Thursday, November 3, 2011

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang MAYONES | MAYONNAISE .

Assalamualaikum semua..

Siapa suka mayones kat sini?? Eqa suka.. sebab tu eqa gemok! Hakhak.. kalau buat burger sendiri mesti nak letak mayones banyak-banyak. kalau beli pun mesti suruh abang burger hensem tu letak banyak-banyak. (Apsal nak kena mention abang tu hensem??) 


Ni cerita asal-usul Mayones:
Mayones mula tercipta pada tahun 1756 dan ia merupakan idea bijak seorang tukang masak dari Perancis. Konon nya sebaik sahaja Belanda mengalahkan British di Pelabuhan Mayon, tukang masak mereka ingin memberi kejutan kepada semua tentera dengan menyediakan sejenis sos yang diperbuat daripada krim dan telur. Mahu dijadikan cerita, ketika sedang membancuh sos ini, tukang masak tersebut menyedari di dapurnya telah kehabisan krim. Oleh itu, dia telah menggantikan krim dengan minyak zaitun. Keajaiban kulinari telah tercetus dengan kebijaksanaan tukang masak tersebut. Sos itu kemudian dinamakan sebagai "Mahonnaise" sebagai penghargaan terhadap kemenangan Belanda.

Dan apa yang harus anda tahu tentang Mayones....
  • Mayones mempunyai nilai pH antara 3.8 dan 4.6. Ini menjadikan mayones tergolong dalam makanan berasid.
  • Dikatakan salad kentang yang dilengkapi dengan mayones boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit sekiranya ia dibiarkan terdedah kepada matahari. tanggapan itu salah kerana pH mayones menghalang bakteria dari hidup di dalam nya.
  • Mayones yang terdedah lama (dalam tempoh 24jam) di luar dan kemudiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk masih boleh digunakan. Cuma, ia akan menghasilkan bau dan rupa yang tidak menyelerakan (untuk mayones yang telah dikeluarkan dari bekasnya).
  • Memakan mayones yang sudah berbau dan mempunyai rupa kurang enak tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit perut atau muntah-muntah (melainkan sudah sampai tarikh luput atau berada di luar peti sejuk melebihi tempoh 24 jam, juga untuk mayones yang telah dikeluarkan dari bekasnya).


Sumber: Rapi
Share this article :

13 comments:

  1. hmm, dalam sedap mayonis ade buruknye jugak. Kene kawal jugak, (aku suka sangat makan burger dengan Mayonis, huhu)

    ReplyDelete
  2. weh aku peminat mayonis gak...sedappppppppppp

    ReplyDelete
  3. sedapnye mayonese...hehehe
    kalau xde mayinese cam x sah makan burger n fries...
    tambah lak ngn thousand island...lagi mantop!!

    ReplyDelete
  4. heee nice...tq for sharing
    kaloi pun suka makan mayones
    sume jenis makanan pun leyh jerk mkn ngan myones ni heheh

    ReplyDelete
  5. owh.bru tau. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. sama la kita suka makan mayo! even tau dy boleh mnternak lemak dgn cepat tapi sedap! kan3x?!! hek3..

    ReplyDelete
  7. Kak suke! Anak2 pon suke. Tiap2 bulan mesti masukkan 1kg mayonis dalam senarai belanja rumah.

    ReplyDelete
  8. ct suka mayonesssss....memang bes letak banyak2 :D

    ReplyDelete
  9. akak paling tak suka mayonis....
    tak best rasa dia...

    ReplyDelete
  10. xsuke mayonis sangat sbb drp telur tak masak..tak makan telur xcukup masak..hurmm

    ReplyDelete
  11. mayonis tak sedap.. hehe :D mas tak berapa gemar mayonis~

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk blog yang menarik

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM