Tuesday, January 25, 2011
EP 7 - Aku Seorang Blogger
Sambungan dari....
EP 6 - Aku Seorang Blogger
Pada masa yang sama, kedengaran bunyi siren kereta polis......................
Haqim bersama 9 orang rakannya yang lain sudah kecut perut, masing-masing menggigil ketakutan seperti ternampak hantu pocong melintasi di hadapan mereka. Tanpa sepatah kata, mereka semua lari lintang-pukang seperti terdapat longgokan emas menanti 100 meter di hadapan, kecuali Haqim yang agak ketinggalan di belakang kerana terpaksa berlari terhincut-hincut seperti menahan kesakitan yang teramat sangat. Pada masa yang sama, Fariq iaitu abang kepada Ilya Suhana yang masih terbaring di pangkuan adiknya sempat menjerit kepada Haqim,
"Wei malaun!!!! Suatu masa nanti korang akan menyesal! Aku akan cari korang sampai ke lubang kubur!"
Jerit Fariq dengan perasaan dendam yang amat sangat sambil mengelap darah yang mengalir dari bibirnya.
Siren yang kedengaran tadi sebenarnya bukanlah siren kereta polis, tetapi siren daripada pembesar suara yang digunakan oleh apek pembeli surat khabar lama yang menaiki lori. Siren itu dibunyikan bagi menandakan kedatangan lori tersebut di kawasan taman perumahan tersebut bagi mengutip surat khabar lama. Dalam keadaan tegang sebegitu, Ilya Suhana dan abangnya masih sempat tertawa kerana teringat riak muka Haqim dan kawan-kawannya yang menyangka pihak polis datang untuk menangkap mereka.
Siren daripada pembesar suara yang digunakan oleh apek surat khabar.
Kemudian, Ilya Suhana dan beberapa jiran yang lain telah memapah Fariq pulang ke rumah. Fariq membuat keputusan untuk tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis kerana Fariq mempunyai rencana lain bagi membalas dendam kepada Haqim.
*********
Selepas kejadian yang hampir membuatkan mereka tidur dalam lokap, Haqim dan rakan-rakannya terus pulang ke rumah masing-masing. Walaupun ada jugak terdetik di hati mereka untuk pergi bersembunyi di tempat yang polis tak mampu jejaki, namun mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana sekiranya mereka bersembunyi akan lebih menampakkan kesalahan mereka di mata polis.
Setibanyanya Haqim dirumah.....
"Qim! Kenapa dengan muka dan kaki kamu tu?"
Soal ibu kepada anak kesayangannya yang tiba-tiba pulang dengan keadaan terhincut-hincut sambil menghempaskan pintu rumahnya. Namun, Haqim tidak mempedulikan pertanyaan daripada ibunya itu dan meloloskan dirinya ke dalam bilik yang ditandakan dengan sign tandas perempuan di pintu bilik tersebut.
Tanda yang terdapat di pintu bilik haqim
Malam tersebut Haqim resah dan gelisah. Dalam keresahan tersebut, Haqim mengushar laman blog dan Facebook milik Ilya Suhana yang digilainya sehingga sanggup bertarung nyawa untuk memiliki gadis tersebut. Memang sudah dijangkakan oleh Haqim bahawa Ilya Suhana akan menulis di laman blognya mengenai peristiwa petang tadi, komen yang bertalu-talu datang semuanya menyelar tindakan Haqim yang cemburu buta!
Disebalik matanya yang ligat membaca komen-komen tersebut, timbul 1 idea di kepala otaknya yang mungkin hanya bersaiz sebesar lututnya sahaja merancang menggunakan taktik lain pula untuk menawan hati si gadis yang sudah lama diidam-idamkannya. Tanpa membuang masa, Haqim membuka laman utama http://www.blogger.com/ dan mendaftarkan dirinya di laman tersebut. Maka terhasil lah sebuah laman blog yang diberi nama.................
Sambungannya di Ep8 - AKU SEORANG BLOGGER
Detail segmen di SEGMEN MARI MENYAMBUNG CERITA
Kisah-kisah terdahulu di AKU SEORANG BLOGGER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
testing testing
ReplyDeletekalo tgk watak fariq ni,, rasanya cam tak lari dari watak aku yg sebenarnya,, aku mmg penah buat benda ni utk adeq aku,, cumanya takde la sampai bergado,, :). tetibe aku terasa lak dgn entri ni.. dan sebelum-sebelumnye,, :p
ReplyDeleteAs salam eQa...i like part u menghidupkan balik cerita...klo ade polis mesti jadi komplicated orrhhh...hehehe, suprise jgk kali nie...
ReplyDeletekuang2..terus melompat ke episod 8 eden membace..lawak..tapi kene bace dari mule lagi seronok kan?
ReplyDeleteahahaha.. pandai btol kalih cerita eh...
