Tuesday, May 11, 2010

~KISAH KU~ Dugaan Hidup Yang Memerlukan Kesabaran.. Semoga En. Wan Cepat Sembuh...

Mesti korang pelik kan.. mana eqa menghilang lagi kali ni.. Sebab yang utama ialah lappy eqa rosak.. Nak gi baiki dengan abang eqa, tapi dia busy plak keje.. Pada masa yang sama eqa ada paper final exam for my final sem n my final year kat UM tu.. Harap-harap eqa lulus la.. Tak mengharapkan A pun, lulus pun cukup la.. Hakhak.. Sebab ada exam so eqa cam tak kisah sangat lappy tu rosak..

Okay.. Ni eqa nak bercerita pasal tajuk enri ni.. Kalau korang kat tempat eqa, eqa tak tau la apa yang korang akan rasa.. Tapi apa yang eqa boleh buat sekarang, eqa hanya mampu bersabar..
Lepas jer exam keesokkan harinya, eqa terus naik bas ke Kuala Terengganu. Dengan niat untuk sama-sama membeli cincin pertunangan dan barang-barang untuk dijadikan hantaran. Pada masa yang sama juga untuk berkenalan dengan keluarga En. Wan dengan lebih dekat. Korang mesti dah dapat agak dah kan perasaan eqa cam ne masa u, excited sangat-sangat, tapi ada sedikit la perasaan cuak kan.. sebab nak berjumpa dengan mak ayah dia. Macam-macam persoalan.. suka ke nanti mak ayah dia kat eqa?.. Okay ke keluarga dia? Boleh ke eqa nak duduk Terengganu nanti? Macam-macam la....


Tapi masa bas tu dah nak sampai kat Perhentian Bas Kuala Terengganu tu, En. Wan call... Dia cakap dia rasa pinggang dia macam terseliuh masa nak punch card keluar office. Sakit sangat... Tapi dia akan cuba gak datang jemput eqa.. Masa dia datang tu nampak sangat dia macam sakit yang teramat sangat.. Dia cakap dia tak pernah rasa sakit macam ni sekali. Macam tak boleh nak bergerak langsung.. Bila sampai rumah, ayah dia tolong kuarkan dia dari kereta, sebab dia tak mampu nak berjalan langsung. Malam tu dia cakap dia terasa sakit kat perut sebelah kanan, maybe appendix kot. Memang dia tak tahan dah sakit sangat, sepupu dia pun bawa dia ke wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah tu..


Pukul 3 pagi baru dia balik, doktor cakap maybe dia ada batu karang. Doktor nak tahan dia kat wad tapi dia tak nak sebab eqa ada kat rumah kan. Pastu doktor suruh datang plak hari Ahad berjumpa dengan pakar. So hari Jumaat da Sabtu tu memang kami duk rumah jer la.. Lepas dia makan ubat tahan sakit yang doktor bagi, dia okay la sket. Kami just gi berjalan-jalan kat pantai berhampiran rumah dia jer la. So perancangan kami nak gi bel cincin semua-semua tak menjadi. Memang sabar sangat-sangat eqa masa tu.. memang betul-betul tahan nangis..

Hari Ahad pagi, eqa teman En.Wan gi hospital untuk berumpa dengan doktor pakar. Rupa-rupanya bukan untuk berjumpa dengan doktor, pihak hospital cuma bagi tarikh untuk appointment dengan doktor yang bertarikh 16 Mei.. Gila ke ape.!!! Sebulan lebih tu.. Pastu En.Wan tanya la kenapa lambat sangat.. Hari tu dia tak gi kerja, camne? Tak de surat MC ke? Pastu orang tu cakap kena kut turn sebab pesakit ramai sangat.. Pasal surat MC dorang tak leh nak bagi sebab tak buat rawatan dengan doktor, so suruh En. Wan masuk kerja lambat sket. Dah la pagi tu En.Wan tak makan ubat pun, memang pinggang dia terasa sakit balik dah, dengan panas hati sebab appointment dia lambat lagi.. Dalam tempoh sebulan lebih untuk appointment tu apa-apa je boleh jadi kat dia.


Kitorang pun keluar la Klinik Pakar tu dengan hati hampa dan memikirkan camne nak buat.. Sekali lagi eqa rasa nak condemn hospital kerajaan. Masa abah eqa kena buat bypass surgery jantung hari tu pun ada gak benda yang eqa rasa tak puas hati, sebab pengurusan dia agak teruk. Nasib baik ada nurse kat luar tu bagi cadangan pergi unit kecemasan, rujuk balik kat sana. Bila dah gi kat sana memang kena tahan wad la En.Wan ni.. Huhuhu.. Memang terasa nak nangis sangat-sangat masa tu.. Dah la masa nak uruskan kemasukkan wad tu, nurse tu panggil "waris kepada Wan Mohd Fazrol". Eqa pun pergi la, dia tanya wife dia ke.. Eqa pun mengaku jer la.. Sampai ke petang eqa tunggu dia kat hospital.. Tukar kan baju dia, suap dia makan. Terasa dah jadi macam betul-betul seorang isteri dah.


En.Wan kesian kat eqa kan, dia suh sepupu dia datang bawa eqa balik dengan kereta dia, dan suruh eqa balik KL keesokkan harinya. Kalau ikutkan hati memang nak jaga dia kat hospital sampai dia keluar. Tapi dah dia suruh balik jugak.. Huhuhuhu.. Masa doktor tu check dia, scan perut semua..(dorang bagi eqa tengok sebab dorang ingat eqa ni wife En.Wan ;p) tak nampak pun batu karang tu, tapi dalam air kencing En.Wan ada darah. Sebab tu dorang suspect batu karang. Simptom-simptom yang di alami pun macam batu karang. Mungkin baru nak jadi or batu tu dah keluar.


Lepas sepupu dia datang ambil eqa, balik mandi-mandi eqa gi hospital balik kali ni ngan mak ayah dia sekali. Terasa cam nak jer jaga dia kat hospital malam tu, tp disebabkan eqa ni bukan isteri dia lagi..rasa tak elok plak.. Huhuhu... Esok pagi tu sebelum gi hentian bas, eqa singgah jap kat hospital.. Rasa sedih sangat-sangat.. Tak tau la nak cakap macam ne perasaan masa tu.. nak berjauhan dengan dia yang tengah sakit tu.. Planning untuk persediaan perunangan pun cam tak menjadi.. Nak gi berjalan-berjalan kat Terengganu pun tak menjadi...


Tapi eqa cuba la pikir positif, at least apa yang berlaku ni bagi kami kenangan yang kami boleh ingat. dan bagi lebih masa untuk eqa mengenali keluarga dia sebab eqa banyak habiskan masa kat rumah denga keluarga dia, borak macam-macam ngan mak dia.. Hehehehe.. Kalau En.Wan sihat mesti tak lekat kat rumah pun gi jalan sana-sini.. Petang semalam eqa pun sampai la ke Bandaraya KL yang sibuk dan penuh dengan lautan manusia ni.. Huhuhu.. Semalam En.Wan call bagitau doktor cakap air kencing, darah semua dah tak ada tanda-tanda ada batu karang, tapi mungkin disebabkan ada infection plak.. So doktor bagi antibiotik..

Pagi ni plak, doktor cakap maybe appendix plak.. Huhuhhu.. Tak tau la mana satu... Doktor suruh tunggu 2,3 hari lagi kat wad tu... Ntah la... Eqa pun tak tau camne nak gambarkan perasaan eqa time ni.. eqa doakan semoga en.Wan cepat sembuh je la.. dan bersabar dengan dugaan yang Allah bagi ni.. 

~Sayoenara..~


Update : En.Wan dah kuar hospital dah.. :) thanks kepada semua yg mendoakan..
Share this article :

11 comments:

  1. huhuhu simpati sis ngan en.wan
    kebetulan lak eqa ada bersama dia
    at least kurang lah sakit dia kan...huhuhu
    semoga en.wan cepat2 sembuh k

    p/s: gomen mmg cam tu...

    ReplyDelete
  2. saba k eqa..dugaan tuh

    ReplyDelete
  3. uhu..cian~
    sabo2...
    g check kat prvate..cpt sket detect skt pe..
    t jd cam ibu ily~
    batu krg kt hempedu dickpnye gastrik..
    g check prvate trus dtect skt pe..
    huhu

    ReplyDelete
  4. haishh..jelesnye tgk gamba die....

    ReplyDelete
  5. sabar ye..insyaAllah selamt sumenye

    ReplyDelete
  6. banyakkan bersabar ye Cik Iqa, moga Cik Wan cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
  7. semoga en wan eqa cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. babe, padan pon ilang kan..
    em ko bwk byk bersabar k..
    doa byk2 insyaAllah tade pape..

    ReplyDelete
  9. sorry to hear that dear. insyaallah dye akan cpt sembuh. kite doa same2.

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM