Wednesday, November 2, 2011
HARGA TELUR AYAM NAIK???
Assalamualaikum Semua...
Eqa baru lepas membantu mak bungkus nasi lemak ni untuk berniaga.. Sambil dengar mak merungut harga telur ayam naik. Sebelum ni dia beli RM3.20 untuk 10 biji, tetapi semalam RM3.70. Wuishhhh! Dah nak dekat RM4.00 tu.. Nak untung banyak mana la kalau jual nasi lemak sebungkus hanya 60 sen. Kat kampung, bukan kat bandar.. Tak leh nak jual mahal-mahal.. nanti orang kampung bising. Sedangkan harga barang, kat kampung ke, kat KL ke sama jugak!
Taukey kedai tu cakap stock telur ayam kurang, permintaan tinggi sebab tu harga naik. Sebab Malaysia hantar bantuan telur ayam banyak ke Thailand untuk mangsa banjir. Berkemungkinan besar minggu depan harga akan naik lagi!!! Nak cakap taukey tu sesuka hati naik harga ke, berkira dengan mak ke, rasanya macam tak. Sebab mak adalah pelanggan tetap kedai tersebut, sebelum mak kahwin lagi duk beli kat kedai tu dah. Sekarang dah ada cucu dah pun dan sudah berniaga nasi lemak hampir 20 tahun.
Hmmmm.. Bukan rasa tak kesian kat mangsa banjir kat Thailand tu.. Cuma.. Terasa macam Anak kera di hutan di susu kan tetapi anak di rumah mati kelaparan! Mungkin bagi golongan berada atau golongon atasan tak terasa pun dengan kenaikkan harga tu. Walaupun diorang makan telur, bukan diorang pun yang beli telur tu. Bagi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memang terasa sangat lah.
Kalau harga telur tersebut naik untuk golongan berada sahaja tak kisah, tetapi ini melibatkan semua orang. Orang kurang berada pun terpaksa menanggung beban. Memang tak dinafikan, Malaysia memang pemurah dengan segala jenis bantuan untuk bencana yang berlaku tidak kira dalam atau luar negara, tetapi harap-harap bantuan tersebut ikhlas lah disalur kan kepada mangsa yang memerlukan, bukan hanya sekadar ingin mendapat kan nama semata-mata.. :)
Siapa setuju dengan pandangan eqa ni sila LIKE entri ini :)
P/s: Walaupun eqa banyak merungut dan banyak songeh, tetapi eqa masih bersyukur kerana tinggal di bumi Malaysia. Masih aman.. dan kurang bencana.. Walaupun Perlis pun sering dilanda banjir jugak kebelakangan ini. Semoga rakyat Thailand tabah menghadapi bencana. Ada hikmah disebalik kejadian.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
err.? tak tau lak harga telur naik.
ReplyDeletekurang makan nasi lemak walaupun sangat suka nasi lemak. tapi.. telur itu fav kot ketika waktu lapar. hahaha. :D
Makan telur goreng bersama dengan roti bakar, ok gak.
hmm. untuk eqa dan keluarga, semoga diperluaskan rezeki. pasti ada hikmah disebalik kenaikkan harga. :)
Naik 4kpang tue.. hrga barang kalu dah naik pyah nak turun.. di thailand hrga mnyak jauh lbih mhal dari mlaysia tpi hrga barangan depa tetap mrah.
ReplyDeleteerrkkkkkk tak pernah amik tahu salu main beli ajer hehehe
ReplyDeleteeee btul ke naik?? kat sini kat kpg rm2 4 biji jer
ReplyDeletekena pelihara ayam sendiri nih..hehee
ReplyDeletememang haga telur mahal sekarang ni....nak beli pun kena berkira...tapi suka sangat makan telur..huhuhu
ReplyDeletekt tmpt sy telur 10 biji 3.50..
ReplyDeleteklu sebiji 0.40 sen..
mak aihh..giler mhl la telur skrg..
huh!
Nice eggs :) Gossip
ReplyDelete