi.. Tapi budak-budak sekarang mengadap lappy jer macam adik aku.. <--aku rasa cam dah lari dari tajuk jer benda yang aku cerita ni :p


Lastly, Selamat Berkenalan kepada semua yang membaca entry ni.. :)
Share this article :

10 comments:

  1. alop blogger perlis..sy blogger terengganu...hihi

    salam blogwalking n following ur blog yer.....havva nice day!!

    ReplyDelete
  2. cantik kampung.
    :D

    ReplyDelete
  3. org perlis ka? saya dulu blajaq kat uitm arau, la ni kat shah alam..rindu betui kat perlis.
    seafood kole perlis, shopping pdg besaq, pisang goreng jejawi, nasi lemak BSN, kayak kat tambun tulang..rindu gila..

    ReplyDelete
  4. salam kenal

    blogger sabah dtg jalan2..:)

    ReplyDelete
  5. poonnn..ponn..tepi sket nak parking vespa ni..ahaks.. bertandang dr BPM


    p/s: syuq layan gak NANA.. *wink*

    ReplyDelete
  6. blog walking
    btw,nice blog....

    feel free to visit & follow my blog
    http://www.vnazone.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Cantik lah dik...gambar rumah tu.

    ReplyDelete
  8. Saya Blogger Perlis jugak ^^,

    ReplyDelete
  9. saya pun bakal jadi blogger perlis la...bermastautin sana nanti....

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM