Friday, November 25, 2011
PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 3
Sambungan dari
GANTIKAN MAKANAN, BUKAN ELAKKAN TERUS
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan sahaja buah-buhan sebagai ganti makanan tersebut. Penukaran sebegini tidaka akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walaupun pengambilan kalori telah berkurangan.
JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak dapat membakar kalori pada tahap yang sama lagi. Pastikan anda tidak berdiet dengan menahan lapar, kerana risikonya akan lebih tinggi pada tubuh badan anda nanti.
REKOD DALAM DIARI
Simpan sebuah diari makanan yang boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal pasti tabiat makan anda dan cuba perbaiki tabiat tersebut. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
TETAPKAN MATLAMAT UNTUK KURUS
Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. Biasanya 0.5kg adalah angka yang mampu dicapai oleh kebanyakkan anda. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat mengurangkan 0.1 kg pun sudah bagus untuk permulaan. Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air kosong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tips bagus nie untuk bakal raja sehari yang mahu kelihatan cantik di majlis persandingan.. nice sharing :)
ReplyDeletehehehhe.....ok2...nice lahh...walopom bnyk org share benda ni...tp setiap entry naikkan semngat lg untuk turunkan berat...muahhh thanx yaww... =D
ReplyDeleteboleh diamalkan nih
ReplyDeletethanks 4 sharing
:-)