Monday, May 17, 2010

~REALITI TV~ Thalia Digugurkan Oleh Ziana Zain Dalam Mentor Musim Ke-4..

Petang semalam masa tengah seronok tengok persediaan perserta-peserta rancangan realiti Mentor Musim Ke-4, tiba-tiba bila sampai turn Ziana Zain dan protege beliau Thalia.. Terpapar kat skrin TV tu "tidak dapat dipaparkan, tunggu pengumuman dari Ziana Zain malam ini" (lebih kurang macam ni la ayat nye).. Eqa macam terkejut jugak la.. So malam tu, tepat pukul 9 malam, eqa pun tercangak la depan tv, nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Masa tu pikir maybe Thalia sakit ke, jadi apa-apa kat dia ke.. Tapi tak sangka lak rupa-rupanya dia digugurkan oleh mentornya Ziana Zain...

*pic from mygosip.com

Ziana Zain cakap sebab protegenya itu belum bersedia dari segi mental dan fizikal.. So Thalia digugurkan 48 jam sebelum konsert pertama oleh kumpulan B.. Tempat Thalia telah digantikan dengan Mohd. Bila eqa tengok Mohd tu, eqa tengok rupa dia macam lebih kurang Black Juara Mentor Musim Ke-3 jer.Hehehe.. Maybe sebab rambut dia kot.. Suara dia boleh la.. Okayla persediaan cuma 48 jer kan.. Tapi dah boleh menyanyi macam tu.. Kesian plak kat Thalia rasanya... Mesti Thalia tu dah excited dapat join Mentor 4 ni kan.. Tiba-tiba kena buang..   Tu jer eqa nak cerita...

~Sayoenara~ :)

~KISAH KU~ Dia Selalu Buat Aku Terharu....

En.Wan selalu buat eqa terharu.. Dulu dia prnah dah buat blog untuk eqa, tapi cam dah bersawang.. Lagi pun tu kat free domain jer.. Tapi kali ni nampak dia serius la buat blog tu unuk eqa.. Siap berdomain .com lagi.. Eqa yang dah lama berblog ni pun tak berdomain sendiri pun lagi.. Hehehehe... Dia cakap godek-godek la blog dia tu nanti.. Supaya familiar dengan Wordpress.. Nanti boleh la nak ada domain sendiri... Nie rupa blog dia....




Eqa tanya dia.. he made this blog just for me or for public jugak kan.. sebab dari cara dia menulis.. macam untuk bacaan public jugak... Dia cakap kawan-kawan opis dia tahu.. tapi kalau nak open to betul-betul public macam kawan-kawan blogger eqa, nanti-nanti la dia cakap.. Bila blog tu dah betul-betul dia siapkan.. So eqa tak leh la nak bagi URL kat korang yer... Hehehehe... Nanti-nanti la....

~Sayoenara~ :)

Friday, May 14, 2010

~DRAMA TV~ Slot Akasia Adamaya Dah Habis.. Rindu Sama Amani@Mia Sara Nasuha.

Eqa bukanlah kaki tv sangat. Tapi semenjak laptop tak de, memang dari pagi sampai ke malam terpacak depan tv, kelas, exam semua dah habis, memang sedang menanam anggur jer ni. Sebut pasal Drama Adamaya mesti semua orang tau kan?? Tol tak? Starting cerita ni eqa tak tengok pun, sebab masa tu laptop ada lagi.. Hehehe.. Sejak laptop tak de memang tak pernah missed.. Tapi tu pun dah agak terlambat la.. 

Tuesday, May 11, 2010

~KISAH KU~ Dugaan Hidup Yang Memerlukan Kesabaran.. Semoga En. Wan Cepat Sembuh...

Mesti korang pelik kan.. mana eqa menghilang lagi kali ni.. Sebab yang utama ialah lappy eqa rosak.. Nak gi baiki dengan abang eqa, tapi dia busy plak keje.. Pada masa yang sama eqa ada paper final exam for my final sem n my final year kat UM tu.. Harap-harap eqa lulus la.. Tak mengharapkan A pun, lulus pun cukup la.. Hakhak.. Sebab ada exam so eqa cam tak kisah sangat lappy tu rosak..

Okay.. Ni eqa nak bercerita pasal tajuk enri ni.. Kalau korang kat tempat eqa, eqa tak tau la apa yang korang akan rasa.. Tapi apa yang eqa boleh buat sekarang, eqa hanya mampu bersabar..

Saturday, May 1, 2010

~KISAH KU~ Jom Lunch Bersama KFC IRON MAN 2..

Memang dari semalam lagi eqa macam terigin betol nak makan Cheezy Chickaroni KFC tu.. Sebabnya eqa adalah penggemar cheese.. Hehehehe.. Memang tak lena tidur la semalam sebab mengidam.. Hakhak.. (actually sebab hidung tersumbat sebab selsema dan lapar, mula la nak makan itu ini).. Lepas tu apa lagi, hari ni eqa merempit la ke KFC yang berdekatan iaitu KFC Seksyen 16 Petaling Jaya, belakang UM tu jer..

Eqa tak tau pun kata sekarang ni set Cheezy Chickaroni tu dah jadi set IRON MAN 2 ni.. Ada Set A dan B.. Set A ada Cheezy Chikaroni, ayam, air ngan free benda alah kat bawah ni..Key-Chain ke apa orang panggil benda ni??? Tali dia panjang yang boleh gantung kat leher tu.. Set B plak ayam tu dia ganti ngan burger dan dapat gelang ke ape tah.. Disebabkan eqa terasa nak makan ayam dan tak nak burger eqa pun pilih la Set A...

BLOGGER CHAT ROOM