Monday, January 10, 2011

After 30 years....Finally..............................

Lately.. Aku memang sangat-sangat bz dan banyak menggunakan tenaga.. Serius.. Penat yang teramat sangat!!!!  Semuanya kerana aku pindah rumah.. Nasib baik pindah selangkah jer pun :p Hakhak.. Walaupun gembira tinggal di rumah baru yang amat lah selesa berbanding sebelum ni, tapi sedih jugak la.. Apabila rumah  selama aku berumur 24 tahun dibesarkan tu dirobohkan semalam.. iaitu 9 Januari 2011.. Tamatlah riwayat rumah yang telah berusia 32 tahun tersebut..




 Nie la rumah kami adik-beradik dibesarkan.. Rumah papan.. Macam kereta api panjangnya.. Hakhak..


Rumah ni kayu dia elok lagi, tapi disebabkan kedudukan rumah ni di hadapan rumah yang kami tinggal sekarang, so kami membuat keputusan untuk robohkan.. Sayang memanglah sayang kan.. Tak pe.. Kayu-kayu, segala frame tingkap, grill semua boleh guna lagi.. So nanti boleh buat rumah kayu balik kat mana-mana untuk disewakan kan..


 So..semalam kitorang adakan gotong-royong la nak robohkan rumah ni, ada la 4,5 orang kampung datang membantu...


 Mula-mula sekali diorang tanggalkan zink bumbung..


 Sedih pulak bila tengok gambar-gambar ni.. hehehe..


 Diorang buat kerja sampai petang.. Mak aku jamu pulut kukus@lengat letak kelapa parut makan dengan ikan pekasam goreng.. Perrggghhh!!


 Peti surat ni asalnya kat tiang poarch rumah lama tu, diebabkan peti surat rumah aku ni macam public sikit, maybe sebelah masjid kot.. Tak tau la.. Tak pun posmen tu pemalas.. Sebab kat dalam peti surat tu penuh dengan surat-surat orang lain dan alamat nombor peti surat orang lain punya.. So aku rasa posmen tu yang malas nieh!! Peti surat tu pun dipacakkan jer la tepi jalan tu.. nanti kalau 1 day rumah baru aku buat pagar, maybe la ada privasi sikit kot, posmen tu dah tak boleh memalaskan dirinya dengan memasukkan surat orang lain ke dalam peti surat rumah aku.. hehehehe...


Ni dah nak dekat magrhib dah pun.. Dah jadi padang jarak padang terkukur.. Konkrit yang tinggal tu nanti la pulak backhoe datang selesaikan.. Penat jugak kalau nak gunakan tenaga manusia.. Lagipun dah petang kan.. Ramai orang yang lalu macam terkejut bila tengok rumah ni tak ada. Hehehe.. mungkin time keluar pergi kerja pagi tadi, rumah tu masih berdiri kukuh, tapi bila time balik kerja tengok-tengok dah tak ada..

Aku rasa lepas ni mesti ramai yang datang rumah aku akan sesat, tak jumpa rumah aku.. Ketika aku menulis entry ni pun, kat dapur rumah baru aku ni, tukang sedang buat kabinet dapur. Tadi masa dia datang tadi pun dia cari rumah aku tak jumpa katanya.. Hakhak..

Lain kali la pulak aku tunjukkan gambar-gambar rumah baru aku yer..  :) 

Note: 
Apsal nak tarik wayar baru dari tiang dan taruk meter elektrik baru TNB letak harga mahal sangat????!!!!!! RM1000....... Patut pun la rumah orang-orang miskin kebanyakkannya masih tidak mempunyai kemudahan elektrik.. Bukan tak mampu nak bayar bulan-bulan, tapi tak mampu nak bayar cas kemasukkan.... HHaaaaiiissshhh.. Nasib baik la kawan abah ada kerja sebagai kontraktor pemasangan telefon TM, so nak wiring telefon untuk rumah baru ni tak payah susah-susah nak pergi TMpoint.. dia sekadar nak tolong kawan jer.. So free or charge.. Hehehehehehe...


Share this article :

7 comments:

  1. besar jgk rumah tu...k2..jgn lupa tunjuk umah baru...

    ReplyDelete
  2. Mahal gila? Pergh~ Boleh makan besar tu :P

    Entri terbaru Shag : Encik Azizulhakim, siapakah dia? Kenal?

    ReplyDelete
  3. lama gak ea rumah tu..

    ReplyDelete
  4. habis ape dibuat dgn surat2 orang laen tu?
    hampeh punye posmen.

    lagi hampeh org telekom.
    klw betol org nk tlg pn mesti plg kurang bagi 70% diskaun
    ini free trus. nmpk sgt telekom tu nk menganiaye org.
    nsb baek ade kawan yg baek.

    ReplyDelete
  5. pantas..dlm masa 1hari dah ghaib umah tu..:-0

    ReplyDelete

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM