Sunday, November 27, 2011

NASI ARAB YANG SEDAP!

Assalamualaikum semua...


Last week, eqa ada la pergi KL 2,3 hari.. sebab cousin kahwin, kenduri sebelah pihak lelaki kat Klang (http://sweetdiarymasyanty.blogspot.com/).. Siang tu pergi makan kenduri.. Petang tu dah rasa lapar balik.. Hakhak.. Semenjak 2 menjak ni, nasi arab dah jadi makanan favourite kami sekeluarga, keluar Kangar pun makan nasi arab, keluar Alor Setar pun makan nasi arab, ni datang KL pun nak pergi makan nasi arab gak.. 


So banglang eqa bawak la pergi 1 kedai ni kat Wangsa Maju, memang betul-betul kedai orang arab.. Yang kat Perlis and Kedah tu melayu punya. Maka kami order la seperti gambar di atas tu, pakej punya. Kira okay la.. RM70 jer!! Untuk 1 talam tu.. lauk yang ada dalam tu ayam seekor dengan kambing 2 ketul kalau tak silap. Air raspberry 1 jug.. Kami makan 5 orang.. tu pun tak habis nasi tu.. Separuh jer.. So bungkus la bawak balik yang lebih tu..

And then pergi SOGO.. shopping2.. Balik tu.. Bapa saudara eqa and banglang sambung lagi makan nasi tu.. Tu pun ada lebih lagi.. Masukkan dalam peti ais.. Pagi esoknya panas kan.. eqa and kakak ipar lak habiskan nasi tu buat breakfast.. Hakhakhak.. Berapa kali makan untuk habiskan 1 talam tu.. RM70 yang berbaloi.. Nasi arab yang kat KL tu lain sket jenis dia, kedai yang kat Perlis n Kedah tak ada jenis tu.. yang kat KL tu jadi sedap sebab may be pedas kot. Sebab tu eqa suka.. :)

Lupa lak.. Sebelum balik Perlis tu, kami pi Nilai plak.. Saje jalan-jalan lagi.. Bila time lunch hour.. Restoren yang di tuju adalah restoren nasi arab lagi!! Hakhak.. Tapi melayu punya.. Boleh la tahan.. Yang kat KL tu sedap lagi.. :) Kalau korang tak pernah lagi rasa nasi arab, pergi lah cuba.. sedap! Makan nasi dia sahaja pun dah sedap dah..
Share this article :

19 comments:

  1. pehhh mcm sedap jee..mmg name dia nasi arab eh? nti nk try cari lahh..heee :D

    ReplyDelete
  2. pernh gak tengok nasi arab..rasa tak pernah lagi..tapi,nampak gaya best jugak..^^

    ReplyDelete
  3. Mak oi... Tgk pon mmg dah puas ati. Cemane plak rasenye? Mesti besh!

    ReplyDelete
  4. nasi arab memang nikmat, apalagi kalau ada gulai or kari kambingnya :)

    ReplyDelete
  5. assalam iqa

    Kalau rege setalam RM70, berbaloi makan tu.
    cer letak google maps, bleh juga try makan kat sana :P

    ReplyDelete
  6. ha3..sepupu mas kat study uni al-azhar selalu makan nasi arab,yang kelakarnya dari keding now badan dia pun macam orang arab.ha3.harga berpatutan ke eqa?

    ReplyDelete
  7. @Cik Tetra

    a'a.. kena cari kat restoren makanan arab la.. kompem ada.. kalau cari kat kedai mamak susah la nak ada :p

    ReplyDelete
  8. @BlogS of Hariyanto

    kan.. hehehe.. mkn nasi saje pn da sedap dah..

    ReplyDelete
  9. @wachak

    kena tnya abg eqa balik la the exact tempat dia.. yg eqa tau tempat tu kat wangsa maju jer.. hakhak

    ReplyDelete
  10. @MaYa MustWany

    abg eqa yg ajar kami makan nasi arab ni pun al-azhar gak dulu.. skang pun dia jadi pemandu pelancong arab.. so dia tau la kt mna2 tempat makanan arab..

    a'a..mmg berpatutan.. sebab banyak n sedap..RM70 untuk pakej tu.. abg eqa cakap ada restoren lain lagi yg harga nya hundred lbh mcm tu..

    ReplyDelete
  11. Alahai sedapnya..
    Nak makan jugak la next week.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    teringin juga nk bwk family makan kt restoran nasi arab ni? kt mana location nyer ye. KAlau dpt bgtau landmark pun ok . senang nak cari.tqvm

    ReplyDelete
  13. Pa nama restoran arab kat wangsamaju tu???

    ReplyDelete
  14. Akak selalu masak nasi arab.nasi arab rempah kabsa.

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM