Saturday, December 18, 2010

Rahsia Jari-Jemari...


KEANJALAN IBU JARI
Cuba kamu tarik ibu jari kamu ke belakang. Adakah ia boleh dilentokkan ke belakang atau tidak. Kalau kamu nak tahu, ia juga membawa makna tersendiri.

Keras/kaku
Sekiranya jari kamu tidak anjal atau tidak dapat dilentokkan ke belakang, bermakna kamu seorang yang praktikal. Kamu tak pernah ragu-ragu tiap kali kamu mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Hati-hati. Ada yang kurang senang dengan sikap kamu yang sedemikian. Dalam soal yang melibatkan kewangan, kamu seorang yang bijak dalam urusan berkaitan kewangan. Tapi jangan lupa membuat catatan wang keluar dan wang masuk kerana ia lebih membantu kamu nanti. Bukan apa, sekadar beringat-ingat. Kadangkala manusia ni mudah terleka jika tiada peringatan!

Fleksibel
Kamu seorang yang punya perbagai bakat semula jadi dan sentiasa sukakan cabaran hidup. Pendek kata, kamu juga gemar mencuba sesuatu yang baru. Selain itu kamu juga terkenal dengan sikap murah hati dan sanggup berhabis-habisan untuk menolong orang yang memerlukan bantuan. Sifat kamu yang sedemikian sudah pastinya menggembirakan teman-teman yang kadangkala mengambil kesempatan ke atas sikap tersebut. Tapi ingat, ia tidak bagus dari segi kewangan diri kamu sendiri! Menolong tu boleh, tapi biarlah berpada-pada!

SAIZ JARI
Cuba ukur saiz jari kamu. Secara keseluruhan, adakah ia termasuk dalam kategori pendek, sederhana panjang atau panjang runcing?

Jari Pendek
Sekiranya jari kamu tergolong dalam jari pendek, kamu dikatakan seorang yang cukup pantas dalam membuat sebarang apa juga keputusan sekali pun. Risikonya kamu mungkin tidak berkesempatan untuk berfikir dengan lebih mendalam lagi. kamu juga cukup simple hidupnya, dan tak suka memeningkan kepala memikirkan perkara yang remeh-temeh. Bagi kamu, buat apa nak peningkan kepala dengan hal yang remeh? Penat tau!

Sederhana Panjang
Sesuai dengan kepanjangan jari kamu yang sederhana itu, kamu juga seorang yang bersifat sederhana dalam semua segi. Kamu juga punya keseimbangan diri yang tinggi dan ini membolehkan kamu berfikir dengan lebih logik. Jadi, kamu agak jarang melakukan kesilapan yang bakal dikesali di kemudian hari.

Jari Panjang
Kamu gemar membuat perancangan terperinci dalam setiap perkara. Setelah dirasakan dapat benar-benar memuaskan hati, barulah kamu bertindak menurut apa yang kamu rasakan sesuai atau sepatutnya. Selain itu, kamu juga terkenal dengan sifat sebagai pendengar yang setia. Jadi tidak hairanlah bila kamu sering menjadi tumpuan mereka yang inginkan seseorang untuk mendengar masalah mereka.

BAHAGIAN JARI
Jika diperhatikan, setiap batang jari terbahagi kepada tiga bahagian (ruas) iaitu atas, tengah dan bawah jari. Di antara bahagian tersebut, yang mana paling prominent?

Bahagian Jari Atas
Mungkin kamu memang telah dilahirkan dengan keuntungan atau nasib baik. Dalam kehidupan, soal wang bukan masalah besar bagi kamu malah rezeki kamu boleh dikatakan murah. Kamu juga dilahirkan dengan sifat kepimpinan dan mampu bertolak ansur dengan orang lain. Apa kata rebut peluang ini untuk meraih peluang dalam bidang kerjaya/pelajaran.

Bahagian Jari bawah
Kamu sentiasakan inginkan yang terbaik untuk diri kamu. Malah kamu gemarkan gaya hidup yang mewah. Hati-hati kerana kamu mungkin bakal menghadapi masalah besar sekiranya tetap dengan cara hidup sedemikian. Belajarlah untuk lebih berjimat cermat. Tak rugi jika kita mengamalkan sikap sedemikian.

Bahagian Jari Tengah
Kamu sangat mementingkan personaliti. Tak hairan jika kamu sentiasa menjaga penampilan diri walau di mana saja. Jangan harap kamu akan keluar dari rumah dengan penampilan yang berserabut. Namun begitu, kamu juga seorang yang cukup teliti dan berfikir jauh ke hadapan. Maknanya kamu teliti dalam pelbagai segi. Jadi tak hairan, ramai teman menggagumi kamu kerana tarikan fizikal juga tahap pemikiran kamu sendiri. Tapi ingat, jangan riak pula nanti!

JARAK ANTARA JARI-JEMARI
Letakkan tangan kamu di atas meja dan cuba lihat dengan teliti. Jarak di antara dua jari manakah yang paling rapat atau jauh? Tapi ingat, ia tidak termasuk ibu jari. Cuma jarak antara jari telunjuk, jari hantu/tengah, jari manis dan jari kelengkeng. Tengok jarak jejari mana yang paling jauh antara satu sama lain?

Jari Telunjuk Dan Jari Hantu(Tengah)
Sekiranya jarak anatara jari telunjuk dan jari tengah adalah yang paling jauh, ia bermakna kamu seorang yang tahu apa yang kamu kehendaki dalam hidup dan gemar membuat keputusan apatah lagi dalam sesebuah perhubungan. Ciri yang paling jelas dalam diri kamu sifat yakin kepada diri sendiri. Malah sifat itu banyak membantu kamu menjalani kehidupan selama ini. Tapi awas, jangan pula sampai membuatkan kamu sombong!

Jari Kelengkeng Dan Jari Manis
Motto hidup kamu ialah 'take it easy'. Bagi kamu hidup ini perlu dilalui dengan tenang. Jadi di kalangan teman-teman rapat, sudah sedia maklum sikap kamu itu hinggakan kadang-kadang seolah kamu bersikap sambil lewa. Mana taknya, hari jdi teman pun kamu boleh lupa. Jika ini berterusan, pasti ada yang berkecil hati dengan kamu suatu hari nanti.

Jari Tengah Dan Jari Manis
Dikatakan mereka yang mempunyai jarak antara jari kelengkeng dan jari manis paling jauh ini memberi makna mereka suka menurut kata hati. Sering terjadi, mereka yang rapat dengan kamu meragui keputusan yang kamu ambil. Kenapa agaknya? Ini berpunca dari kamu sendiri yang suka menurut perasaan. Bila ini berlaku, kamu tetap dengan pendirian kamu. Usah begitu, apa salahnya jika sesekali mendengar pandangan dan pendapat daripada orang lain? Bak kata orang, kalau ikut hati, mati! Kadangkala pendapat orang lain boleh diterima pakai. 

*Remaja Bil: 390

NOTE: Saje-saje ni..tiba-tiba terbaca kat majalah.. Ntah btol ke tidak ntah...
Share this article :

5 comments:

  1. wahhh.. nice... betul la, mmg lebih kurang je dgn perangai sy... hehehehehee..

    ReplyDelete
  2. yeke..eqa pn cm ade la btol sket2 :)

    ReplyDelete
  3. hye eqa..
    wow byk rhsia rupanya psl jari ni.. lps ni nak sorok jari tak bg org tgk laa..huhu =)

    ReplyDelete
  4. jari saye sgt anjal.
    suke la en3 ni!!!!
    sgt200x suke!!
    ^^

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM