Thursday, November 24, 2011
PANDUAN KEKALKAN BERAT BADAN SEBELUM BERSANDING... Part 2
SENAMAN YANG MENGGEMBIRAKAN
Ramai yang mengekalkan tip sebelum ini tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja dan kerja tidak akan habis. Jad, anda kena mencuri masa untuk bersenam. Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka untuk melakukannya kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Jenis senaman yang tidak digemari menyebabkan peluh yang dihasilkan tidak banyak. Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjoging atau apa-apa sahaja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu. Sekiranya waktu merupakan kekangan masa bagi anda, lakukan strectching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan "push-ups", kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.
MAKAN BUAH-BUAHAN SEBELUM MAKAN
Makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin. Ia kaya dengan serat, nutrisi dan rendah kalori. Ingat, serat perlukan masa untuk dicerna dan dihadamkan, ini akan membantu kita rasa lebih kenyang dengan makan lebih sedikit dalam jangka masa panjang. makan buah-buahan sebagai pemula hidangan makanan utama kita. Dengan memakan buah-buahan sebelum hidangan utama, ia dapat membantu kita agar tidak makan secara berlebihan.
MAKANAN UNTUK CEPAT KENYANG
Pilihlah makanan yang akan membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih lama. Walaupun protein dan lemak dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat, protein secara semula jadinya mengandungi kurang kalori daripada lemak. Telur, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan produk susu lemak rendah adalah sumber protein yang ideal. Makanan snek seperti yogurt, telur rebus, keju atau hirisan ayam akan memberi kita lebih tenaga an mengawal rasa lapar. Jika kita tidak makan daging atau susu, beberapa sumber protein lain seperti kekacang dan bijirin lain juga dapat membantu.
-Pengantin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sye suke sgt!!
ReplyDeletemakan dalam pinggan kecik....automatik kita rasa mkn pinggan penuh and dapat kontrol makan... =)
ReplyDeletegambar perkahwinan Syeera Ayob dan Zahiril Adzim sangat gorjes lah!!
Assalamualaikum :D tips bagus :D
ReplyDeleteohnooo...ayam goreng tanpa kulit tuhh T_T sob sob
ReplyDelete