Monday, January 24, 2011

Dia Dah Jumpa Jodoh????

Sambungan dari...
1-  Pertemuan Kita Kali Pertama        
Gambar Hiasan - Ni gambar kat atas bas jugak tetapi setahun selepas kisah di bawah ni :)

Kalau tidak silap, kami tak minum pun kat situ, cuma pergi toilet dan borak-borak tepi bas dengan "big guy" yang dari Sabah tu. Eqa ingat lagi apa yang kami borakkan, pasal Sabah, melancong, pasal clubbing, Wan tu ajak eqa gi clubbing tau :p Hakhak.. Eqa tak tau la masa tu memang betul ke dia ni kaki clubbing betul ke apa or sekadar nak bergurau. Eqa ingat lagi big guy tu ada tanya,

"Eh! Korang ni dah lama kenal ke?"

Wan jawab,


"Tak ade lah, baru hari tu, kat atas bas jugak, dalam minggu lepas camtu la"

Big guy tu macam tak percaya jer, sebab dia cakap dia tengok kami ni macam dah lama kenal, macam ada jodoh jer.

Kemudian, bas tu nak bergerak dah, jadi kami bertiga pun naik la atas bas, then i said to him,

"Kat sebelah eqa kosong, tak ada orang pun. kalau nak duduk kat situ boleh la"

Boleh bayang tak bertapa tak malunya eqa meng"offer"kan untuk dia duduk di sebelah eqa??? Haiisshhh.. Perigi mencari timba sungguh la eqa ni.. Then Wan tanya,

"Boleh ke???"

Eqa sengih jer la, eqa tak tahu la dia terima ke tak perlawaan eqa tu.. Sebab dia cuma bertanya macam tu jer tanpa memberi jawapan. Bila dah kat atas bas Wan pun duduk sebelah eqa, sangatlah gembira eqa ketika itu, tersengih dengan selebar-lebarnya. Big guy tu dibiarkan duduk berseorangan di tempat duduk hadapan. Scene yang memang sampai ke hari ni masih lagi terlekat di ingatan eqa dengan kuatnya seperti dilekatkan dengan gam gajah apabila pemandu bas tu naik ke tingkat atas untuk mengira bilangan penumpang, nak tengok dah cukup ke belum orang yang naik, kang ada pulak yang tertinggal bas. Then he found out yang seat sebelah big guy tu kosong, sedangkan tadi ada jer orang duduk kat situ. Pemandu itu pun bertanya kepada big guy tu,
"Eh!! Ni mana lagi sorang niehh?"

Dengan tidak semena-mena Wan yang duduk disebelah eqa ni bangun dan seperti orang yang ingin membuat pengumuman nadanya telah menyatakan kepada pemandu bas tersebut bahawa..........

"Kat sini ni!!! Jumpa jodoh! Jumpa jodoh!"

Sambil jarinya menunjuk ke arah eqa di sebelahnya. Ya Allah Ya Tuhanku.. eqa pun tak tau nak menyatakan perasaan eqa macam mana ketika tu.. Malu ke?? Seronok ke?? Macam satu bas tu memandang eqa, macam nak tahu siapakah jodoh yang dimaksudkan tu.. Tapi tak pe la.. At least i know yang dia pun excited jugak jumpa eqa ni buat kali ke-2, tak de la eqa ni jer yang excited terlebih..

Kemudian, memang sudah eqa jangkakan yang perjalanan tersebut telah membuatkan kami berborak lagi tanpa henti-henti.. Hakhak..

To be continue........ :)

P/s: Eh! Apsal entri ni pendek sangat?????? Sabar yer tunggu sambungannyerrrrrrr.. :p 
Share this article :

1 comment:

Apa Komen Anda????

BLOGGER CHAT ROOM