ReplyDeletesekali siren apek surat khabar lama la plak..
tergelak baca.. hehehhee...
dan nmpaknya haqim dah start buat blog..
cerita nmpknya semakin menarik dan mendebarkan.. hahha..
good job!
aduiii..smbungan mana ni,mcm dah novel dah ni..bca novel free kan??hehee
ReplyDeleteWahh~ Entri best! Wehh malaun. tak sabar nak baca sambungan. Kena tunggu esok lagi lah nampaknya~
ReplyDeleteaku dah tau da name nye ape.. fariqscorpio (dot) com.. hahhaha
ReplyDeletewaa...best3.agak2 akan ada watak baru tak nanti?huhuuu
ReplyDeletehalamakk..jap2 nak letak nama blog hape ni?? haha, dupdapdupdap dah ni..tunggu esok k sambungan dari saya lak..hehe ;)
ReplyDeleteperghh..mantop ah.takut aku nak menyambungnya.ehhe
ReplyDeletebest...best...pas ni giliran siapa pula ea?
ReplyDeletehttp://www.munirahizzan.com/2011/01/tak-penatkah-mengata-someone-tu-bodoh.html
@Fariq
ReplyDeletehahaha..terasa yer..chewah..protected btol abg ni yer..bertuah sape dapat abang mcm ni..mmg sesuai la fariq yg anjur kan segmen ni..tp xsangka lak tiba2 jalan cerita cam ada kaitan dengan penganjur :p
@"►AdamXis◄"
ReplyDeleteWaalaikumussalam adam..
a'a..eqa xde pengalaman kna tido dlm lokap ke ape..so eqa takut cite eqa xlogik klu eqa citekan kisah berkaitan polis..
1 more thing..eqa jenis xreti membuat ayat bunga2 :p sbb tu ayat2 eqa simple dan mudah difahami..harap2 pembaca xbosan la..
@"Ahmad Faris"
ReplyDeletela..baca la dari mula2..baru best..eqa da orang ke-7 dah..so dah ada 7 otak yg melahirkan idea2..hehehe..semua menarik2..
kalau nak baca dari mula..klik sini "AKU SEORANG BLOGGER "
@"Solihin Zubir"
ReplyDeletemula2 tu eqa mcm mati kutu jgk nak sambung bab siren polis tu..hakhak..sbb akan membuatkan cite lg complicated..
seb bek teringat masa zmn duk hostel dulu2, bila ada roll call ke inspection ke...warden bunyi siren gula menatang cam lam gamba tu jer :p hehehe..bunyi die nak sama cam siren polis..
@"Woofer Storm"
ReplyDeletebaca x dari awal2 ep 1???? klu belom gi usha sini "AKU SEORANG BLOGGER " ada link episod2 terdahulu
@Puan Besar Shag Yahaya
ReplyDeleteSabar yer..hehehehhe..sonok plak join segmen macam ni..hehehe
@Aboy93
ReplyDeleteFariq tu abg die laaa..cam xlogik plak klu taruk url tu :p
@aza shafiza
ReplyDeleteXtau la..kena serahkan kepada pencerita yg seterusnya jer la.. :)
@Siti Safiyyah
ReplyDeletetaruk yg best2 sket..hehehehehe..xsabar nk tunggu sambungan cerita.. :)
@echah mashuri
ReplyDeleteeqa mula2 aritu cam cuak gak..tp bila da start, cam byk plak idea yg dtg..hehehe
@mOoN
ReplyDeletekita tunggu dan lihat jer la mlm ni kan :)
yess! akhirnya haqim ada blog jugak :P
ReplyDeleteAku rasa watak jahat yang sebenarnya dalam citer nie Fariq ..muhahahaha lari !!!!
ReplyDelete(tak follow citer nie dari mula)
Baru dapat bace.. sob2..
ReplyDeleteTak gune punye Haqim, brani pulak die buat blog.Tu mesti nak kacau Ilya Suhana aku la tu. cis. malaun punye Haqim. heheh.
p/s kenape ade katun joget2 ni? eh2.. terikut joget sama pulak. hehehe..
@Fina Fento
ReplyDeleteMemang dari mula-mula nak Haqim ada blog ker????
@touya
ReplyDeleteApe la touya ni, sian fariq tau.. :p hakhak..
@The Crow Empire
ReplyDeletebukan nak kacau..tapi nak ambil hati Ilya Suhana la.. :) xtau la pencerita pasni nak buat jalan cerita camne plak..kita tgk nanti apa tujuan Haqim tu buat blog sebenarnya yer :)
woah..smkin menarik crita tu..hehe..keep it up
ReplyDeletedah siap dah episod 8 :)
ReplyDeletehttp://lurvemyblog.blogspot.com/2011/01/ep8-aku-seorang-blogger.html
bestnya,,good job..
ReplyDeleteEPISOD 18 (penutup) telah siapp!
ReplyDeleteyeahaaa.. jempot baca! hee..
http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html
gilew bes citer...haha..banyak unsur2 jenka yer..tahniah2 :D
ReplyDelete