Saturday, January 22, 2011
Adakah Aku Sudah Jatuh Cinta???
Sambungan dari kisah Pertemuan Kita Kali Pertama.
Tarikh: 24th October 2008 - 27th October 2008
Masa: Sepanjang Hari
Tempat: Sekitar Terengganu dan Kuantan.
Seingat eqa la, sepanjang eqa berada di Terengganu tu, the whole time eqa macam teringat-ingat terbayang-bayang lelaki yang hanya eqa kenali sebagai "wan" tu. Eqa keluar dengan kawan-kawan eqa pun eqa still dengan teringat dengan lelaki tersebut, dalam hati masa tu eqa pikir....
"Ntah ubat guna-guna apa yang dia dah calitkan kat aku nieh" :P Hakhak
Masa kawan-kawan eqa bawak eqa berjalan-jalan kat Terengganu tu, eqa berharap sangat eqa terserempak lagi dengan lelaki tu. Mana lah tau kot kot terserempak kat tepi pantai ke, kat kedai makan ke, kat mana-mana jer lah. Masa eqa kecik-kecik dulu eqa suka sangat baca kisah Fairy Tales "mat salleh", sebab boleh dikatakan semua kisah-kisah tersebut berakhir dengan kisah yang happy ending. Bila eqa dah besar, eqa sedar yang semua tu hanya sekadar cerita, keberangkalian untuk wujudnya happy ending seperti tu sangat lah sedikit. Kalau ada pun cuma dalam kisah drama-drama melayu, kisah-kisah Sinetron yang amatlah tak logik dan suka di tonton oleh makcik-makcik yang bergelar suri rumah. Hehehehe...
Ketika eqa lepak kat UMT dengan kawan-kawan eqa, eqa ada cerita kat kawan eqa ni, bagaimana kami berjumpa, bagaimana rupa lelaki tu, bagaimana kami memulakan perbualan, apa yang eqa rasa masa tu, bagaimana happynya eqa time tu, suka tengok senyuman lelaki tu, semua-semua la.. Eqa rasa eqa bercerita semua benda tanpa tertinggal satu pun, bertapa excited nya eqa berkenalan dengan lelaki yang hanya eqa kenali sebagai "wan".. Tak tau la nama dia Syazwan ke, Ridzuan ke.. Dia kerja apa pun eqa tak tau, dia tinggal kat Terengganu tu kat mana pun eqa tak tau, yang eqa tau.. Eqa rasa eqa sudah jatuh cinta dengan lelaki tu.. :)
Perasaan tu macam hadir dengan sendiri walaupun eqa cuba elak sedaya upaya eqa, sebab setelah kecundang dalam percintaan beberapa kali, eqa ingat eqa nak berehat sekejap dari dunia cinta ni. Setelah 1 semester eqa "menyinglekan" diri dengan tidak membuka hati kepada mana-mana lelaki yang mencuba untuk masuk line, yang hanya ada ketika itu adalah istilah sebagai seorang kawan. Betul la orang cakap..
"Cinta tak perlu di kejar kerana semakin di kejar, cinta tu akan lari. Cinta tu akan hadir dengan sendiri apabila tiba waktunya"
"Mesti dia dah balik KL agaknya, sebab dia ada cakap dia balik kampung 2,3 hari sahaja.."
So eqa macam assume yang ketika eqa beli tiket tu mungkin "wan" sudah berada di KL atau dalam perjalanan pulang ke KL. Eqa minta single seat, tetapi yang tinggal cuma bas dua tingkat, bas dua tingkat mana ada single seat semuanya double, tingkat bawah dah habis, tingkat atas jer yang ada. So eqa ambil jer la tiket apa yang ada, asalkan eqa dapat balik KL.
Eqa pun menunggu tiba keesokkan harinya dengan penuh debaran.. Siapakah insan yang bakal duduk di sebelah eqa pulak nanti...?? Adakah eqa masih berpeluang untuk berjumpa dengan lelaki yang eqa hanya kenali sebagai "wan" ketika eqa di KL nanti..??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alahh....sambung lagii..mn smbungn nya nih?huhu...
ReplyDelete